18

3.4K 123 7
                                    

" Awak jumpa panglima pukul 10 kan? " soal Zakri kepada Hanis yang sedari tadi cuba mengelak dari bertembung dengannya. Zakri duduk di kerusi meja kaunter. Dia sudah siap beruniform untuk pergi kerja. Dia memandang sahaja wajah Hanis yang sedang membasuh cawan itu. 

" Haah. Kunci kereta awak letak mana? " balas Hanis lalu meminta. 

" Pandang saya dulu " pinta Zakri. Hanis mengetap bibirnya dan perlahan-lahan tersenyum memandang wajah Zakri. Zakri juga tersenyum manis terhadapnya. 

" Kan comel tu. Ni, harini awak naik kereta saya. BMW dengan Volvo awak saya suruh budak saya hantar pergi servis. A8 tu saya nak bawa pergi kerja. Petang tu kalau sempat, saya hantar servis juga A8 tu " beritahu Zakri. 

" Kereta awak yang mana satu? " soal Hanis. Zakri mengecilkan matanya memandang wajah Hanis lama. 

" Mercedes boleh, Honda boleh, RS7 pun boleh " jawab Zakri lembut. 

" R8 tak boleh? " soal Hanis. 

" Boleh. Tapi dengan saya sahaja, dear " jawab Zakri tersengih lalu mencuit hidung Hanis. Hanis membuat muka. 

" Kedekut. Sama je macam Rizwan " kata Hanis. Zakri tersengih. Hanis pun faham je sebenarnya. Cumanya sebelum ini, adiknya sahaja yang minat pada kenderaan. Kini suaminya pun sama. Zakri memang minat kereta. Di dalam rumah itu sahaja, ada satu almari yang penuh figura kereta. 

" Ha, bila masa awak hantar kereta-kereta tu ke sini? " soal Hanis ingin tahu. Dah lama nak tanya tapi tak ingat. 

" Masa majlis bertandang saya. Saya minta budak-budak saya hantarkan " jawab Zakri. Hanis mengangguk faham. Walaupun tak faham sangat. Budak-budak? Pegawai tentera bawah Zakri ke?

" Awak dah start turun operasi ke? " soal Hanis. Tangan Zakri mencapai cawan air kopi yang dihidangkan oleh Hanis itu. Zakri mengangguk. 

" Bila? " soal Hanis lagi. 

" Harini " jawab Zakri. Hanis tercengang. 

" Lah, awak balik lambat lah harini? " soal Hanis. Zakri mengangguk. 

" Boring laa " kata Hanis sungguh perlahan.

" Tahu pun boring. Tu la, ada saya awak buat tak layan je. Padan muka awak saya takde " kata Zakri.

" Ishh dah pergilah sana. Tak payah balik pun takpe. Duduk lama-lama dekat ET tu " balas Hanis menyampah.

" Saya gurau je lah. Dahlah saya nak gerak pergi base dulu. Jaga diri baik baik kat rumah. Sekejap lagi ibu dengan adik datang. Ibu dengan adik dah gerak rasanya tu " kata Zakri.

" Awak nak pergi naik apa? " soal Hanis.

" Terbang " jawab Zakri sengaja loya buruk. Hanis sudah memberi pandangan maut kepadanya.

" Kan tadi saya dah cakap. Saya bawa kereta A8 tu. Kalau sempat saya pergi servis sekali " jawab Zakri. Hanis mengangguk faham. 

" Dahlah, saya nak pergi kerja ni. Hati-hati duduk rumah " kata Zakri. Hanis mengangguk lalu menyalam tangan suaminya. Dia mengikuti menghantar Zakri ke pintu hadapan rumah sehingga Zakri masuk ke kereta. Kereta Audi A8 berwarna putih itu bergerak laju meninggalkan rumah mewah itu. 

Hanis masuk semula ke dalam rumah dan membuat keputusan untuk mengemas rumah. Dia sudah lama sangat berehat. Perlu juga keluarkan peluh. Luka jahitan di dadanya semakin beransur pulih. 

Selesai mengemas rumah, Hanis melihat jam di dinding ruang tamu. Ia menunjukkan pukul 9:36 pagi. 

" Gerak pergi PERNAMA lah " kata Hanis lalu mendaki tangga naik

WASIATWhere stories live. Discover now