Sebuah kereta laju berhenti di hadapan rumah Zakri dan Hanis. Kemudian dengan tergesa-gesa pintu rumah Zakri dan Hanis diterjah kuat. Zakri yang sedang membuat push up di tangga juga terkejut.
" Ibu? " soal Zakri sebaik sahaja wajah permaisuri pertamanya muncul di hadapannya bersama seorang gadis yang kelihatan sedikit selekeh.
" Along, ibu nak along kahwin dengan Intan. Tengok ni apa dah jadi. Si Adam tu memang dah melampau! " Zakri memandang ke arah Intan yang berlebam mukanya dan tepi bibirnya berdarah.
" Kenapa dengan awak, Intan? " soal Zakri kepada Intan.
" Adam tu la. Dikerja- "
" Ibu, along tanya Intan. Biar Intan yang jawab. " Zakri bersuara tegas kepada Syuhada.
" Along, ibu nak along bertanggungjawab pada Intan ni. Ibu tahu, along boleh. Along mampu. Ibu kasihan dengan Intan. Sekurangnya bila dia dah kahwin dengan along, along boleh jaga dan lindungi dia. "
Zakri meraup wajahnya. Sudah penat dengan semua ini.
" Perempuan tu dah tak ada kan? Dia dah pergi dari hidup along. Dia dah taknak pada along. Along nak buat apa tunggu dia? Biarkan je dia. Dia yang nak sangat pergi. Biarkan dia pergi. Along kena teruskan hidup. Along tak kesian ke dengan Intan ni? "
" Siapa cakap saya pergi? "
Semua mata memandang ke atas. Hanis melangkah turun dan menyertai drama di bawah. Terkejut Syuhada dan Intan memandang Hanis.
" Eh! Kau bila masa kau balik? Wah, kau dah suka suka tinggal anak aku lepastu kau datang balik dekat dia. Kau ingat kau siapa?! " tengking Syuhada. Zakri mahu menegur tetapi Hanis menahannya. Menyuruh Zakri sabar.
" Saya isteri dia. Saya memang patut balik pada dia " jawab Hanis tenang. Syuhada menjegilkan matanya tajam kepada Hanis tetapi Hanis membalas dengan senyuman manis. Hanis memandang Intan.
" Intan, kau okay? " soal Hanis kepada Intan. Intan terus menangis teresak-esak dan berlari mendekati Hanis. Dipeluknya Hanis erat. Bertambah terkejutlah Syuhada apabila melihatkan itu.
" Hanis, aku... "
" Duduklah dulu. Ibu, jemput duduk. "
Pelawaan Hanis membuatkan Syuhada menjelingnya tetapi kaki tetap melangkah menuju ke sofa dan melabuhkan punggungnya di atas sofa itu. Hanis menarik Zakri untuk lebih mendekatinya.
" Awak, call Arif. Minta dia datang. " bisik Hanis kepada Zakri. Zakri mengerutkan keningnya. Hanis cuma senyum dan mengangguk sebelum mengambil tempat duduk sebelah Intan.
" Dia buat apa lagi dekat kau? " soal Hanis sambil tangannya meraih tangan Intan.
" Dia takkan lepaskan aku. Dia dah makin teruk la, Hanis. Ni dia pukul aku sebab aku tak nak jumpa dia " cerita Intan. Hanis menarik Intan ke dalam pelukan. Selesai membuat panggilan, Zakri mengambil tempat duduk sebelah Hanis. Syuhada pula memandang mereka berdua dengan raut wajah pelik. Tak faham dengan apa yang berlaku.
" Kejap lagi dia sampai " bisik Zakri kepada Hanis. Hanis cuma mengangguk.
" Baru lagi dia buat? Kau macam mana ni? " soal Hanis kepada Intan. Diusapnya perlahan belakang Intan.
" Baru je. Dia pukul aku depan rumah aku sendiri, lepastu dia blah macam tu je. Nasib baik Aunty nampak. Aunty terus bawa aku datang sini " jawab Intan. Hanis memandang Syuhada.
" Dia memang kurang ajar tau. Ada ke patut dipukulnya budak ni depan rumah budak tu sendiri. Kesian dekat Intan tau. Ha ni Intan, kenapa Intan tiba-tiba baik dengan perempuan ni? Intan tahu kan apa yang dia buat pada Intan dengan Zakri? " Syuhada menyampuk. Hanis mengerutkan keningnya hebat. Begitu juga Zakri. Intan pula tunduk sahaja.
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...