" Dah siap semua dah? " soal Zakri kepada Hanis yang sedang sibuk ke hulu ke hilir. Tetapi soalannya langsung tidak dijawab oleh Hanis. Hanis sedang sibuk menyelesaikan segala tugas sebelum mereka bertolak untuk balik ke kampung.
Zakri memasukkan beg baju ke dalam bonet kereta Audi R8. Hanis pula kemudiannya keluar dan mengunci pintu rumah sebelum masuk ke dalam perut kereta tersebut. Selesai memunggah barang, Zakri juga masuk ke dalam kereta.
" Pergi check-up dulu kan? " soal Zakri ingin memastikan. Hanis mengangguk. Zakri menyuruh Hanis memakai tali pinggang sebelum kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah mereka. Kandungan Hanis sudah 6 bulan lebih.
Mereka singgah untuk buat check-up kandungan Hanis sebelum bertolak balik ke Muar. Hari Raya Aidilfitri lagi 2 sahaja.
" Saya nak lelap kejap boleh ke? " soal Hanis meminta izin. Biasanya semasa memandu jauh, Zakri akan meminta Hanis supaya menemaninya berbual. Suaminya itu cuma tersenyum dan mengangguk.
" Jangan bawa laju ye " amaran Hanis menyebabkan Zakri tersenyum sinis. Ini Ahmad Zakri lah. Setakat Sungai Besi ke Muar tu apalah sangat, sejam dah boleh sampai. Tapi kerana Hanis memberi amaran supaya jangan bawa terlalu laju, dia akur kehendak isteri.
Zakri mengambil tangan Hanis dan digenggamnya. Hanis melelapkan matanya. Penat berfikir hal kerja, hal rumah tangga, hal keluarga. Macam-macam hal!
Sampai sahaja di Muar, kereta Mercedes Malik dan Honda Accord Malik sudah berada di sana. Kereta Honda Accord itu Malik berikan kepada Rizwan sahaja. Katanya tak perlu nak beli kereta lagi. Guna je yang ada banyak ni. Rizwan dan Malik sudah tiba di Muar beberapa hari lepas.
Zakri baru dapat cuti 2 hari sebelum raya. Insya Allah, lepas raya dia akan dinaikkan pangkat ke Mejar. Rezeki anak yang bakal lahir.
" Ada nak beli apa-apa tak? " soal Zakri kepada Hanis dan Hanis menggeleng.
Mereka keluar dari kereta.
" Assalamualaikum " ucap Hanis. Zakri juga mengucapkan salam tetapi tiada sahutan. Di beranda luar rumah pun tiada sesiapa. Selalunya ada je Ijam dan Emir, sepupu mereka melepak di situ.
" Waalaikumussalam, eh cucu tok ayah ni dah sampai " balas Haji Derawi. Hanis dan Zakri naik ke atas bersalaman dengannya. Haji Derawi tersenyum sampai ke telinga apabila cucunya yang satu itu tiba.
" Tokma mana? " soal Hanis.
" Ada kat dalam. Tengah uruskan ketupat lah tu " jawab Haji Derawi. Hanis dan Zakri mengangguk faham. Mereka berdua dijemput masuk ke dalam. Semua sedang berada di dapur. Zakri menepuk bahu Rizwan yang sedang berdiri di pintu menuju ke dapur.
Terkejut Rizwan dibuatnya. Rizwan bersalaman dengan Zakri dan Hanis. Malik juga perasankan mereka. Hanis dan Zakri juga bersalaman dengan Malik.
" Bertolak dari sana pukul berapa? " soal Malik.
" Pukul 10 tadi. Lepastu pergi check-up. Cari barang sikit baru bertolak sini " jawab Zakri. Hawa menjeling mereka berdua yang baru sampai itu.
" Hanis, takkan tengok je? Sini tolong " arah Hawa setelah memberikan jelingan tajam kepada Malik. Hanis akur dan meletakkan beg tangannya sebelum melangkah turun ke bawah tetapi tangannya dipegang oleh Zakri. Hanis memandang Zakri dan tersenyum.
Dengan berat hati, Zakri melepaskan tangannya. Membiarkan Hanis berjalan turun ke dapur.
" Puasa ke tidak ni? " soal Hawa kepada Hanis. Hanis mengangguk perlahan. Terkedek-kedek bersedia untuk melabuhkan punggung di atas lantai bersebelahan Hajah Halimah.
" Ma, akak kan baru sampai. Bagilah dia berehat dulu. Tegangkan badan " kata Rizwan.
" Dah duduk lama dalam kereta kan? Dah lama dah berehat tu. Tolong sini, Hayfa tu dah ready nak masak untuk esok " balas Hawa. Hanis memandang Rizwan dan menggelengkan kepalanya. Rizwan memutarkan bebola matanya.
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...