01

20 6 0
                                    

ⁿᵘʳ ᵗʰⁱʸᵃ ᵃᵗʰᵃˡⁱᵃ

kenduri yang tadinya meriah dengan suara yang agak riuh diganti dengan suasana yang suram. majlis kesyukuran yang sepatutnya diadakan diganti dengan sebuah majlis yang tak terduga.

dihadapanku, haidar anaqi, seorang jejaka yang tak aku sangka akan bakal menjadi suamiku. disampingku pula ada mak ngah, shahida. disebelah kiri pula ada safura, kepalanya tertunduk bersama tangisan dan air mata mengalir membasahi wajahnya.

safura adalah satu-satunya sepupu dan sahabat yang aku ada setelah kedua orang tuaku meninggal dunia bila terjadinya kemalangan jalan raya 6 tahun lepas. sekarang aku dijaga bawahan oleh mak ngah shahida.

tangan safura yang tak henti-henti menyeka air matanya aku genggam namun sebaik saja aku menyentuh tangan lembut dan putih itu, segera safura menepis peganganku. seolah dia jijik dengan sentuhanku. ini adalah kali pertamanya aku lihat safura sebegitu marahnya pada aku.

beberapa jam yang lalu...

"ya allah! athalia, aku rindu kau sangat-sangat!" safura memeluk tubuhku dengan erat.

sudah 7 bulan lebih kami berpisah dek kerana aku perlukan wang dan aku terpaksa berkerja di kuala lumpur. perkahwinannya 5 bulan lepas pun aku tak dapat hadir.

"aku pun rindu kau fura. kau sejak mengandung ni kan makin berseri-seri aku tengok." ujarku bersama senyuman.

dulu aku dan safura selalu membuat andaian siapakah diantara kami akan berkahwin dahulu. memang sangkaanku tepat. safura sememangnya seorang gadis yang cantik dan mana-mana lelaki melihatnya pasti jatuh cinta dengan perwatakkannya yang lemah-lembut itu.

"kau pun apa kurangnya. ni duduk dekat kl tu ada tak bakal suami?"

"apalah kau ni tanya soalan tu. aku ni tak ada masa nak cari bakal suami. yes, aku mengaku banyak juga lelaki sudi nak aku jadi isteri diaorang tapi aku rasa belum tiba masanya."

"alahai... kau tu bukan taknak cuma memilih. tak apa, sepupu husband aku banyak yang kacak-kacak. kalau kau nak, aku boleh--"

"mak ngah mana?" potongku. bila bab nak cari jodoh ni memang aku pantang nak dengar habis. lagi-lagi datang dari mulut safura. sampai besok pun tak habis cerita dia.

"mak tadi ada dekat dalam. eh! lupa pula, masuklah. tak payah segan-segan."

"tak apalah. aku duduk dekat kem bawah ni je." aku pandang kanopi yang dipenuhi dengan tetamu yang diundang.

"apa pula macam tu?" berkerut dahi safura menyoal.

"kau tahukan mak ngah tak suka aku?"

"ala, pasal mak aku tu kau jangan risau. dia tu marah manja je."

aku mencebik sebelum tanganku ditarik masuk kedalam rumah oleh safura.

aku dengan mak ngah shahida memang tak sekaki dan sebulu. apa saja aku buat, mak ngah shahida pasti bising. kata aku itulah inilah. kalau aku tak buat langsung, dia kata aku pemalas. bila aku terlebih rajin dia kata aku ni nak menunjuk dekat orang kalau aku ni kena dera buat itu ini. aku sendiri tak tahu kenapa mak ngah shahida tak suka aku. nasib baiklah perangai dia tak turun dekat safura yang sopan sikit bahasa dia.

tiba-tiba saja aku dirempuh oleh seorang kanak-kanak. membuntang mata aku tengok baju aku sudah basah dengan air oren. safura juga sama-sama terkejut melihat keadaan aku.

"maaf kakak. nina tak sengaja." ujar kanak-kanak tersebut yang menggelar dirinya sebagai nina.

aku pejam mata dan aku gigit bibir bawah aku sekuat-kuatnya. alu dengan kanak-kanak memang tak berapa nak okey. aku tak suka kanak-kanak. mereka terlalu aktif dan suka bermain. contohnya sekarang baju yang aku sayang sudah dibanjiri dengan air oren.

"tak apa nina. lain kali jangan berlari sambil minum. okey?" safura menunduk sedikit sambil mengusap kepala rambut milit nina sebelum kanak-kanak tersebut mengangguk dan beredar dari situ.

safura dan aku jauh berbeza. macam langit dan bumi. safura suka kanak-kanak tapi aku tak. safura seorang yang sopan tapi aku sebaliknya tetapi hanya kepada orang yang tertentu saja.

"marah ke tu?" soal safura sambil tertawa dengan reaksi wajahku. safura sendiri juga sudah tahu yang aku memang tak suka dengan budak-budak.

"hish! aku tak fahamlah budak-budak ni! dah tahu masih budak, duduk jelah. tak reti nak duduk diam ke?"

semakin galak safura tertawakan aku. nasib baik safura tengah mengandung kalau tak dah lama aku luku pakai lutut.

"dahlah, tak payah nak marah-marah. kau pakai je baju aku. benda boleh settle kan?"

aku memutar bebola mataku. cakap memang senanglah. yang kena bukan dia tapi aku.

masuk saja kedalam ruang bilik safura terus saja safura membuka lemari bajunya. aku pula sibuk menilik baju kurungku yang masih lagi basah.

"nah. harap-harap muatlah." safura menghulurkan baju kurungnya yang berwarna cream dan ada corak bunga.

"mhm." gumamku sambil mencapai baju kurung tersebut.

"aku keluar dulu. kalau kau nak apa-apa cari aku dekat dapur."

aku hanya sekadar mengangguk dan menanti susuk tubuh safura sepenuhnya keluar dibalik pintu bilik tersebut.

usai saja pintu tertutup rapat, aku meletakkan baju kurung milik safura diatas katil sebelum aku berputar dan menilik diriku dikaca cermin. aku keluarkan keluh sebelum tanganku mencapai zip dibelakang baju kurung yang tersarung ditubuhku. dapat aku rasakan air oren tadi meleket dikulit tubuhku.

baru saja aku melepaskan baju kurung dari bahuku, entah darimana datangnya dua lengan panjang memelukku dari belakang dan dapat juga aku rasakan hembusan nafas yang hangat meniup kearah batang leherku. belum sempat aku menolak lengan tersebut, pintu bilik dikuak dari luar.

"dah siap ke--" safura mati kata melihat aku yang sedang dipeluk oleh seseorang lelaki yang aku tak kenali. laju tubuhku menolak gerangan tersebut dan tanganku juga laju menarik kembali baju kurungku.

"fura?"

"abang?"

aku mengerut dahi. abang? aku teliti betul-betul wajah yang dipanggil sebagai abang itu. tiba-tiba saja seperti ada batu menghempap otak aku yang kian berfungsi. abang yang disebut oleh safura tadi adalah haidar anaqi, suami kepada safura.

ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 25, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

nur thiya athaliaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang