Bab 23

6.2K 50 3
                                    

Sedang ku lalai berborak dengan Daniel, tanpa ku sedari Razak muncul di sebelah ku dan berkata, " sayang sorry abang lambat sikit", dan that caught me off guard, " oh ni bakal suami aku, kenalkan this is my friend Daniel ", Razak menghulurkan tangan, bersalaman dengan Daniel, namun aku ada merasakan tension, semacam Razak dan Daniel ni.

Aku pun mencelah, " soooo kita dah nak pergi now, jalan-jalan kata tempat lain, see you again Daniel".

" Oh yeahhh, see you again and tahniah sekali lagi Nora and tunang", balas Daniel dan dia pun pergi berjalan meninggalkan kami.

Sebelum Razak nak berkata apa-apa, aku terus mencapai bag LongChamp yang ada didepan ku sambil berkata , " Awak cantik tak ni ? ".

" Haa cantik ", aku merasakan Razak sudah tidak ada mood untuk jalan- jalan lagi, jadi aku pun cakap, " saya rasa saya nak balik kut ".

Dia pun balas, " eh bukannya kita nak pergi kedai bridal ke? ".

" Tak laa, awak dah macam takde mood, so I malas lah nak jalan dengan orang yang dah takde mood ni ", aku jawab.

Aku becakap dalam hati ku

Jealous berat jugak lelaki tua ni ye. Padan muka.
Tapi cute jugak dia cemburu.

Kami menuju basement tempat letak kereta, sepanjang tu Razak hanya berdiam diri tidak berkata apa-apa

Sampai kami di entrance, Razak bekata, " Awak nak saya teman pergi ke kereta awak? ".

Getus ku di dalam hati, eh awak saya terus, tadi bukan main dia panggil aku sayang, haha cemburu terok la orang tua ni.

" Takpe la, saya boleh jalan sendiri ", sambil ku bejalan menuju ke kereta ku.

**************************************

Sejak hari tu kami keluar, lebih seminggu jugak Razak belum ada contact dengan aku

Petang tu aku pergi melawat nenek aku kat kampung, sejurus aku hendak masuk ke simpang jalan rumah nenek aku, terlihat aku kereta Toyota Hilux Putih kepunyaan Razak.

Aku memberhentikan kereta ku jauh dari kereta Razak. Dan sedang aku keluar dari kereta, sudah kedengaran suara atok ku yang sedang duduk-duduk berhidang minuman panas sambil berbual-bual dengan Razak.

" Panjang umur cucu atok ni, baru juga atok dan Jak berbual tentang Nora ", atok ku berkata, aku pun membalas, " eh tak baik mengumpat tau!". Atok ku pun tertawa, " haha takde la Nora kami nak mengumpat tentang Nora, Jak ni atuk panggil kesini untuk tolong atuk baiki sinki dan ada sesetengah lampu yang dah tak cun".

" oh yeke, kalau begitu Nora, pergi ke atas dulu ye ", aku menjawab dengan bersahaja dan sekali pun tidak melihat Razak jalan menuju tangga.

**************************************

Aku yang dari tadi menolong nenek ku mengemas dapur, duduk sebentar di bilik tamu dan aku melihat kereta Razak masih ada di halaman rumah dan ini dah senja, getus ku dalam hati

Orang tua ni takda rumah ke nak balik senja -senja begini pun masih kat sini.

Lalu aku dikejutkan dengan suara garau dari atok ku, " Nak, bagi sejadah, kain pelikat dan baju ni kat tunang Nora dia kata nak solat dan bagitau lepas Jak habis solat, makan malam la kat sini ".

Aku pun terkejut dengan "misi" yang atok aku suruh selesaikan, dan tergetus dalam hati ku

Kenapa laa aku nak sangat lawat nenek dan atok aku hari ni, arrghhh atok aku ni satu jugak, kalau berkenan sangat kat orang tua tu, diaorang saja lah yang kahwin!

" Nora dengar tak? ," atok ku tanya, "ye ye, Nora dengar", balas ku dengan tidak ikhlas.

Aku pun bejalan ke bilik Pak Uda ku yang dah tak pakai, aku mengetuk pintu sambil berkata, "ni baju, sejadah dan kain pelikat ", aku tidak mendapat apa-apa respon, jadi aku masuk ke dalam, getus dalam hati ku lagi,

Mana la orang tua ni pergi

Selepas aku meletakan barang di katil, sedang aku berundur, memusingkan badan ku, aku terkejut melihat badan sasa yang berkemban setengah dengan tuala. Aku terpana sebentar dan aku pun terkebelakang , tersandung dan aku disambut oleh katil Pak Uda ku yang boleh dkatakan usang.

" Eh Nora tak apa-apa ", sambil menghulurkan tangan nya,

Aku balas, " okay je, tak perlu tolong la, nanti batal wudhu"

" Oh betul jugak, tapi takpe la, asal Nora tak apa-apa ", Razak dengan berterusannya masih menghulurkan tangannya

Dan aku terus berdiri dengan sendirinya membetulkan baju ku dan menuju ke pintu , namun aku terdengar Razak berkata, " Nora kalau ada masa lepas ni, abang nak bincang sesuatu dengan Nora, boleh ke? "

Aku membalas, " tengoklah".

Terus aku belari anak menuju dapur untuk menolong nenek ku dengan juadah makan malam. Berberapa minit kemudian makanan sederhana namun petai sambal udang, ikan kembung masak asam pedas, telur masin dan banyak lagi adalah kegemaran ku terutama sekali masakan nenek ku.

Razak dipanggil atok ku untuk makan bersama kami dan atok ku berkata, " sendukkan la Jak nasi Nora, bakal suami kamu ni."

Sebelum aku membalas, Razak sudah berkata, " Tok takpe la tok, Jak boleh buat sendiri dah biasa".

Sedang rancak atok, nenek dan Razak makan sambil berbual-bual, aku hanya duduk diam seribu bahasa sepanjang makan malam itu.

Selesai makan, aku mula mengemas dan Razak pun bekata, " Nek biar Razak teman Nora mengemas dan cuci pinggan ". Atok ku yang sangat patriarchal terus bercakap, " eh biarlah diaorang yang buat".

" Takpe la tok, Jak dah besyukur ni dah di ajak makan, makanan pun sedap, dan dah biasa kut dari kecil untuk buat kerja sendiri, boleh ye tuk? Nek Jah boleh rehat la dulu dah masak makanan sedap", dia membalas dengan tona lembut namun tegas.

Kami pun pergi ke sinki, berdiri bersebelahan dengan Razak sambil mencuci pinggan mangkuk.

" Nora marah dengan abang ke? ", kata - kata Razak pun memecah keheningan.

Aku membalas, " tak pun ".

Dia sambung lagi, " tu Nora marah kat abang, kalau tak Nora takkan jawap abang dengan sepatah dua perkataan je ".

"Eh tak la, takde nak perkara nak dicakapkan, lagipun awak yang dah tak contact saya. Saya pergi fitting baju seorang, takde pun awak kisah nak inform saya awak tak datang ", aku balas.

Razak mengeluarkan nafas keluhan, " okay itu abang minta maaf sangat- sangat, abang sebenarnya cemburu dengan Nora dan kawan Nora masa kita pergi jalan- jalan kat Seraya Mall tu la abang fikir kalau abang tak contact Nora, Nora rindu abang, tapi hari fitting tu abang betul-betul terlupa sebab abang ada perjumpaan dengan bakal investors ".

" Hmmm, sebenarnya, Nora dah tak tahu nak kata apa dah, kita ni both adults, nak buat silent treatment sebab benda kecil dan bawa bincang pun takde gunanya pun. Kalau awak cemburu, mungkin awak tak percayakan saya kut dan awak takut perkara yang awak buat kepada saya terjadi kepada awak",aku balas dengan tegas.

Sekali lagi, suasana menjadi hening, diam yang memekakkan telinga sepertinya, kata-kata yang keluar dari mulut ku membuat Razak terkedu seketika.

" Beginilah Nora, abang nak tnya Nora betul-betul, dan Nora jawab abang dengan ikhlas ", kata Razak memecah keheningan.

Razak sambung lagi, " Nora ni betul ke nak kahwin dengan abang ni? Sebabnya abang sering merasa kelakuan Nora dingin terhadap abang sejak kita bertunang".

Aku yang ketika ini sedang menyusun pinggan mangkuk yang sudah di cuci ditempat pengeringan terus berkata," Beginilah awak, sekiranya awak merasakan Nora ni tidak sedia untuk jadi isteri awak, awak boleh je putuskan pertunangan ini dan batalkan perkahwinan ini. Masih ada masa. Nora sudah pernah disakiti sekali, takkan Nora immediately berperasaan gembira dan ceria, sedangkan membina kepercayaan selepas disakiti tu mengambil masa yang lama. Tapi kan Nora sedang mencuba untuk bagi awak dan Nora sendiri peluang kedua."

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now