Bab 18

7.2K 51 2
                                    

Masa pun berlalu, tinggal 4 bulan lagi, aku akan graduate in Masters of Business Administration. Selama aku di Amerika Syarikat, ada kalanya abang Razak menghantar ku text, bertanya khabar atau saja bersembang kosong, bertanyakan cuaca kat sini. Tetapi selalunya aku cuba untuk mengurangkan bercontact dengan abang Razak atau aku seen saja DM nya.

Satu hari, ada package datang dari negara tercinta ku, aku heran package kiriman dari kedua orangtua ku sudah ku terima awal bulan.

Aku pun berkata di hati,

Siapa hantar ni? Takde nama pengirim, mungkin Mak Su dan nenek kut . Dalam ni pun ada duit 500 ringgit. Dan selalu saja package seperti ni dipenuhi dengan kudapan kegemaran ku datang pertengahan bulan tak pernah miss.

Takde banyak orang tahu alamat tempat tinggal ku di Amerika melainkan keluarga terdekat ku, jadinya aku menganggap itu adalah kiriman dari keluarga ku.

Keesokkan harinya mama ku ada menghantar text kepada ku, dan sejurus aku membaca texts itu mata ku terbuntang bulat.

Ping ping ping

"Assalamualaikum nak, Nora sihat?. Mama nak bagitahu sesuatu ni. - Mama ❤, 7 am

" Waalaikumsalam ma, ehhh sihat betul la Nora kat sini Alhamdulilah! Rindu jee kat semua orang! Keke, apa mama nak bagitahu Nora ni? " - sent, 7.10 am.

" Begini nak, Nora ada orang nak masuk meminang Nora. Ayah suruh mama text Nora ni nak bagitau dan nak tanya kalau Nora setuju atau tak. Bakal tunang Nora ni berumur sedikit dari Nora ye. Pihak sana datang bertandang ke rumah minggu lepas , bagi cadangan kepada kami kalau lah sekiranya Nora setuju, mereka nak masuk meminang secepatnya dan kalau boleh terus bertunang 1 ke 2 minggu selepas Nora sampai ke tanah air. Nora setuju atau tidak itu adalah pilihan Nora. Kami tak paksa Nora. Jaga diri disana nak, kalau duit tak cukup bagitahu mama dan ayah ye" - Mama ❤, 7.20 am

" Oh gituu ya ma, boleh Nora tahu siapa ye keluarga bakal tunang Nora ni? " - sent, 7.25

" Keluarga Haji Mahrub, sepupunya pernah berjiran dengan Nora, si Jak yang dengan anak Makcik Salbiah "- Mama ❤, 7.35

Tegetus dalam hati ku.

Banyak jugak lelaki dalam keluarga diaorang ni terlajak bujang yee. Should I? Should I not?. Kalau aku kahwin dengan seseorang dari keluarganya 101%, tentu sekali aku akan sering berjumpa dengannya kalau ada kenduri atau kumpul-kumpul. Hmm, tapi kan Nora kau dah move on. Lagipun tentu sekali dia rasa menyesal kerana melepaskan kau Nora. Keke.

Eh kau ni Nora! Hmm buatlah solat istikarah dulu supaya kau boleh buat keputusan yang betul.

" Ma begini saja, Nora kena fikirkan dulu, solat istikarah untuk memastikan Nora akan buat keputusan yang betul. Maybe in a day or 2 Nora akan bagi jawapan? Okay ke ? - sent, 7.50 am

" Okay, begitulah anak mama. Apa pun keputusan Nora, kami terima dan hormat, itu adalah pilihan Nora  . Buatlah keputusan yang terbaik buat Nora. Jaga diri kat sana, kalau duit tak cukup bagitahu kami ye nak" - Mama ❤, 8.01 am

" oh yeah terima kasih for the package and the money too ma"- sent , 8.10 am.

Malam tu aku bersungguh, ber doa dan solat istikarah bagi memudahkan aku membuat keputusan.

**************************************************

Keesokkan harinya yang pertama sekali aku buat selepas sarapan adalah text mama ku, untuk memberi kata putus.

" Assalamualaikum mama, Nora dah buat keputusan. Nora terima pinangan pihak sana dan Nora pasti dengan keputusan ini. Oh mak nak letak hantaran tu berpada2, taknak nanti kita kena ucap gila harta pulak 😂 " - sent 8 am

" Waalaikumsalam,  ok lah kalau begitu. Ayah akan sampaikan ke Hj Mahrub " - Mama , 8.10 am

Petang tu aku keluar bersama Luqman pergi jalan-jalan kat Time Square, sampai kami ke satu kedai makan ni Luqman bertanya, " sooo ada package ke datang two days ago?".

" Haa, dari Mak Su or nenek I kut or mama ", aku balas.

Kami pun makan margherita pizza yang telah kami pesan.

" Luq, nanti teman aku pergi beli barang hantaran eh kat Saks Fifth Avenue, aku nak ship awal ", aku cakap kepada Luqman

Luqman drops his pizza dan matanya terbutang, " Ehhhhh!!!! OMGG! Siapa pulak yang nak kahwin ni? You ke Nora? ".

" Haa, mama ku kata ada orang datang meminang aku minggu lepas dan aku terima pinangannya. Surprisingly, bakal aku ni sepertinya ada hubungan keluarga dengan ex aku, anddddd, berumur sedikit dari aku", aku memberitahu hal ni kepada Luqman.

" Oh my Godd!! What?! Eh?! Hold on, kau nak bertunang? dannn bakal tunang u ni ada relation dengan your ex Mr. Razak magic stick tebal ke? " Luqman dengan expresi terkejutnya.

" Yep, somehow you can say that", aku balas lagi Luqman

" Kau pasti ni dengan keputusan kau? Especially bakal kau ni ada relation dengan ex kau?", soal Luqman dengan nada yang tak percaya.

Aku yang dah geram dengan soalan Luqman yang bertalu-talu membalas, " haah! I believe I've made the right decision with this and at this rate it's time for me to settle down dan mungkin betul jodoh ku memangnya sama orang yang lebih berumur".

" Okay lah if that's what you think the best for you,  as your honorable friend, I'm happy, I'll support and respect your decision as long I shall live. Dan aku doakan kau sentiasa bahagia dan happy selalu", kata Luqman kepada ku dan aku terasa sedikit terharu dengan kata-kata nya.

Selepas kami selesai makan, kami pun pergi membeli belah untuk hantaran, aku jenisnya menabung semasa ku bekerja, jadinya tidak salah aku membeli barangan hantaran sepertinya jam tangan lelaki berjenama Omega, set wangian Yvest Saint Laurent. Barangan seperti baju dan kasut, akan ku beli kemudian hari kerana aku tidak tahu saiz kasut dan baju bakal tunang ku.

Selesai aku membeli belah, aku dan Luqman plan nak tapau kebab Halal Bros dan makan kat tempat ku.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now