Bab 34

3.8K 35 1
                                    

POV Razak

Sudah berberapa hari aku ditinggalkan Nora, sejak insiden itu Nora tidak menjawab panggilan telefon ku mahupun texts yang ku hantar.

Aku yang duduk dalam bilik ofis ku termenung dan menyesali atas segala perbuatan ku. Ku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 8 malam.

Berberapa minit, aku sedikit terkejut apabila pintu ofis ku di ketuk dan berdiri disana, Julia, kerani perusahaan ku.

Julia terus berkata, " Awak boleh saya masuk nak cakap dengan awak sebentar".

" Julia, sekarang ni kepala saya tengah serabut, kalau awak nak berbincang tentang masalah sebulan lalu, itu khilaf saya dan...", belum sempat aku habis berkata-kata, Julia terus berkata.

" Saya mengandung! ", kata Julia.

Aku yang sedikit terpana, namun, aku amat gembira mendengar berita itu kerana memang dalam lubuk hati ku sudah lama aku "mengidamkan" untuk mempunyai zuriat ku sendiri dan memang aku terlena dibuai berita itu sehinggakan aku lupa seketika tetang isteri ku yang sah.

Aku berdiri, terus aku menghampiri Julia dan memeluknya, sambil berkata, " betul ke ni Julia?!"

Aku yang ketika itu tidak ingat dunia sangatlah gembira dengan berita itu. Walaupun aku tak ingat sangat dengan kejadian malam itu, tapi tidak mungkin Julia mahu menipu aku.

**************************************
Smartphone yang masih panas dengan pesanan, missed calls dari Razak walaupun hampir 5 hari sudah keadaan ini berlalu.

Namun berberapa minit kemudian kak ipar ku menelefon ku,

Ring...ring...ring

" Assalamualaikum Nora, Nora okay ke nak?, akak ni telefon Nora bukan nak suruh Nora pulang secepat atau nak menangkan Razak, saja nak bagitau kalau Nora pulang boleh tak Nora singgah kat rumah akak sebelum Nora balik rumah? "

" Waalaikumsalam kak, Nora sihat je, tak sedap badan sedikit. InsyaAllah boleh Kak",balas ku.

Balas kak ngah dengan dramatic, " Tak sedap badan?! Nora okay ke tak ni ? Kalau tak akak boleh pergi ambil Nora kat sana".

" Tak pe la, kak mungkin tersalah makan kot. Nora nak rehat soon kak ", balas ku.

" Okay.. okay.. kalau ada apa-apa Nora telefon akak ye. Assalamualaikum ", kak ipar ku yang meletakkan genggaman telefon.

Keesokkan harinya pun sampai, sebenarnya aku sangat keberatan untuk pulang namun aku perlu menyelesaikan masalah kami berdua.

Sampai ku di lapangan terbang, aku terus menuju ke kaunter check in, sedangn aku berada dalam que line, ada seseorang menepuk bahu ku, sambil berkata.

" Seorang je ke Puan Nora?".

Aku yang menoleh , terkejut melihat Daniel ada di belakang ku. Daniel yang berkata lagi, " jodoh kita memang kuat la Nora", sambil dia tersengih.

Kami memutuskan untuk duduk in the same row, seperti biasanya kami banyak bercakap sepanjang penerbangan.

Mendarat kami di lapangan terbang, Daniel menawarkan untuk menghantarku pulang. Aku pun menerima tawarannya.

Dalam perjalanan ke rumah kaka ipar ku, Daniel ada bertanya, " Maaf ye Nora, soalan Daniel ni Nora ada masalah ke dengan suami? I bukan nak menyibuk cumanya dari tadi Daniel tengok Nora ni nampak letih, pucat dan mata pun bengkak."

" I okay je, takde apa-apa. Letih kut, nanti balik rumah InsyaAllah boleh rehat ", aku yang membalas dengan sayu.

Sampai ku depan rumah kak ipar ku, aku keluar dari kereta di temankan Daniel yang menolong ku mengeluarkan bagasi ku dari bonet kereta.

**************************************
POV Razak

Aku yang duduk di dapur mendengar bebelan kak Ngah ku lalu ku balas, " kak, lupa hari jadi Nora je pun, takkan tu pun dia nak merajuk".

" Eh engkau dengar sini Jak oi! Engkau dengan Nora tu baru berberapa tahun kahwin, kau dah nak berperangai sebegini. Kau tak tahu dia gembira tau plan nak sambut hari jadi dan terus nak bercuti dengan kau Jak! Nora kata engkau kerja siang malam pagi buta takut engkau letih, jadi mungkin percutian boleh bagi kau relax sikit! ", aku yang sakit telinga habis aku kena basuh oleh akak ku.

Tiba-tiba ada bunyi enjin kereta sepertinya menghampiri rumah kakak ku.

Akak ku sambung lagi, " ada bunyi kereta! Kut kut Nora ".

Aku yang pergi ke jendela mengintai melalui tirai jendela, darah ku terus berderau naik apabila aku melihat Nora yang keluar dari kereta lalu di ikuti dengan Daniel sambil tergelak ketawa dengan mesra.

Belum sempat akak ku dapat memberhentikan aku, aku pun berlari keluar dan terus menghampiri Daniel dengan diriku sedia untuk menumbuk Daniel.

Namun, Nora mencapai tangan ku cuba menagkas tumbukkan yang ku tujukan kepada Daniel.  Kerana aku sudah "dirasuki" dengan perasaan marah, ego dan dengki, tanpa ku sadari dan tanpa disenghaja telah menolak Nora, sampai dia terjatuh.

Kak Ngah ku berteriak, berlari menuju ke tempat Nora tersungkur berkata, " Ya Allah Jak! Apa engkau buat ni?! Gila ke apa?!"

Aku membalas, " Haah! Dah gila dah Kak!".

Aku yang berpusing melihat tepat ke mata Nora, mengking dan menunjuk dia, " Begini rupanya engkau cuba permainkan aku. Pura-pura merajuk pergi tinggalkan aku, bercuti, rupanya kau curang dengan lelaki tak guna ni!"

" Eh engkau jangan nak fitnah isteri engkau eh Jak! ", balas kak Ngah.

Razak balas, " Kak kalau begini caranya Nora nak Jak lepaskan dia, Jak boleh lepaskan dia"

" Jak, bawa ber istighfar, mengucap banyak-banyak. Mari kita masuk dulu berbincang, jangan buat keputusan melulu! Awas kau Jak! Akak takkan mengaku engkau tu adik akak! Tolong jangan malukan keluarga kita lagi Jak", balas kak ngah ku yang merayu.

Lalu aku berkata, dan aku melihat Nora yang dipegang Kak Ngah ku menangis dengan teresak-esak " Engkau dengar sini Nora! Aku dah letih nak hadap perangai kau! Penipu dan kaki curang! Lagipun Julia dah bagi apa yang aku nak iaitu zuriat! Dia dah mengandung berberapa bulan dengan anak aku, jadinya kau dah takda gunanya dalam hidup ku lagi!"

Aku sambung lagi, " aku ceraikan engkau, Nora Karmila binti Hj Aziz dengan talak satu!".

Akak aku yang meraung kuat sambil memegang Nora yang masih menangis, " Razak! Engkau akan menyesal dengan ni dan engkau bukan lagi adik akak! Jangan sesekali engkau datang ke rumah akak, call akak atau minta tolong kat akak!"

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now