Bab 5

13.1K 74 0
                                    

Selang berberapa hari, aku balik dari kerja, sedang ku berjalan dari garage rumah ku, aku terlihat kereta Mr. Razak parked kat porch garaj. Aku berkata pada diri ku, ' eh dia tak kerja ke?'. Sebabnya selalunya time ni Mr. Razak tak akan ada dirumah. Hmm.

Malam tu selesai solat Isyak, aku terus berbaring dikatil ku, berberapa minit kemudian handphone ku bebunyi.

'Ping'

Text dari nombor yang tak dikenali masuk.

' Assalamualaikum, Nora sihat? Ni Razak. Sorry ye kalau I terus text Nora. I minta number Nora dari Mak Timah. ' - 9.45 pm

Aku terkejut melihat text tu masuk dan nama Mr. Razak terpampang. Pipi ku terasa merah dan panas. Perasaan ku tak menentu dan aku tak tentu arah. Getus ku dalam hati, ' Mungkin dia nak minta "tu" lagi kut hmm' . Aku decide just nak ignore the text mungkin esok baru balas atau bila-bila rasanya aku nak balas. Buat masa ni malas aku nak fikirkan.

Aku terlelap dan terus dibuai mimpi. Dalam mimpi tu aku berada dalam very unfamiliar place , kebun bunga dipenuhi dengan pelbagai bunga. Sambil aku berjalan menikmati suasana kebun, aku terlihat kelibat seseorang nun jauh dihujung. Ku teruskan perjalanan ku menuju ke sana, dan sampai ku di sana aku terkejut.

"Assalamualaikum, nak Nora", arwah atok menyapa ku. Mata ku terasa bekaca-kaca dan itisan airmata ku tanpa ku sedari jatuh dipipi ku.

" Waalaikumsalam, tok, Ya Allah Nora rindu atok ", aku membalas dengan rasa sebak lantas memeluk atok. Sambil merenung muka tenang atok ku yang telah pergi menghadap Pencipta 10 tahun lepas

" Nora apa khabar? Sihat?. Jom teman atok jalan-jalan", kata atok dengan muka yang senyum.

" Alhamdulillah tok, Nora sihat saja. Ada masanya Nora terasa sunyi sangat ", merasa tenang berjalan beiringan dengan atok.

" Nora atok nak cakap ni, dan ini sekadar nasihat atok kepada Nora. Terpulanglah kepada Nora nak pakai ke tak nasihat atok ni. Tapi atok tahu Nora boleh berfikir bagi kebaikan Nora. Nak, Nora perlu berhenti lari dari masalah Nora. Kadangnya kita sebagai manusia ni selalu buat silap tapi kita beruntung kalau masih ada esok, sebab esok ada peluang kita untuk memperbaiki diri kita dan cuba menjadi yang terbaik dari sebelumnya. Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan berdoa", nasihat yang keluar dari mulut atok ku memberi aku kesedaran.

Belum sempat aku menyatakan terima kasih kepada atok , aku terus dikejutkan oleh bunyi alarm pukul 5.30 pagi. Mimpi tu terasa amat nyata, aku yang duduk dibirai katil amat merindui atok ku dan aku cuba memikirkan, menghadam segala nasihat atok ku.

Selesai aku mandi dan solat subuh, aku terus membuka text yang dihantar Mr. Razak semalam lalu membalasnya.

' Waalaikumsalam Encik Razak. Alhamdulillah Nora sihat. Encik Razak apa khabar? . Hopefully sihat saja ye 😊' - sent 6.30 am

Aku bersiap sedia bak berangkat kerja, selesai ku mengunci pintu depan sambil ku berjalan menuju garaj kereta ku, aku terlihat Mr. Razak juga keluar melalui pintu rumahnya. Dan tanpa senghaja kami menatap satu sama lain dari jarak jauh dan langkah ku pun terhenti.

Mr. Razak pun membagi isyarat dari jauh untuk mencek text handphone.

' Alhamdulillah Nora sihat saja. Boleh ke tak nanti malam kita bercakap tentang hal yang terjadi di dewan minggu lepas ', - 8.30 am

Aku membalas

' InsyaAllah 😌 ', - sent 8.35 am

Lantas aku bejalan menuju ke kereta ku dan menghidupkan enjin kereta, selang berberapa minit aku bergerak ke tempat kerja ku.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now