Saban hari dan malam aku berbalas-balas text dengan Encik Razak, jiran ku yang masih bujang dan sedikit innocent . Sudah hampir 6 bulan kami berbalas- balas text.
Kadangnya sampai pukul 2 pagi kami berbalas-balas pesanan. Banyak iktibar yang boleh diambil dari orang tua ni. Dan paling mengejutkan takde sedikit punya perbualan kami berbaur lucah.
Tapi perbualam semalam membuat aku terdetik seketika memikirkan persoalan yang diajukan oleh Encik Razak kepada ku.
" Nora, saya nak tanya ni. Nora tak pernah terfikir ke nak kahwin? . Maaf lah kalau soalan ini selalu diaju kepada Nora. Cumanya takut nanti menyesal seperti saya." - text dari Encik Razak.
' Hmmm apa patut aku balas ni ye ' bercakap aku seorang diri.
" Entahlah Encik Razak, belum jodoh kut. Tapikan zaman sekarang perempuan lelaki dorang dah tak kesah sangat nak kahwin. Ekonomi tak menentu, barangan-barangan mahal. Jadi tak fikir sangat lah benda tu. Yang penting dapat berkhidmat kepada ibu bapa or nenek Nora. Alhamdulillah "- text pertama kepada Encik Razak.
" Kenapa pulak Encik Razak menyesal? Tak nampak pun sepertinya Encik Razak menyesal hidup membujang. Kalau Nora jadi seperti Encik Razak, askar pencen, pernah dikerah untuk bertugas di Lebanon, dan sekarang pengusaha tanaman sayur dan kambing, perghh dah Nora pergi merantau jau. Ni terpuruk je Encik Razak pergi ladang, balik rumah. Lol " - balasan text ke dua.
" dan takkan Encik Razak tak pernah kena jodohkan? Dengan makcik makcik ohsum kat kampung ni Nora pasti diaorang boleh tolong Encik Razak. Atau Encik Razak yang jenis jual mahal "- balasan text kedua kepada Encik Razak.
Ping
" Wah, wah, mengejek saya amboi cik Nora. Kena jodohkan tu banyak kali cumanya saya ni jenis pemalu dan at the end calon-calon semua rasa bosan dengan saya, kurang dalam perbualan. Dan bukan saya taknak merantau, takde teman dan jenis kurang tahu atau malu nak communicate denga orang " - text balasan dari Encik Razak.
Ping
" Susah jadi seorang yang pemalu ni. Kadang nya saya kagum dengan sifat awak Nora, sentiasa ceria, peramah, masuk air dengan sesiapa pun tak kiralah orang tua ke orang muda. "- text balasan dari Encik Razak.
" Taklah biasa je. At least Encik Razak seorang yang pendiam, hormat orang dan bersantun " - aku membalas, 1.20 am.
Ping
" Panggil je saya Razak ye, panggil abang ke hehe. Nora kalau sekiranya awak susah nak cari pasangan, awak nak saya kahwin dengan awak, saya dengan rela hati. Kita kan dah past that part. Mungkin mengenal hati budi tu selepas kahwin boleh. Itu cadangan saya saja " - 1.30 AM
Terbeliak mata aku menatap text balasan dari Encik Razak. Pipi ku terasa merah dan panas. Aku terpinga dan terkejut. Apakah jadah Encik Razak mengulas cadangan sebegitu kepada ku.
Ku biar kan saja text cadangan dari Encik Razak, dan ku terus lelapkan mata ku dengan senang hati berbunga-bunga.
YOU ARE READING
Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]
Storie d'amoreNora yang sentiasa happy go lucky, peramah dan senangi ramai berumur 26 tahun dan Razak yang pemalu, dan kurang becakap berumur lewat 30 an tahun. Mereka telah hidup berjiran selama hampir 3 tahun, namun belum pernah bertegur sapa. Tetapi Nora ni s...