Bab 26

6.5K 54 7
                                    

Aku terbangun dan jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Ku toleh ke kiri ku, suami ku sudah tidak ada di sebelah ku ,namun aku mendengar sepertinya dia berada dalam tandas.

Pintu tandas terbuka aku pura-pura melelapkan mata ku sepertinya aku masih tidur, sejurus suami ku keluar dari tandas, aku yang masih pura-pura melelapkan mata ku terlihat badan suami ku yang masih basah dan sasa, aku sebenarnya terus terasa panas dan tergiur.

Aku yang memusingkan badan ku supaya aku tidak melihat badan suami ku dan tidak menyerah kepada godaan badan suami ku, namun Razak berjalan menuju almari yang dimana pemandangan ku will directly see him.

Berberapa minit kemudian, aku melihat Razak melucutkan tualanya, dan kini dia bogel tanpa seutas benang. Dia berpusing dan kali ni aku terlihat batang Razak yang sangat aku rindui. Di saat itu aku sudah membayangkan keenakan dan perasaan klimaks menunggang batang itu. Lalu aku bercakap dalam hati dengan memberikan kesedaran kepada diri ku.

Nora tahan Nora tahan. Kalau dia tergila-gilakan kau nanti merasa lah kau pukulan batang nya tu nanti. Sabarrr

Selesai memakai baju dan kain pelikat, aku melihat Razak membentang kan sejadah lalu bersedia untuk mengerjakan solat sunat. Ketika melihat dia mengerjakan solat ada ketenangan aku rasakan dan aku terlelap sekejap.

Namun ada berberapa seketika, aku ada merasakan angin panas hampir tertiup dimukaku dan jari-jari kasar yang bermain dengan rambut ku. Sekali ku membuka mata ku, aku nampak muka Razak hampir dengan muka ku.

Riak mukanya yang terkejut , lalu dia mengundurkan dirinya, sambil berkata, " Nora, abang minta maaf sangat-sangat, abang tadi tu terpegun melihat Nora tidur dengan tenang, jadinya abang tengok Nora hampir-hampir".

" Oh ye ke? Takpe la ", aku menjawabnya dengan tona yang mendatar. Lalu aku pun berjalan pergi ke tandas lagipun hari jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Nak katakan aku tak terkejut tidak jugak, cumanya aku dapat control emosi ku dengan bagus, dan sebenarnya aku terhibur mempermainkan Razak begini.

Jam menunjukkan 7.10 selesai ku mandi dan berhias, lalu aku terpandang cincin di jari manis ku yang mengingatkan aku ni dah isteri orang.

Ketika aku turun, sarapan sudah siap disediakan oleh Razak dan dia pun dengan muka yang ceria berkata, " wahh! Itu dia isteri kesayangan abang, jom makan sayang".

Aku melihat di dinding menuju ke bilik tamu tu ada Emergency Aid kit tu dan sebelahnya ada lah automated defribilator, lalu aku bertanya, " awak AED tu masih boleh pakai ke? "

" Haah, abang beli lama sudah tapi masih boleh pakai and charged on going ", jawab Razak.

" Kenapa eh? ", tanya ku.

Razak pun membalas pertanyaan ku, " abang beli AED tu semasa abang masih tentera, mungkin disebabkan dah biasa dengan benda-benda survival apa benda ni, jadi bagi abang kalau abang beli AED tu besar kemungkinan ada emergency nanti, kita tak tau kan? ".

" Ohh begitu...", aku jawab dan kami pun berbual - bual sambil makan.

Selesai kami makan sarapan dan mengemas, Razak ada bertanya, " sayang ada nak pergi ke mana-mana tak hari ni, kalau tak abang boleh teman?".

" Takde pulak, esok malam majilis resepsi kahwin Nora nak rehat je la, lagipun Nora ni sebenarnya homebody , jarang nak jalan-jalan kalau takde tujuan, takkan awak tak tahu? ", balas ku sambil mengusik.

" haaa betul jugak tu", jawap Razak. Aku bertanya kepada Razak, " awak tak pergi ke kebun ke?.

" Tak, nanti gelap pulak abang, kan esok acara, abang nak nampak cerah laaa sedikit hahaha " , kami berdua pun ketawa.

" maybe we should do some Netflix and Chill today? Awak nak?", aku memberikan cadangan kepada Razak.

Razak dengan riak mukanya keliru bertanya, " Netflix and Chill tu apa sayang?

" Macam tengok movie biasa- biasa je sambil relax-relax begitu", aku menjelaskan.

Dengan riak mukanya yang gembira, Razak balas," oh begitu, abang okay je, tapi kalau nak macam kat movie, abang takde home theater atau surround system yang bagus sangat".

" Nora ada, tapi kat rumah Nora. Awak nak teman Nora ambil? ", aku berkata, dan kami pun jalan menuju ke rumah ku.

**************************************

Kami meluangkan masa kami, berborak, ketawa sambil menonton movies on Netflix, sekali ada satu scene movie ni, dimana pelakonnya bercumbuan dan pada ketika itu aku dan Razak melihat satu sama lain, dan perlahan-lahan Razak cuba mencium aku, namun aku mengelak dan terus mengundur kan badan ku.

Kejadian itu membuatkan situasi menjadi awkward.

Lalu Razak pun berkat, " Oh dah nak masuk Asar ni, abang nak bersiap untuk solat".

Ketika Razak berdiri dia meletakkan tangan di dada nya dan sedikit terhuyung-hayang. Aku pun terus memegang nya dan bertanya, " awak okay? ".

" ye..ye..ye, abang okay, mungkin berdiri terlampau cepat, jadi pening" balas Razak.

Sebenarnya aku risau jugak melihat Razak begitu sebabnya deep down aku tahu aku masih mencintai Razak.

Petang lepas Asar kami berangkat ke hotel H kerana kami menyewa dewan hotel tu untuk majilis resepsi perkahwinan kami dan penginapan 3 hari 2 malam masuk dalam package penyewaan dewan itu.

Sampai kami di sana, Razak menguruskan segala check in kami, keluarga Razak dan keluarga ku jugak ikut turut bersama menempah berberapa bilik di hotel H.

Aku yang duduk di sofa di datangi oleh kakak Razak, " Nora nampak berseri-seri la, Jak tak buli Nora? Kalau Jak buli Nora, Nora bagitahu kak Ngah ye"

" Kak Ngah ni tengah gossip tentang Jak ke ?, Jak terdengar nama Jak", Razak yang tiba-tiba datang entah dari mana.

" Tak kak Ngah tu nak bagitahu Nora, kalau Nora kena buli oleh Jak, Nora bgitahu terus kat akak, jadinya akak boleh basuh engkau terus Jak", kak ngah balas.

Razak mengambil kesempatan meletakkan lengannya dibahu ku sambil terus menarik aku hampir kebadannya, sambil berkata," eh takkan Jak nak buli isteri kesayangan Jak, kan sayang?".

Aku yang kalut sambil berkata dalam hati

Sayang kepala otak kau! Engkau fikir dengan kata-kata sayang kau tu aku teruskan nak lari ke pelukan engkau. Bengong amat loooo. Pandai jugak dia belakon ye.

Aku yang senyum terpaksa sebenarnya meluat dengan "lakonan" hebat Razak, namun aku turuti saja kerana malas aku nak fikirkan sangat lagipun aku tahu dan dia tahu yang aku masih belum membukakan hati ku kepada nya.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now