Kami pun naik ke tingkat 11 menuju ke suite honeymoon yang telah ditempah Razak.
Alhamdulilah bilik tu sangat luas dan kalau kita tempah honeymoon suite confirm ada taburan bunga ros kat katil untuk menghangatkan lagi suasana.
" Abang nak mandi dulu, lepas abang mandi, abang nak bincang sesuatu dengan Nora ", Razak berkata dengan tiba-tiba.
Aku yang masih meng "explore" , honeymoon suite, lalu berkata di dalam hati.
Nak bincang apa pulak dia ni.
Selesai keluar dia bathroom honeymoon suite kami, aku yang menyandarkan badan ku pada bed headboard sambil melihat kepada Razak yang bejalan across the room dengan separa bogel, pinggang di balut dengan tuala, badan sasa yang basah dari hujung kepala hingga ke kaki, membuat aku sedikit tergamam.
Namun, aku terus mempanglingkan penglihatan ku ke tempat lain.
Selesai dia berbaju, Razak menghampiri ku dan duduk berdepanan ku. Dia pun berkata, " abang nak bincang dengan Nora ni. Tadi masa kat lobby, abang perhatikan sayang ni macam tak sudi je kalau abang mesra dengan sayang, sebenarnya kalau depan abang seorang takpe, tapi ni depan keluarga sayang dan keluarga abang, boleh tak sayang bagi kerjasama sikit? "
Aku yang berdiri, merasa sedikit marah" eh? Awak nak saya kerjasama macam mana lagi? Tak cukup ke saya dah kahwin dengan awak, jadi isteri awak, untuk feed ego awak? Awak ni macam tak faham je kan? Saya dah tak tau lah kerjasama apa yang awak nak dari saya! Dah hari tu kan sebelum kita kahwin saya dah cakap, nak bina balik kepercayaan tu makan masa yang lama, especially dengan apa yang awak dah buat kat saya. Saya betul lah taknak gaduh dengan awak tapi eh entahlah!", aku berkata sambil berjalan dengan cepat menuju pintu lalu keluar dan menghempas kan pintu itu.
Sampai ku di luar tempat kolam renang hotel itu, sedang aku berjalan-jalan, ada seseorang yang menegur ku dari belakang, " seorang je ke? ".
Aku terkejut menoleh dengan segera, aku melihat rupanya Daniel dan aku terus berkata, " eh awak rupanya Daniel! buat orang terkejut".
Lalu aku menyambung, " haah seorang je, awak buat apa kat sini? ".
" ada conference, baru habis. Eh suami mana Puan Nora? ", balas Daniel.
" aaaaaa ", aku yang tak tahu nak jawap apa, lalu ada seseorang menyapa, sambil merangkul bahu ku, " ni suaminya kat sini, Daniel kan? ".
" ohhh okay ", balas Daniel dengan perasaan sedikit janggal.
" kami nak beredar dulu ye Daniel, nak siap sedia untuk resepsi nanti malam", Razak berkata sambil menarik tangan ku.
Aku berjalan dengan cepat dan laju kerana tangan ku ditarik Razak, namun sempat ku menoleh ke belakang untuk memastikan Daniel sudah hilang dari pandangan.
" Awak kenapa eh?! ", terus ku lepaskan tangan ku dari genggaman Razak lalu aku berlari menuju lift, pintu lift terbuka, terus aku masuk dan menekan nombor lantai suite kami".
Sampai ku di suite kami, aku terus mendamparkan badan ku ke atas katil, lalu kau telelap.
Berberapa ketika kemudian , aku merasaka ada seolah-olah orang memanggil nama ku dengan lembut, " kak Nora, bangun Kak, MUA akak dah sampai ni ".
Aku membuka mata ku, melihat sepupu ku Sarah berdiri sebelah ku sambil, membangunkan ku. Aku terus bangun berdiri, mengelabah melihat jam, lalu Sarah terus berkata, " akak tenang kaka, resepsi pukul 8 malam ni baru pukul 4. Bawa bertenang kak"
Aku dah hampir siap di dandani oleh MUA dan wedding consultant, namun tak sekali pun aku melihat kelibat Razak dalam suite.
Sarah pun berkata, " akak tak rindu dengan Abang Razak? Kalau tak Sarah boleh tolong panggilkan, dia tengah bersiap kot arah bilik Zaki"
" rindu apa pulak, tak perlu la ", aku balas kat Sarah.
Jam sudah menunjukkan pukul 7, aku pun sudah siap, suite kami dipenuhi dengan sepupu2 ku, ada jugak kawan-kawan ku yang ingin mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama ku.
Ibu ku yang masuk ke dalam suite kami untuk membawa dan mengiringi ku ke dewan acara. Aku yang memakai baju songket bewarna hijau olive pun masuk ke dalam lift bersama ibu ku.
Sedang aku dan ibu ku berada dalam lift, ibu kua berkata kepada ku, " Nora, ibu nak cakap sikit ni. Nora kan sekarang dah sah jadi isteri orang, ibu harap Nora dapat la bertolak ansur dengan Razak. Ibu tau apa yang Razak dah buat kat Nora, kakak Razak dah bagitau ibu dan ibu memang rasa tidak setuju pada awalnya, tapi ibu tau kalau dia bukan jodoh Nora, memang dia dah kahwin dengan org lain sekarang. Ibu bukan kan ckp Nora patut jadi seratus peratus submissive pada Razak, tapi apa-apa ni janganlah bertindak melulu ikut sesuka hati, bawa berbincang. Itu je pesan ibu kat Nora."
Ting
Pintu lift terbuka dan kami pun sudah sampai di lantai 4. Ibu ku mengiringi ku menuju ke dewan acara, pintu di buka oleh pekerja hotel dan di situ lah aku melihat Razak segak mengenakan baju songket dengan tanjak. Dia pun memusing kan badannya lalu mata kami bertetapan satu dan lain.
Ibu ku menyerahkan ku kepada Razak dan Razak menghulurkan tangannya untuk memimpin ku berjalan menuju pelaminan kami.
**************************************
POV RazakAku terpegun melihat perempuan yang sudah halal untuk ku. Dia berjalan menuju ke arah ku dengan pakaian songket yang cantik dan hati ku berdebar dengan kencang.
Ibu mertua ku menyerahkan Nora, kepada ku. Lalu aku hulurkan tangan ku kepadanya. Aku tahu merasa sedikit tidak sudi untuk berdiri berganding dengan aku dengan apa yang terjadi petang tadi.
Aku menghampirinya dan membisikkan kata-kata ini kepadanya, " cantik sangat la sayang ".
Lalu pintu dewan dibuka, kami berdua pun berjalan, bergandingan dan aku sering kali melirik ke arah Nora kerana aku tidak dapat mengalihkan pemandangan ku darinya.
**************************************
Alhamdulilah, acara berjalan dengan lancar. Sediki sebanyak, ada jugak sudara mara dan teman- teman Razak yang naik ke pelaminan untuk mengambil gambar bersama kami. Makanan pun sedap sangat, ibu bapa ku terlihat gembira menyapa tetamu, begitu juga dengan keluarga Razak.
Selesai acara persandingan kami, kami berdua pun balik ke bilik kami dan aku yang bergelut ingin membuka pakaian ku kerana zip di belakang tidak dapat ku capai.
Lalu aku merasakan sepertinya Razak menolong ku untuk membuka zip itu, lalu dia mencium tengkuk ku sambil ku mengerang lembut, " ahhh...awakk".
Sebenarnya aku sudah terangsang pada ketika itu, namun aku sedar yang aku tidak boleh menyerahkan diri ku begitu saja.
" Awak, nanti la", aku cakap kepada Razak sambil mengambil langkah ke hadapan.
YOU ARE READING
Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]
RomanceNora yang sentiasa happy go lucky, peramah dan senangi ramai berumur 26 tahun dan Razak yang pemalu, dan kurang becakap berumur lewat 30 an tahun. Mereka telah hidup berjiran selama hampir 3 tahun, namun belum pernah bertegur sapa. Tetapi Nora ni s...