"Opsss , sorry awak . saya tak sengaja" Kata Qaireen yang rasa bersalah terhadap lelaki yang tidak sengaja dilanggarnya tadi kerana menumpahkan air di baju lelaki itu .
"Oh it's okay" kata lelaki itu lalu meninggalkan Qaireen yang terpinga-pinga .
"Sombongnya lelaki tu , tapi nasib baik dia tak marah . Kalau tak naya aku" kata Qaireen dalam hati . Setelah lelaki itu hilang dari pandangan Qaireen meneruskan pejalanan untuk berjumpa dengan sahabat baiknya di Starbucks tempat yang mereka janjikan .
Setelah berapa minit menunggu , dia melihat dari jauh seseorang yang ingin menghampiri mejanya . Siapa lagi jika bukan sahabat karibnya Laila yang akan bertunang dengan pilihan hatinya tidak lama lagi .
"Assalamualaikum" sapa Laila bila melihat Qaireen yang sentiasa cantik dimatanya .
"Waalaikumsalam , sampai pun kau" balas Qaireen
"Mestilah , kan aku yang ajak kau jumpa kat sini . Lagipun aku nak minta tolong kau cari barang tunang aku sikit "
"Alhamdulillah , aku happy bila kau dah nak tunang . Tapi aku nak cerita sikit pasal kejadian masa nak pergi sini tadi"
"Wah , cerita apa ? cepatlah ." kata Laila yang sudah tidak sabar hendak mendengar cerita yang akan di sampaikan oleh Qaireen
"Tadikan , aku terlanggar dengan seorang lelaki ni , kalau tu je okay sikit ni aku tumpahkan air dekat baju dia sekali . Tapi lelaki tu kan hensem sangat , tinggi , dan lagi satu kalau kau tengok mata dia confirm kau jatuh cinta . Setakat Afiq kau tu , mesti kau tinggalkan punya"Kata Qaireen sambil ketawa kerana dapat menyakat rakannya itu
"Mulut kau ni , macam aku nak cili , Kau ada minta maaf dengan lelaki tu ? . " jawab Laila
"Ada" balas Qaireen pendek
"Okaylah kalau macam tu , Cepatlah habiskan minuman kau tu . Lepas ni kita pergi cari barang"
"Ok , tunggu jap" balas Qaireen pendek
***
Setelah sampai kerumah , Qaireen terus membersihkan diri lalu berehat kerana terlalu penat menemani Laila untuk mencari barang pertunangannya . Namun belum sempat menutup mata , tedengar suara perempuan yang memangil namanya dari tingkat bawah "Qairen ! " berulang kali . Qaireen tersenyum , siapa lagi kalau bukan kakaknya sendiri .
"Kakak ! rindunya !" kata Qaireen kepada kakaknya iaitu Adawiyah . Mereka sangat rapat kerana umur mereka tidak jauh beza hanya 2 tahun sahaja . Namun kakaknya terlebih dahulu mendirikan rumah tangga semasa berusia 25 tahun bersama rakan sekerja kakaknya yang dapat menambat hatinya iaitu Sufi Syawal yang juga merupakan seorang doktor .
"Kakak pun rindu kau , kau sihat?" kata Adawiyah
"Alhamdulillah sihat , kenapa kakak lama tak datang sini ?" tanya Qaireen dengan nada merajuk . Dia hanya mempunyai Adawiyah sahaja , bapa mereka telah meninggal sewaktu mereka masih kecil . Selama ini Puan Asmira iaitu ibu mereka yang membesarkan seorang diri , namun apabila Adawiyah habis belajar , ibu mereka pula menemui Ilahi . Sekarang hanya Adawiyah tempat Qaireen menagih kasih .
"Kakak busy sayang , bukan kakak taknak datang cuma kerja kakak banyak" pujuk Adawiyah
"Eleh , ye lah tu . Mentang-mentang dah kahwin "
"Aik? apa kena mengena dengan kahwin pula ni ? Qaireen , kau tu dah umur 24 tahun . Sepatutnya dengan umur kau macam ni , kau boleh kahwin dah" kata Adawiyah
"Memang nak kahwin pun . Tapi Qaireen belum jumpa lelaki kaya . Qaireen cuma nak kahwin dengan lelaki kaya" balas Qaireen
"Qaireen , boleh tak jangan nak memilih sangat . Jodoh Allah kita kena terima , harta kekayaan bukan segalanya ! tak jamin kebahagiaan pun" Balas Adawiyah dengan nada yang separuh meninggi . Sudah berulang kali menasihati Qaireen namun adiknya itu seorang yang keras kepala dan berpegang prinsip bahawa harta dapat menjamin kebahagiaan .
"Kak , itu pendapat akak . Lain orang lain pendapatnya , inilah sebab Qaireen tak suka cerita pasal kahwin . Sebab pengakhiran nya mesti kita begaduh . Dahlah kak , Kakak balik lah , tutup pintu dan kunci . Bye" Kata Qaireen lalu naik ke tingkat atas untuk sambung rehatnya yang tergendala kerana kehadiran kakaknya tadi .
Adawiyah hanya mampu melepaskan hembusan yang maha perlahan . Cukup penat untuk menasihati Qaireen . Namun sebagai kakak , dia hanya mendoakan yang terbaik untuk Qaireen . Semoga Qaireen mendapat jodoh seperti yang diinginkan .
Adawiyah mengunci pintu dari dalam lalu segera balik ke hospital dengan wajah alam kelam dan malap .
YOU ARE READING
HARTA
RomanceThaqif Qhalish , adalah jejaka tampan bermata bundar yang memiliki segalanya baik dari segi rupa , didikan agama dan HARTA . Seorang yang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta mempunyai daya tarikan yang boleh membuatkan perempua...