Esok adalah hari yang membuat status mereka bertukar dari 'bujang' kepada 'sudah dimiliki' . Thaqif dan Qaireen mengikat tali pertunangan hanya selama sebulan . Selama mereka bertunag , tidak pernah sekali pun mereka keluar berdua . Thaqif sendiri yang meletakkan syarat seperti itu untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku .
Qaireen melihat jam yang tergantung kemas di dinding . Jam menunjukkan pukul 10 malam , namun dia masih belum dapat melelapkan mata . Hatinya bergetar , takut untuk menempuhi hari esok . "Kenapa aku takut ? bukankah ini yang aku idamkan dari dulu . Berkahwin dengan lelaki yang mempunyai segalanya . Lelaki yang persis PUTERA RAJA ? Betulkah apa yang aku buat ni ? Macam mana kalau aku hanya mahukan HARTA dia ?" Qaireen menyoal hatinya bertubi-tubi .
Iphone 6 Qaireen di hujung katil berdering . Dengan segera dia mengambil handphone pemberian Thaqif itu .
Qaireen tersenyum . Siapa lagi kalau bukan Thaqif yang menghantar pesanan .
Assalamualaikum , Saya harap awak sedia untuk hari esok . Jangan fikir banyak okay ? In sha Allah , majlis esok berjalan dengan lancar . Awak tidurlah , dah lewat ni . Selamat malam bakal isteri saya . Fi Hifzillah .
Qaireen menaip sesuatu di atas keypad . Lalu menekan butang send
Waalaikumsalam . Saya dah sedia . Amin , saya pun berharap semua berjalan dengan lancar esok . Saya nak tidur lah ni . Selamat malam juga bakal suami saya .
Qaireen menunggu Thaqif untuk membalas pesanannya . Namun tiada tanda bahawa Thaqif akan membalas . Lantas Qaireen menarik selimut dan menutup mata , untuk menunggu matahari mengantikan tempat bulan .
Laila membetulkan selendang di atas kepala Qaireen yang dilitupi tudung . Bunga-bunga kecil yang timbul pada selendang putih itu kelihatan cantik . Baju pengantin yang elegan itu tersarung pada tubuh kawan baiknya juga nampak menawan . Laila tidak berhenti memuji tentang wajah Qaireen .
"Kau dah cantik Qaireen , tak payah aku nak touch up tebal-tebal" puji Laila . Dia yang sendiri menawarkan diri untuk makeup Qaireen di hari perkahwinannya .
Qaireen tersenyum .
"Aku nak tanya sikit boleh?" bisik Laila
Qaireen memandang Laila . "Tanyalah bukan ada sesiapa pun kat sini"
"Tapi kau jangan marah okay ?"
Qaireen mengangguk
"Kau betul-betul ke nak kahwin dengan dia ? atau sebab harta dia ?" Pantas
Laila bertanya .Wajah Qaireen bertukar mendung . "Laila , berapa kali aku nak bagitau kau . Kalau aku dah kahwin nanti , aku akan setia dengan suami aku . Aku tak pernah akan curang dengan lelaki lain . Malah , pandang pun tidak . Itu janji yang akan aku tepati" Qaireen menjawab soalan yang diajukan oleh Laila tadi .
Laila tersenyum . Namun di hatinya , terdetik rasa kesal atas keterlanjuran soalannya yang mungkin menguris hati Qaireen
"Aku minta maaf sebab tanya macam tu dekat kau" lirih Laila berkata
"Takpe , aku tak kesah" jawab Qaireen pendek .
"Akhirnya , kau dulu kahwin dari aku . Aku baru tunang , kau dah nak kahwin" Laila menukar topik
Qaireen tertawa kecil . "Dah sampai jodoh aku awal sikit dari kau"
Qaireen memandang Laila dengan matanya yang berkaca . "Laila , Doakan aku bahagia . Sentiasa doakan aku okay ?" kata Qaireen sebak .
Mata Laila juga turut berkaca . Namun di tahannya agar air matanya tidak tumpah di hadapan kawan baiknya itu . "Aku sentiasa akan doakan kebahagiaan kau . Sentiasa" balas Laila dengan hiba .
Mereka tersenyum . Lalu berpelukan antara satu sama lain .
Pintu dibuka . "Qaireen , jom turun bawah . Pengantin lelaki dah sampai" ucap Adawiyah sebaik membuka pintu .
Jantung Qaireen berdegup pantas .
Dengan segera Qaireen turun kebawah dengan dibantu oleh Laila .
Sebaik Qaireen turun dari tangga . Semua mata memandangnya . Photographer juga tidak berhenti mengambil gambar Qaireen . Muka Qaireen berubah merah , tidak biasa berada dalam keadaan seperti itu .
Qaireen duduk ditempat yang di khas untuk pengantin perempuan . Di sana dia melihat Adawiyah dan bakal mertuanya yang sedang tersenyum manis .
Matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang dikenalinya . Hatinya berdengup kencang . Ya , Thaqif Qhalish yang sebentar lagi akan menjadi suaminya . Wajah Thaqif tidak jelas kelihatan kerana dia sedang membelakangi Qaireen dan menghadap Tok Kadi .
Aku berserah kepada mu Ya Allah . Permudahkan segalanya . Hati kecil Qaireen berdoa kepada-Nya
"Thaqif Qhalish bin Taufiq" jelas kedengaran suara Tok Kadi
"Ya , saya" jawab Thaqif setelah mendengar namanya di sebut .
Dup Dap Dup Dap Dup Dap . Jantung Qaireen berdegup
*******
Hahaha tunggu okay . Nanti saya publish lagi . Jangan lupa baca dan vote . Thankyou .
YOU ARE READING
HARTA
RomanceThaqif Qhalish , adalah jejaka tampan bermata bundar yang memiliki segalanya baik dari segi rupa , didikan agama dan HARTA . Seorang yang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta mempunyai daya tarikan yang boleh membuatkan perempua...