Thaqif segera turun untuk sarapan pagi , namun belum sempat sampai ke dapur terdengar bunyi loceng ditekan menandakan ada tetamu .
"Assalamualaikum" ucap tetamu yang berada di luar itu
"Waalaikumsalam , tunggu kejap" balas Thaqif sambil segera membuka pintu utama . Thaqif tersenyum setelah melihat tetamu yang datang itu , Syakila rupanya ! ucap Thaqif dalam hati .
"Thaqifffffff !" kata Syakila iaitu sepupu yang selalu ada di waktu susah senang Thaqif .
"Kilaaaaa !" Kata Thaqif sambil tersenyum manis melihat perempuan ayu yang berhijab di hadapannya itu . Lalu Thaqif mempelawa Syakila ke dapur untuk bersarapan dengan mummy dan daddynya sekali .
"Mummy daddy ! rindunya " kata Syakila dengan nada yang gembira sambil menyalami orang tua Thaqif . Thaqif hanya tersenyum melihat perangai sepupunya seperti budak kecil . Macam bukan bini orang , ucap Thaqif dalam hati .
"Kami pun rindu , macam mana dengan daddy dan mummy kamu ? dia sihat ? " tanya Tan Sri Taufiq mengenai abangnya yang merangkap daddy Syakila .
"Alhamdulillah . Daddy sihat . Oh lupa ! diorang kirim salam " kata Syakila menyampaikan salam daripada kedua orang tuanya .
"Waalaikumsalam" ujar mereka serentak .
"Hmm . Kila , apa lagi makan lah . Kami belum sarapan lagi ni . Siapa suruh datang awal sangat" Kata Thaqif dengan nada bergurau .
"Ish ! diamlah kau" Balas Syakila dengan nada seperti orang tengah merajuk . Tan Sri Taufiq dan isterinya hanya tersenyum melihat karenah mereka berdua .
"Tengok tu , baru sikit dah merajuk . Macam budak-budak . kata Thaqif dengan nada bergurau . Syakila hanya tersenyum , Thaqif Qhalish adalah lelaki yang hampir perfect di matanya baik dari segi rupa , pelajaran , budi bahasa dan yang paling penting Thaqif dididik dengan ilmu agama yang cukup . Sesiapa yang akan mendapat Thaqif , dia adalah perempuan yang boleh dikatakan sangat bertuah . Bukan dia tidak pernah berharap untuk menjadikan Thaqif miliknya , dia juga perempuan biasa yang mengharapkan jodoh yang baik . Namun , sudah ditakdirkan Thaqif bukan jodohnya kerana dia telah menjadi milik Ahmad Syeikh . Lelaki yang amat mencintai dirinya , dia bersyukur kerana suaminya juga cukup baik dimatanya . "Jodoh yang Allah berikan semua baik" ucap Syakila dalam hati .
***
"Thaqif , kejap lagi teman aku cari hadiah untuk Nadzierah boleh ?" tanya Syakila memecahkan kesunyian ."Oh boleh je , hadiah untuk apa ?" tanya Thaqif sambil senyum-senyum
"Kau ni , dah lupa ke ? Minggu depan kan hari jadi dia . Kalau dia tahu kau lupa , mesti dia merajuk punya" jawab Syakila
"HAHAHA , jangan risau . Aku tak lupa lah , saja nak menyakat kau" ucap Thaqif mana mungkin dia lupa tarikh lahir Nadzierah iaitu adik Syakila , sepupunya sendiri .
"Ish ! kau ni kan "kata Syakila marah , lalu membaling sebiji bantal tepat ke arah muka Thaqif .
Thaqif hanya ketawa melihat muka Syakila yang menahan marah .
"Dah lah tu Thaqif , malas aku nak layan kau . Siaplah cepat , kau nak tunggu apa ? Bulan jatuh dekat tangan kau ? " ucap Syakila berbaur geram
"Hahaha , ye lah aku naik siap dulu" balas Thaqif lalu naik ke tangga untuk ke kamarnya
Syakila hanya memandang Thaqif sehingga hilang dari pandangan . Lalu tersenyum sendiri .
YOU ARE READING
HARTA
RomanceThaqif Qhalish , adalah jejaka tampan bermata bundar yang memiliki segalanya baik dari segi rupa , didikan agama dan HARTA . Seorang yang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta mempunyai daya tarikan yang boleh membuatkan perempua...