14

288 17 1
                                    

Hari ini merupakan hari pertama mereka bekerja setelah bercuti untuk seketika . Thaqif sudah berangkat ke pejabat pada pukul 7.30 pagi tadi . Qaireen amat gembira apabila melihat Thaqif memakai jam yang diberikan olehnya pada Hari Lahir ke 26 Thaqif .

Qaireen bersiap untuk ke De Khayalan's Bakery , terasa rindu untuk kembali bekerja . Setelah bersiap , Qaireen segera mengunci pintu rumah lalu menaiki kereta dan memandu ke destinasi .

Hanya mengambil masa sebanyak 15 minit . Qaireen telah sampai ke bakery miliknya itu .

"Assalamualaikum kak" Ucap Ana apabila terlihat Qaireen membuka pintu .

"Waalaikumsalam" balas Qaireen tersenyum manis . Dengan segera Qaireen naik ke atas yang menempatkan pejabat dan ruang rehat .

Qaireen menyandar di kerusi miliknya itu sambil melihat handphone pemberian Thaqif . Terasa rindu hendak mendengar suara Thaqif , memandangkan ini kali pertama mereka berjauhan .

Dengan segera , Qaireen menekan butang untuk membuat panggilan

"Assalamualaikum Abang" ucap Qaireen setelah Thaqif menjawab panggilan yang dibuat olehnya .

"Waalaikumsalam sayang , kenapa call abang ni ?"

"Rindu" jawanb Qaireen dan diiringi ketawa kecil

Thaqif juga turut ketawa "Abang pun , nanti dekat rumah kita jumpa okay ? Sayang balik jam berapa harini ?"

"Okay . Harini balik jam 5 macam tu . Abang ?"

"Entah lah sayang , Abang pun tak pasti lagi . Banyak sangat yang nak kena urus ni"

"Oh takpe lah kalau macam tu . Abang sambung kerja lah . Saya pun ada nak buat ni"

"Okay . Hati-hati kerja sayang . Bye , Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" jawab Qaireen lalu mematikan panggilan

Qaireen tersenyum bahagia . Rindunya kepada Thaqif berkurang sedikit , setelah mendengar suara lelaki yang dicintainya . Cinta ? Ikhlas kah ? muka Qaireen yang tadinya ceria bertukar keruh .

Terasa bahagia menyelebungi Thaqif apabila dapat mendengar suara wanita yang dicintainya . Baru sekejap berpisah , rindu datang bertandang .

Thaqif ketawa sendirian , Orang angau bercinta . Hatinya memerli diri sendiri .

Namun , kadang kala Thaqif terasa sangsi terhadap Qaireen . Benarkah wanita itu ikhlas mencintai dirinya ? Atau dia mempunyai agenda tersendiri ? dia bersoal jawab dengan hatinya sendiri .

Tetapi setiap kali dia terasa sangsi terhadap Qaireen , saat itu jugalah dia membawa mengucap . Dia tahu bahawa sangsi terhadap isteri hanya akan membawa pergaduhan . Sungguh ! dia tidak mahu perkara itu terjadi .

Thaqif segera menyambung kerja yang tergendala kerana kejutan Qaireen semalam . Tidak mahu membuat rasa sangsi itu berleluasa . Dia harus mempercayai Qaireen sepenuhnya , Qaireen adalah isterinya yang sah . Lagipun semenjak mereka mendirikan rumah tangga , Qaireen tidak pernah bersikap biadap atau pun menyakitkan hatinya . Malah Thaqif merasa dia adalah lelaki paling bertuah memiliki Qaireen .

Thaqif mengeluh berat . Lalu tersenyum .

HARTAWhere stories live. Discover now