5

188 15 0
                                    

"Assalamualaikum kak" ucap pekerja salah seorang pekerja apabila melihat majikannya .

"Waalaikumsalam , banyak tak tempahan kek ? " Tanya Qaireen sambil tersenyum manis kepada semua pekerjanya .

"Banyaklah juga kak " jawab pekerja Qaireen .

"Oh , okay lah kalau macam tu . Akak naik atas dulu , ada keja sikit ni " kata Qaireen meminta diri , lalu ke tingkat 2 yang menempatkan pejabat dan ruang rehat untuk Qaireen .

Qaireen tersenyum bangga kerana hasil usaha dan titik peluhnya , kini dia dapat mendirikan sebuah bakeri yang berusia hampir setahun itu . Pada mulanya dia tidak pernah menyangka bahawa boleh pergi jauh dalam bidang yang amat di minati oleh Qaireen . Namun berkat sokongan dan bantuan kewangan Adawiyah , Qaireen dapat mendirikan De Khayalan's Bakery .

Ramai orang tertanya-tanya mengapa Qaireen memberikan nama Bakerinya De Khayalan's . Namun pertanyaan itu akan terjawab apabila memasuki bakeri Qaireen yang benar-benar cantik dan sangat mengagumkan . Berkonsepkan ala Fairy Tale dan binaan bakeri Qaireen semua di perbuat daripada kaca yang akan menarik hati pelanggan apabila masuk ke dalam . De Khayalan's Bakery juga menerima pelbagai jenis tempahan kek dan pelanggan bebas memilih konsep kek yang mereka ingini dengan harga yang berpatutan .

Lamunan Qaireen terhenti apabila terdengar ketukan pintu .

"Ya , masuk " ucap Qaireen dari dalam

"Sorry ganggu kak , cuma nak bagi tahu . Tadi ada pelanggan datang , dia nak tempah kek paling special untuk birthday anak buah dia . Tapi masalahnya , dia nak kita hantar dekat rumah dia esok . Dia busy sangat , tak boleh nak ambil" Ucap Aqilah salah seorang pekerja De Khayalan's Bakery .

"Oh , boleh . Nanti biar akak sorang yang hantar , sebab esok Aqilah ambil cuti kan ?"

"Ye kak , saya minta maaf tak dapat nak teman akak esok ." Jawab Aqilah dengan rasa bersalah kerana tidak dapat menemani Qaireen menghantar tempahan .

"Takpe , Akak faham . Nanti Aqilah bagi je alamat pelanggan tu dengan akak " ucap Qaireen tenang . Ini adalah salah satu perangai Qaireen yang amat disukai oleh semua pekerja bakerinya kerana Qaireen seorang majikan yang sangat bertolak ansur .

"Okay kak , terima kasih banyak . Nanti saya bagi alamat pelanggan tu . Saya minta diri dulu " ucap Aqilah , lalu keluar dari pejabat Qaireen dengan perasaan yang lega .

Setelah pekerjanya keluar , Qaireen bersandar malas di kerusi kerjanya . Dia meliarkan mata di seluruh bilik kerjanya , sesekali tersenyum . Namun mukanya bertukar keruh apabila mengingatkan umurnya semakin meningkat dan masih belum mendirikan rumah tangga . Bukan Qairen tidak mahu bercinta , namun dia masih belum jumpa lelaki seperti yang dia ingini . Lelaki yang mempunyai HARTA , didikan agama yang baik dan mempunyai paras rupa yang sempurna .

Qaireen teringat kata-kata Adawiyah , bahawa HARTA tidak dapat menjamin kebahagiaan . Namun kata Adawiyah tidak sedikit pun mengoyahkan prinsip yang dibuat olehnya . Tetapi Qaireen sudah bersedia untuk segala kemungkinan yang akan berlaku bila dapat berkahwin dengan lelaki yang di idaminya kerana dia tahu kehidupan adalah realiti untuk kita tempuhi , hidup bukanlah kisah-kisah Fairy Tale yang pada akhirnya bahagia untuk selama-lamanya .

HARTAWhere stories live. Discover now