"Ada apa mummy ?" Ucap Syakila kepada Puan Sri Aida .
"Ni , mummy nak tanya ada nampak Qaireen tak ? " Tanya Puan Sri Aida
"Oh Qaireen , Ada dekat sana tu . Kenapa mummy ? "
"Mummy ingat nak ajak dia sekali join party Nadzierah ni . Apa pendapat kamu ?"
Mendengar sahaja pendapat Puan Sri Aida , Syakila tersenyum . " Kila setuju mummy . Lagipun Qaireen baik mummy , Kila suka sembang dengan dia dan Kila suka tengok muka dia . Cantik sangat "
Puan Sri Aida tertawa kerana mendengar Syakila bercakap tanpa henti .
"Ya , mummy tau . Mummy jumpa Qaireen kejap . Kila pergilah suru Nadzierah siap-siap dan jangan lupa suru Thaqif siap sekali "
Syakila mengangguk faham .
Qaireen mencari Puan Sri Aida untuk meminta diri . Namun dia terlihat Puan Sri Aida sedang berjalan ke arahnya sambil tersenyum penuh makna .
"Puan Sri , Saya minta diri dulu" ucap Qaireen sebaik saja Puan Sri Aida berada di depannya .
"Qaireen busy ke ? " Jangka Puan Sri Aida .
"Eh , Taklah . Cuma Majlis ni nak mula . Jadi saya taknak menganggu"
"Kalau Qaireen tak keberatan , Qaireen join lah sekali . Meramaikan jemputan " Puan Sri Aida mengemukakan permintaanya .
Qaireen terdiam .
"Baiklah Puan Sri" Qaireen setuju dengan permintaan Puan Sri Aida . Tidak sanggup rasanya untuk menolak kerana melihat wajah Puan Sri Aida yang penuh mengharap .
Puan Sri Aida lega kerana permintaan tidak di tolak Qaireen . Entah mengapa beliau berasa tenang apabila berhadapan Qaireen . Puan Sri Aida mempunyai agenda tersendiri , beliau sengaja mengajak Qaireen untuk turut serta majlis Nadzierah supaya Qaireen dan Thaqif boleh terserempak . "Manalah tau ada jodoh" Puan Sri Aida berkata dalam hati .
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To Nadzierah !
Happy Birthday To YouQaireen terlihat baju yang dibeli oleh Syakila dan lelaki itu dipakai oleh Nadzierah yang sedang meniup lilin . Sekali lagi tanggapan Qaireen salah , Baju itu bukan milik Syakila . Qaireen beranggapan bahawa baju itu dibeli oleh mereka berdua dan di hadiahkan kepada Nadzierah .
Selepas Nadzierah meniup lilin , tetamu yang hadir bergerak ke bahagian meja untuk memilih juadah . Terdapat pelbagai juadah yang disediakan , semuanya kelihatan sedap belaka .
Setelah memilih makanan , Qaireen memutuskan kembali ke meja untuk menjamu selera . Semasa dalam perjalanan , Qaireen tidak dapat mengimbangi badannya kerana lantai di bahagian tepi kolam renang agak licin . Namun sebelum badannya jatuh menyembah lantai , seseorang telah menyelamatkannya untuk berdiri dengan seimbang . "Lelaki itu" hatinya bersorak riang .
"Maafkan saya , saya bukan nak ambil kesempatan . Saya cuma nak tolong awak" Ujar lelaki itu dengan nada seperti seseorang yang melakukan kesalahan besar . "Apalah kau ni Thaqif . Pegang-pegang perempuan . Nasib baik berlapik tau ! " Thaqif memarahi dirinya sendiri .
"Takpe saya tau awak nak tolong saya . Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak" Balas Qaireen dengan matanya tidak pernah lepas menatap lelaki itu .
"Sama-sama . Tapi kenapa muka awak macam saya pernah nampak ? kita pernah jumpa tak sebelum ni ? " tanya Thaqif ingin tahu .
"Ya , kalau awak ingat saya lah yang langgar awak hari tu "
"Patutlah , hari tu awak menyusahkan saya . Hari ni pun sama" balas Thaqif . "Perempuan tu rupanya" Thaqif berkata dalam hati .
"Awak cakap saya menyusahkan ? Macam mana awak tahu ? " Ujar Qaireen dengan nada yang tinggi .
"Yelah . Tiap kali kita jumpa , mesti awak susahkan saya "
"Oh , Saya susahkan awak ?" Qaireen tersenyum lalu sambung berkata "Memandangkan awak dah kata saya ni menyusahkan , apa kata awak jadi suami saya . Baru awak boleh tau saya ni menyusahkan ke tidak "
Thaqif tersentak . "Gila dia tengah lamar aku ke ni . Thaqif kau tak boleh kalah" Dia berkata dalam hati .
Thaqif senyum paksa untuk meyembunyikan getar di hatinya . "So awak tengah lamar saya lah ni ? Okay saya terima , sediakan alamat rumah awak . Minggu depan family saya datang merisik"
Qaireen tediam untuk seketika . Terkejut dengan persetujuan yang diberikan oleh lelaki itu . Dia tidak menyangka perkara itu berlaku . Padahal pada mulanya Qaireen hanya bergurau , tidak menyangka bahawa lelaki itu mengambil serius . "Inilah masanya Qaireen . Peluang dah ada di depan mata " hatinya berkata
"Saya tengah serius . Tolong jangan nak tipu . Nanti saya buat persediaan family awak pula tak datang" sinis Qaireen berkata .
"Saya seorang lelaki yang berpegang pada setiap kata yang saya tuturkan. Awak cuma buat persediaan dan tunggu" Thaqif mengeluarkan Iphone 6 nya dari poket dan menyerahkan kepada Qaireen . "Taip alamat awak dan nombor telefon"
Qaireen mengambil handphone tersebut lalu menulis alamat dan nombor telefon nya .
"Saya El Qaireen , 24 tahun" Qaireen memperkenalkan dirinya selepas mengembalikan handphone lelaki tersebut .
Thaqif mengangguk faham . "Qaireen" hatinya menyebut
"Thaqif Qhalish , 26 Tahun" Thaqif pula memperkenalkan dirinya .
Qaireen pula mengangguk faham dan berkata "Saya minta diri dulu . Saya harap awak tak mungkiri janji Thaqif Qhalish" lalu berjalan meninggalkan Thaqif
"Tunggu"
Langkah Qaireen terhenti .
"Ya ada apa lagi?" Qaireen menyoal Thaqif
"Saya cuma nak tanya . Awak buat apa dekat rumah saya ni ? Awak kawan Syakila atau Nadzierah?"
"Ni rumah dia !? , maknanya dia anak Puan Sri Aida ? memang rezeki kau lah Qaireen" luah Qaireen dalam hati .
"Taklah , saya pemilik De Khayalan's Bakery . Pekerja saya cuti , jadi saya lah hantar kek yang di tempah tu . Tapi Puan Sri Aida ajak saya , untuk join sekali majlis ni " Qaireen menerangkan bagaimana dia boleh berada di majlis itu .
Thaqif tersenyum dan menaikkan keningnya "Puan Sri Aida ? tak lama lagi awak kena panggil Puan Sri tu mummy tau . Saya pergi dulu , Assalamualaikum" Kata Thaqif lalu berjalan meninggalkan Qaireen .
Qaireen menjawab salam dan tersenyum sendirian . Hatinya berbunga .
"Esok mesti call Kak Adawiyah ni" kata Qaireen sendirian lalu kembali ke meja untuk menjamu selera yang tergendala tadi .
YOU ARE READING
HARTA
RomanceThaqif Qhalish , adalah jejaka tampan bermata bundar yang memiliki segalanya baik dari segi rupa , didikan agama dan HARTA . Seorang yang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta mempunyai daya tarikan yang boleh membuatkan perempua...