4

229 17 0
                                    

Setelah mengunci pintu , Qaireen segera masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin . Handphone Qaireen berbunyi menandakan ada panggilan masuk . Laila rupanya !

"Assalamualaikum , hah ada apa ?" tanya Qaireen pantas

"Waalaikumsalam , kau dekat mana ? cepatlah aku tunggu kau dekat butik tu okay ?" balas Laila .

"Ya , tunggu jap . Aku dah gerak ni , okay lah bye " Kata Qaireen pantas , lalu mematikan panggilan . "nasib butik tu tak jauh , kalau tak naya aku" ucap Qaireen lega .

Setelah beberapa minit perjalanan , akhirnya Qaireen sampai ke butik tempat yang dijanjikan untuk betemu dengan Laila .

***
Thaqif dan Syakila masuk kedalam Butik Qaseh yang menjual pelbagai dress yang sesuai di hadiahkan untuk Nadzierah yang baru menamatkan pengajiannya . Thaqif rambang mata melihat semua baju yang dijual disitu , kerana semuanya cantik .

Sedang asyik memilih , Thaqif terpandang satu dress panjang yang cukup cantik dan dapat menawan hatinya . "Cantik , mesti baju ni sesuai untuk Nadzierah" kata Thaqif dalam hati .

Thaqif ternampak Syakila yang masih binggung untuk memilih . Thaqif berjalan menuju kearah Syakila untuk memberitahu bahawa dia suda menemui hadiah yang sesuai untuk Nadzierah .

"Kila , aku dah jumpa . Cantik tak ni ?" Kata Thaqif sambil melihatkan Syakila baju yang dipilihnya tadi .

Syakila tersenyum manis . "Cantiknyaaa . Mesti Nadzierah suka sangat ." Balas Syakila , setuju akan baju yang dipilih oleh Thaqif . "Pilihan Thaqif tidak pernah salah . Semuanya cantik-cantik belaka" ucap Syakila dalam hati .

"Alhamdulillah , Kau taknak beli baju ? Aku belanja " Tanya Thaqif kepada sepupunya itu .

"Tak lah , Aku dah banyak dress dah . Simpan belanja kau tu , nanti lain kali aku guna" ucap Syakila bergurau .

"Ops , Sorry . Masa tu dah tamat tempoh " balas Thaqif lalu berjalan ke kaunter bayaran . Syakila hanya ketawa , lalu mengikuti Thaqif dari belakang .

***
"Macam mana aku boleh jumpa lelaki tu ? Kecilnya dunia ! Tapi dia dengan sorang perempuan lah , mesti itu isteri dia . Siap beli dress lagi " Kata Qaireen dalam hati .

Sementara menunggu Laila mencuba baju pertunangannya . Qaireen mengambil baju berwarna kuning lalu ke kaunter pembayaran untuk berpura-pura hendak membayar baju yang dipilihnya tadi .

Qaireen melihat lelaki yang pernah dilanggarnya hari itu mengeluarkan beberapa not seratus untuk membayar dress yang dipegang oleh isterinya itu . Lelaki itu menerima baki lalu membuka dompetnya . "Hah ! tebalnya duit lelaki ni . Mesti dia anak orang kaya , Kalau lah aku dapat kahwin dengan dia , kan bagus " keluh Qaireen dalam hati . Qaireen hanya menghantar pandangan melihat lelaki itu dan isterinya keluar dari Butik Qaseh dan menaiki sebuah kereta BMW yang dipandu lelaki itu sendiri . Qaireen terus berpaling dan berjalan menuju ke tempat menunggu Laila tadi .

"Hoi , yang kau ni kenapa muka macam tu ?" Tegur Laila selepas selesai mencuba pakaian untuk hari pertunangannya itu .

"Takde , cuma kau nampak tak lelaki yang berdiri sebelah aku dekat kaunter tadi ?" tanya Qaireen

"Nampak , hensem sangat . Tapi nasib baik aku dah ada Afiq dan dia dah beristeri " jawab Laila dengan nada bergurau .

"Hensem kan ? tulah lelaki yang aku terlanggar hari tu . Aku dah kata , dia hensem . Kau tak pecaya "

Laila ketawa . "Oh , lelaki tu ke ? Sekarang aku mengaku dia tu hensem . "

"Aku tengok dari segi pemakaian dia , dompet dia , kereta dia . Dia macam orang kaya lah . Kau tau kan , aku nak kahwin dengan orang kaya je . Itu impian aku dari kecil lagi . Aku cemburu tengok perempuan yang bersuamikan lelaki kaya . " Balas Qaireen

Laila menghempaskan keluhan berat . "Ya aku tau . Tapi kau cari lah lelaki lain , takkan kau nak kacau lelaki tu . Kan dia dah ada isteri . Tapi kalau tu bukan isteri dia . Kiranya kau masih ada peluanglah kan ? " kata Laila tidak mematahkan semangat Qaireen .

Qaireen tersenyum lebar . "Betul lah cakap kau . Perempuan tu tak semestinya isteri dia . Mungkin adik dia , kakak dia dan mungkin sepupu dia ? kita tak tahu " Balas Qaireen dengan gembira .

"Macam tu lah , jangan lah nak sedih sangat " ucap Laila tersenyum .

"Kalau aku jumpa dia lagi sekali , aku kira tu jodoh aku dengan dia lah ." balas Qaireen

"Yelah , Aku doakan je dia jodoh kau . Dahlah , Jom keluar . Aku belanja kau makan"

"Okay , jom" ucap Qaireen lalu keluar dari Butik Qaseh .

HARTAWhere stories live. Discover now