6

194 14 0
                                    

Setelah memandu kira-kira 30 minit kereta Qaireen membelok ke kanan . Qaireen tiba di kawasan berbukit yang menempatkan banglo-banglo besar yang tersergam indah dan mewah .

Qaireen memberhentikan kenderaan lalu menilik alamat di tangannya . Lantas dia membelok ke kanan sekali lagi dan berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo yang sangat mewah . Namun pemandangan Qaireen terbatas di sebabkan pintu pagar yang dibina terlalu tinggi .

Tidak lama kemudian seorang lelaki berpakaian seragam keluar dari pondok pengawal dan bertanya mengapa Qaireen berada di depan banglo tersebut . Selepas menjawab bahawa Qaireen datang untuk menghantar tempahan kek dari De Khayalan's Bakery dengan segera pengawal itu membukakan pintu pagar untuk Qaireen .

Rumah atau istana !? persoalan yang muncul sebaik saja pintu pagar automatik itu terbuka .

Setelah kereta Qaireen masuk ke pangkalan rumah , seorang wanita berusia berhijab keluar dan tersenyum manis . Qaireen membalas senyuman wanita itu .

Daripada gayanya berpakaian memang nampak elegan dan moden "Mesti ini Puan Sri Aida" teka hati Qaireen .

"Assalamualaikum Puan Sri" ucap Qaireen kepada Puan Sri Aida

"Waalaikumsalam , Awak Qairen ? Pemilik De Khayalan's Bakery ?" Tanya Puan Sri Aida kepada Qaireen . " Cantik " hanya itu yang terlintas di hati Puan Sri Aida sebaik melihat Qaireen . Hatinya seakan tertarik kepada Qaireen

"Ya , Puan Sri " Jawab Qaireen pendek .

Puan Sri Aida tersenyum . "Sekarang ni dah pukul 6.30 , majlis mula tak lama lagi . So awak boleh lah mula hias kek tu dekat bahagian sana" Puan Sri Aida menunjuk sebuah meja besar yang terletak di depan kolam renang , meja yang sememangnya dikhaskan untuk kek .

"Baiklah Puan Sri" Dengan segera Qaireen mengangkat kek 3 tingkat itu satu persatu ke meja yang di tunjuk oleh Puan Sri Aida sebentar tadi .

Setelah beberapa minit menghias kek tersebut , Akhirnya kek itu siap terhidang . "Perfect !" puji Qaireeen pada hasil air tangannya .

Mata Qaireen berlari ke arah banner berwarna hitam putih itu .
"Happy birthday Nadzierah Izzaty"

Seterusnya terdapat beberapa meja juga berwarna hitam putih . "Kemungkinan tema mereka hari ini berwarna hitam putih" Qaireen meneka .

"Qaireen ? " Seseorang menyapanya dari belakang .

Qaireen tersentak , lalu memusingkan tubuhnya . Hatinya bergetar , "Bukankah ni isteri lelaki yang aku langgar hari tu?" Qaireen berkata dalam hati .

"Ya Saya" setelah beberapa saat terdiam . Qaireen menjawab .

Syakila tersenyum , "Maafkan saya jika awak terkejut tadi . Saya Syakila" Ucap Syakila memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman .

"Takpe , Saya El Qaireen " Qaireen memaniskan mukanya dan menyambut salam dari Syakila

"Cantik kek yang awak buat tu , Tak sabar nak rasa" Syakila memulakan perbualan

"Terima kasih , biasa je tu . Tak sedap mana pun" balas Qaireen merendah diri .

Setelah beberapa minit Qaireen dan Syakila berbual . Tiba-tiba seorang lelaki memegang bahunya .

"Sayang , Mummy Aida panggil" ucap lelaki tersebut .

Qaireen tersentak , "Jadi lelaki yang aku langgar hari tu bukan suami dia ?" Hati Qaireen berasa lega , Ada peluang lagi .

"Okay tunggu kejap , Abang ni saya kenalkan pemilik bakeri yang buat kek Nadzierah . Qaireen "

"Qaireen , ni suami saya Ahmad Syeikh " Qaireen menundukkan kepala tanda hormat .

"Qaireen , saya pergi dulu . Nanti kita sembang lagi "

"Okay , Awak pergi lah dulu " Qaireen hanya melihat Syakila dan Ahmad Syeikh berlalu pergi . Hatinya berbunga riang bila mendapat tahu Syakila sudah pun berkahwin . Nampaknya peluangnya untuk mengenali lelaki itu lebih cerah . Namun dia belum mendapat tahu apa hubungan Syakila dengan lelaki itu .

HARTAWhere stories live. Discover now