1 : Sahabat

44 5 17
                                    

Semua ini hanyalah rekaan semata-mata. Ini adalah Ff yang aku dah lama simpan dalam draf enjoy this ff mwuaaah

.
.
.
.
.

Hanna melihat mukanya di cermin. Sungguh terserlah mukanya yang sangat ceria pada pagi itu. Mungkin kerana sebentar lagi dia bakal berjumpa dengan sahabat baiknya yang bertuah itu.

Bunyi kuali yang kuat tanda ibunya sedang berperang di dapur untuk menyiapkan juadah tengah hari. Laju lengan Hanna merangkul Ibunya dari sisi tepi.

"Aduh ke tepilah. Jangan kacau mama masak" ujar Puan Choi

"Orang nak berkasih sayang je" Hanna mencebik bibir tanda geram.

"Itu lah, siapa suruh single. Pergi lah cari pakwe sana. Rimas mama nak melayan"

"Ke tak laku?" Puan Choi dengan senyuman menyakat terus menolak Hanna ke pinggir supaya tidak mengganggu.

"Eish, mama ni tak baik lah" dengan wajah cemberut Hannah meninggalkan dapur. Mulutnya tidak habis-habis terkumat-kamit seperti sedang menyumpah.

"Btw kamu pergi lah makan luar sebab yang ni mama masak untuk tetamu khas je" jerit Puan Choi.

Hanna melangkah keluar dari pintu rumah dan menikmati keindahan alam yang terdapat di sekitar rumahnya. Sangat menenangkan jiwa dan minda. Udara segar dihirup dengan penuh nikmat kesyukuran.

Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi hon dari kereta Jungwon. A.k.a Bestfriend paling macho pada abad ini. Ceh.

Dia perlahan-lahan menurunkan cermin tingkap keretanya itu. Muka poyo dan aura lelaki idaman malaya sudah terpampang jelas di hadapan mata. Siapa sahaja yang tak luruh jiwa bila melihat?

Hanna tersenyum manis sambil mengatur langkahnya.

"Aikkk awal nampak? Selalu, lambat je" Jungwon berasa bangga kerana ini baru pertama kali sahabat baiknya itu menepati waktu.

"Suka la tu kan perli aku. Macam la kau on time sangat" Hanna menjeling Jungwon. Ini adalah hasil tunjuk ajar Jungwon sendiri. Pernah dia terpaksa menunggu lebih setengah jam sedangkan Jungwon dengan OTW yang tidak berkesudahan.

"Ingat cantik ke jeling macam tu? Masuk la" Jungwon mempelawa Hanna untuk menaiki keretanya.

"Okay.." Hanna masuk kedalam kereta Jungwon dan mula memakai seatbelt. Nampak sangat dirinya masih belum reti dalam hal hal pemakaian seatbelt.

"Tu nak pakai seatbelt ke nak belit leher?" perli Jungwon.

"Pakai seatbelt la" dengan mukanya yang sangat try hard mahu mengunci seatbelt tu.

"Meh la aku buat" Jungwon menepis tangan Hanna dan memakaikannya seatbelt dengan kemas dan rapi. Hanna hanya mampu terdiam.

Lalu Jungwon pun memandu dengan tenang.

Dia memasang lagu kegemaran Hanna di dalam keretanya. Sudah semestinya dia hadam dengan selera muzik rakan baiknya.

Hanna mula tersenyum dan menikmati setiap bait lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi kegemarannya itu.

"Weh, kau nak tahu cerita tak? crush aku suka kat aku balik dohhh..." ucap Jungwon dengan perasaan yang cukup bahagia.

Lain pula dengan Hanna. Senyumannya tadi makin memudar. Jujur di lubuk hatinya,dia menaruh perasaan terhadap sahabat baiknya sendiri iaitu Jungwon. Susah untuk dia terima kenyataan yang pedih itu.

Mereka berkawan sejak dari tadika. Hanna mula menyedari yang dia menyukai Jungwon pada usianya 12 tahun. Hanna sehabis mungkin memaniskan semula mukanya.

Sahabatku Sayang || YJWWhere stories live. Discover now