4 : Jodoh si Dia

21 3 13
                                    

Pagi Hanna tidaklah seceria hari-hari yang sebelumnya. Dia sedang memikirkan tentang rasa hatinya kepada Jungwon dan juga pilihan ibu bapanya.

Hanna harus akur dengan apa yang terjadi. Dia harus melepaskan Jungwon. Memang pedih untuk menerima kenyataan ini. Dia memilih untuk menerima sahaja pilihan kedua ibu bapanya.

Sudah tiba waktunya dia melangkah untuk melupakan segala rasa yang terpendam di dalam hati. Membuka hati kepada cinta baru. Mungkin itu yang lebih baik?

Walau hati ingin berjuang namun takdir berkata lain. Bolehkah dia memperjuangkan orang yang tak mahu diperjuangkan? Jawapannya pasti semua orang pun tahu.

Sempatkah kalau sudah begini nasibnya?

"Hanna.. Kamu dah siap ke?" Puan Choi melihat muka anaknya yang jelita itu. Terlihat suram. Dan langsung tidak ada tanda kecerian. Puan Choi memegang kedua belah tangan Hanna.

"Hanna, kalau Hanna tak nak. Cakap jelah. Jangan macam ni. Mama taknak paksa sayang. Kawin ni pilihan" Puan Choi mengusap pipi Hanna dengan lembut.

"Tak mama, Hanna okay. Hanna terima je siapa pilihan mama dengan papa. Jangan risau okay?. Hanna yakin dengan pilihan yang dibuat. Pilihan ibu bapa kan pasti yang terbaik?" Hanna mengangkat keningnya.

"Okay lah kalau macam tu. Senyum la sikit. Tak nak la muka monyok cam ni" Puan Choi mengusap kepala anak manjanya itu. Hanna tersenyum.

"Haa macam ni la baru anak mama. Cantiknya dia senyum" Puan Choi masih mengusap pipi Hanna.

"Hanna dah siap?" tanya Tuan Choi yang baru sahaja menamatkan panggilan telefon dengan muka yang sedikit tegang.

"Kejap lagi nak pergi rumah future husband kamu" tambah Tuan Choi membuatkan Puan Choi dan Hanna mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Dah papa." Hanna tersenyum manis.

"Haa abang ni pun, Tak nampak ke cantik cam ni maksudnya dah siap la" Puan Choi menyilangkan tangan.

"Alaahai.. Cepatlah Hanna. Nanti lambat pula" Tuan Choi yang paling tak sabar. Hanna hanya akur sahaja dengan bapanya.

-


Kereta Tuan Choi memasuki perkarangan rumah bakal mertua si Hanna. Tuan Choi mula bersalaman dengan bakal besannya. Nampak sangat mesra dan tiada sedikitpun rasa janggal yang terlihat oleh Tuan Choi.

Mata Hanna tertumpu pada seorang figura lelaki yang memakai baju dengan kemas dan bergaya. Yang pasti dia tidak mengenali siapakah gerangan manusia itu. Mungkin sahaja dia adalah bakal suaminya.

'Not bad' Desis hati Hanna.

Memang tidak dapat dinafikan ketampanan lelaki itu. Ciri-ciri idaman para gadis. Tapi belum cukup membuatkan dirinya terpikat. Mungkin perlukan masa untuk dirinya membuat penerimaan.

"Dah lama tak jumpa kau. Makin hensem kau" Puji Tuan Choi kepada rakannya itu.

"Alaahhh. Kau pun sama. Dah tua pun nampak muda lagi. Silap-silap, Cucu dapat bapak or mak sedara yang sebaya nanti" kedengaran nakal si tua ni bersembang. Hanna tersentak malu apabila mendengar perbualan mereka dari tepi.

"Hahahahha ade ade je kau ni ye" Tuan Choi mengesat air mata akibat terbahak.

"Mana anak dara kau Choi?"

"Haa.. Hanna marilah sini. Kenalkan diri dengan bakal bapa mertua kamu ni" Ujar Tuan Choi. Hanna hanya akur.

"Nama saya Choi Hanna. Umur saya 25 tahun. Baru habis sambung belajar" Ringkas sahaja dia memperkenalkan dirinya.

Sahabatku Sayang || YJWWhere stories live. Discover now