6 : Plan B

15 2 11
                                    

Pagi hari disinari indahnya cahaya redup mentari. Nyamannya angin di sekitar belum cukup untuk membuatkan jiwa Hanna yang gementar tenang.

"Betul ke apa aku nak buat ni?" Gumamnya sendiri.

Sudah pasti dia tak mahu membatalkan perkahwinan itu namun dia juga tak mahu memaksa seorang yang tak sudi mencintainya. Kesudahannya, dia lah yang terperangkap dalam dilemma di pagi hari.

Pagi yang indah yang sepatutnya menjadi satu kegembiraan buat semua pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga. Tapi dia? Berbeza jauh dengan yang lain.

Setelah beberapa jam, Hanna sudah disiapkan oleh mak andam yang disewa khas sempena hari yang penuh bermakna untuk dirinya. Mungkin hari yang lebih menyakitkan hati dan jiwa? Siapa tahu?

"Cantiknyaa anak mamaa" Puan Choi membelek muka anaknya yang memang tidak dapat dinafikan kecantikan kejadiannya. Tiada langsung cacat cela.

"Eish.. Biasa biasa jelah ma, Mama pun sama. Dah bertahun kawin pun cantik mengalahkan pengantin baru. Mesti Papa sayang Mama ketat ketat" Hanna tersenyum menyakat Ibunya.

"Eeee, pandainya dia" Puan Choi mencubit pinggang Hanna.

"Adododoi, Sakitt maa... Orang nak kawin nii. Kang ada juga yang masuk icu" rengek Hana.

"Takde mananya masuk icu. Drama lebih kamu ni. Cepat la keluar sana" Kata Puan Choi sambil menolak Hanna keluar. Hanna pun terdorong keluar dari bilik itu. Terlihatlah muka pengantin lelaki yang sangat segak dan bergaya.

Jungwon sudah seperti kebiasaanya hensem. Tetapi hari ini, tidak dapat digambarkan bertapa tampannya seorang anak lelaki Tuan Yang dan juga Puan Yang.

Jungwon terpaku melihat Hanna yang keluar dari bilik setelah didorong ibunya. Matanyanya seakan akan tidak mahu beralih ketempat lain. Seolah olah dirinya sudah dijampi.

Jay yang sedang mengalu-alukan tetamu juga sempat mencuri pandang manisnya wajah Hanna. Jauh dalam sudut hatinya sedikit terkilan dan menyesal. Jika hari itu berjalan lancar, tidak mungkin dia terlepas peluang keemasan untuk mengenali Hanna.

Hanna berjalan ke arah rakan lama di sekolahnya. Mereka tak ada lah rapat mana. Hanya kenalan sekolah tetapi tak habis-habis mengungkit kisah sinetron yang selalu ditimbulkan oleh Hanna dan Jungwon

Boleh kata duo paling dramatic dalam sesuatu perkara tu. Belum cerita lagi nakalnya mereka sampai cikgu terpaksa memisahkan mereka ke dalam kelas yang berbeza. Tetapi tak menjadi sebab memang macam belangkas.

Jungwon yang leka terus menggeleng dia harus fokus dengan plan yang dirancang demi Euna tercinta. Jungwon pergi kedapur kerana dia kehausan jadi dia meletakkan dahulu paket serbuk yang berisi racun untuk cirit-birit itu diatas meja tanpa melihatnya.

Selepas minum dia melihat paket tadi. Dia mula keliru kerana ada dua paket yang serupa sahaja dengan yang dibawanya tadi. Jungwon pasti yang dikiri adalah paketnya lalu dia pun menuangkan serbuk itu kedalam empat cawan. Yang sememangnya khas untuk Ibu bapanya dan juga ibu bapa Hanna.

Jungwon pun menglangkah pergi ke arah keempat empat orang manusia yang sudah berusia tua itu. Mereka sedang rancak bersembang tentang keterujaan mereka kerana mereka akhirnya berbesan.

"Ayah.. Ibu, Ma,pa. Ni ada air untuk korang. Minum la dulu. Isi tenaga" Jungwon tersenyum penuh muslihat. Mereka berempat pun meminum air itu. Jungwon langsung beredar untuk menjumpai Hanna.

"Wehh" Jungwon menepuk bahu Hanna.

"Haaa?" Hanna sedikit terkejut kerana ditepuk bahunya.

"Kau pastikan plan kau ni bakal berjaya" Jungwon menginginkan kepastian.

"Confirm 100% jadi kalau kau tak buat silap" Hanna tersenyum yakin.

Tetapi Jungwon hanya mampu tersenyum kelat. Seletah 10 minit masih tiada apa apa kesan terhadap Ibu bapanya dan juga ibu bapa Hana.

"Kenapa tak jadi ek?" Jungwon sudah mulai resah.

"Mana la aku tau. Kau tak buat sebarang kesilapan kan?" Hanna tanya Jungwon.

"Emm.. Sebenarnya tadi... Mungkin tersalah serbuk la.. Aku tak perasan" Jungwon tunduk.

"Haaa bistu?" Hanna angkat kening.

"Tak ada plan B ke?" Tanya Jungwon dalam keadaan yang resah.

"B apenya? Mana ada.." Hanna mengeleng.

"Pengantin lelaki dan perempuan dijemput untuk datang ke dewan utama sekarang" Ada suara announcement yang keluar dari speaker.

"Cepattt laaa" Jungwon mula hilang arah.

"B ape??? Bantai jela" Hanna sudah tidak larat mahu melayan Jungwon. Yang boleh buat sekarang ni pasrah je.

Jungwon dan Hanna tersengih gementar di hadapan paderi. Hati Jungwon sudah meronta ingin memutarkan kembali masa sementara Hanna takut kerana memikirkan apa yang bakal terjadi selanjutnya.

"You may kiss your bride"

Ayat yang cukup mendebarkan jiwa gementar Hanna ketika ini. Jungwon hanya menghela nafas pasrah dan mencium dahi Hanna seperti mahu tak mahu.

Akhirnya plan mereka rosak sekaligus menjadikan mereka sah menjadi suami isteri.

Majlis berjalan lancar, tidak seperti yang diharapkan. Jangan pelik kerana memang realiti mereka begitu terbalik sekarang.

Abang bomba dengan anaknya mula datang ke arah mereka berdua.

"Wah dah besyaar dah dua budak busyukkk nii" suka benar abang bomba menimang mereka berdua yang sudah dewasa itu.

"Dia panggil awak usyuk lagi tak Uwon? Kalau dia panggil lagi report tau" usik abang bomba kepada Jungwon yang sudah memerah pipinya akibat malu.

"Rasanya macam baru haritu je Jungwon ni asyik menangis sebab kamu Hanna. Sekarang ni kawin dah sama-sama" sudah bertukar emosional pula abang bomba ni.

Jungwon tergelak janggal sambil menepuk bahu Hanna dengan kuat. Hanna juga turut serta tergelak janggal dan menyiku pinggang Jungwon dengan sepenuh tenaga.

"Au- ye lah kan bang, cepat je masa berlalu" kata Jungwon.

"Jangan sedih bang. Buat anak banyak lagi. Nanti boleh la kami pulak melayan perangai anak abang" Hanna tersenyum janggal membuatkan Jungwon pelik dengan ayat yang dibina secara spontan di dalam kepala otak Hanna.

Hanna hanya memgumat-kamitkan mulutnya menyuruh Jungwon untuk tidak menegur apa-apa.

Sahabatku Sayang || YJWWhere stories live. Discover now