13 : Urat Malu

24 2 22
                                    

Jungwon bangun awal di pagi hari dan mendapati yang Hanna dengan selesa tidur di sebelahnya. Malam semalam tak nampak pula batang hidungnya. Mungkin balik lambat fikirnya lagi.

Jungwon perlahan-lahan bangun dari katil dan menyelimutkan Hanna supaya dia lebih selesa untuk tidur. Wajah isterinya itu diperhatikan lama.

Teringat pula zaman kanak-kanak mereka. Banyak kenangan yang tercipta. Hanna lah satu-satunya sahabat sejati yang menemani di kala suka dan dukanya.

Terkadang dia juga bersyukur kerana ditakdirkan berkawan dengan seorang yang seperti dia. Satu sahaja yang dia masih tidak boleh terima iaitu perkahwinan mereka.

Tiada langsung rasa cinta Jungwon kepada Hanna membuatkan dia merasa marah dan kecewa kerana terpaksa menjalani perkahwinan yang tidak dia inginkan.

Terkilan dengan takdir yang menyatukan mereka sedangkan Jungwon ingin disatukan dengan Euna, cinta hatinya.

Hanna membuka sedikit kelopak matanya dan melihat Jungwon yang sedang berfikir panjang. Dia hanya pura-pura tidur supaya keadaan tidak menjadi kekok.

Jungwon pun beredar ke tempat mandi untuk mempersiapkan diri ke tempat kerja.

Hanna lantas bangun untuk bersiap kerana dia perlu mengambil bas awam. Linda bukan sentiasa ada untuk menghantarnya ke pejabat setiap hari.

"Sekarang ni macam mana nak guna bilik air kalau suami kau ada dalam tu?" Hanna sedang mengagak waktu yang diambil Jungwon untuk siap mandi sepenuhnya.

Setahunya, Jungwon memang orang yang mengambil masa paling lama menggunakan bilik mandi. Mengalahkan perempuan betul.

"Tandas dengan bilik mandi ada je kat luar bilik ni tapi sabun aku semua dalam ni" Hanna mengeluh kesal.

"Kalau boleh mandi sama kan senang" Hanna tak sangka pula perkataan itu yang keluar dari mulut sendiri.

"Giler lah Hanna, kau makan ubat apa semalam jadi sewel?" Hanna menampar-nampar pipi sendiri yang merah akibat ulah pemikiran yang berada di luar kotak.

"Tak boleh jadi ni, karang aku lambat macam mana?" Hanna mengetuk pintu bilik mandi menyebabkan Jungwon yang sedang membilas badannya tersentak.

"Jungwon" panggil Hanna lembut.

Panggilan Hanna tidak disahut.

"Boleh tak aku nak ambil barang mandi aku. Aku takut lambat lah tunggu kau lama-lama dalam tu" terang Hanna.

Tiada sahutan yang dibalas oleh Jungwon membuatkan Hanna risau. Entah apa lah yang terjadi di dalam sana.

"Jungwon?"

"Jungwon?" Hanna tanpa berfikir panjang pun merempuh pintu tersebut.

Terkejut Jungwon yang sedang berusaha melilit tuala di pinggang dan akhirnya terlepas pula tuala tersebut dari genggaman erat.

"OH MY GODD" sempat pula Hanna mencuci mata sebelum lambat-lambat menutup ke dua belah matanya.

"AHHHHHHH" jerit Jungwon yang kedengaran seperti pondan. Cepat-cepat dia menarik tuala separas pinggang dan mengikatnya rapi.

Pipi Hanna mula memerah tanda malu tapi tak dapat dinafikan pemandangan indah yang dilihat. Hanna masih menutup rapat wajah dan matanya dengan ke dua belah tangan.

Jungwon datang mendekati Hanna dan menolak ke dua belah tangan tersebut ke tepi. Jarinya mendongakkan wajah Hanna untuk melihat tepat ke bola matanya.

"Kau sengaja nak intai aku ke?"

Makin merah lah muka Hanna ditanya sebegitu. Nampak nakal sangat kah muka Hanna ni sampai dianggap mengintai?

"Mana ada! Kau yang tak jawab aku panggil sebab tu la aku main masuk je"

Sahabatku Sayang || YJWWhere stories live. Discover now