10 : Interview

20 2 17
                                    

Hari baru dan semangat juga semestinya turut sama. Sakit hati dengan Jungwon belum reda lagi. Jadi makin bertambah ada lah. Sudah lah menyakitkan hati. Tak balik rumah pun tak beri tahu.

Sunyi mengisi suasana sementara Hanna mengemaskan penampilannya di hadapan cermin tandas bangunan company yang dia pergi buat interview.

Semakin tak mahu dia memikirkam tentang Jungwon , semakin galak otaknya memutarkan kembali apa yang berlaku semalam. Hipotesis macam apakah ini?

Baru sahaja bergerak untuk keluar dari tandas sudah terlanggar perempuan yang nampaknya merupakan salah satu staff yang berkerja di sini.

"Maaf" berulang kali perkataan maaf keluar dari bibir Hanna kerana panik. Dia membantu perempuan itu untuk bangun.

"It's okay, thank you for helping me. I'm Sha. I guess you're here because of the interview?" ujarnya sambil tersenyum

"Betul lah tu. Nama saya Hanna" Hanna menghulurkan tangannya dengan mesra dan bersalaman dengan Sha.

"Mari lah saya tunjukkan pejabat Tuan" Sha mula mengatur langkah ke pejabat boss untuk memudahkan urusan Hanna.

"Hari ni sahaja dia dah reject hampir semua yang datang interview. Awak ni lah last. Tak pasti kalau awak boleh dapat ke tak"

"Terima kasih Sha sebab tolong saya" Hanna meneguk air liur kerana sangat berdebar saat membuka pintu pejabat. Kerusi yang membelakanginya itu ditenung sementara dia menahan rasa peritnya tekak.

"So, apa yang awak boleh buat?" tanya lelaki yang sedang menyemak resume Hanna secara sambil lewa. Tak terlihat macam dia baca pun resume tu. Itu sahaja dah buat Hanna berdebar kerana takut ditolak lagi.

Namun suaranya lelaki itu terdengar tidak asing dari halwa telinganya. Mungkin hanya perasaan dirinya sahaja. Tapi tak mengapalah, asalkan bukan syarikat suami pun sudah dikira ok cuma hanya peluang untuk mendapatkan kerja ini nampaknya sudah kelihatan pudar.

"Saya boleh buat macam-macam. Macam yang bos baca dalam resume. Tapi ada banyak lagi selain dari yang tu"

"Saya boleh buat kopi. Saya boleh betulkan air cond yang rosak. Menganjing orang pun boleh. Saya boleh buat bos cenggini cenggini haa" Hanna menyegetkan kepalanya.

Hanna merasa seperti tidak punya peluang. Oleh kerana itu, dia memilih untuk berkelakuan aneh kerana pada akhirnya bakal ditolak juga.

"Cenggini?" lelaki itu memusingkan kerusinya. Hanna masih tidak mengenali lelaki itu kerana dia memakai spek mata dan rambutnya yang menutupi dahi.

"Haah. Cenggini" Hanna menyegetkan kepalanya. Lelaki itu hanya boleh tertawa melihat Hanna berlelakuan seperti itu.

"Awak boleh buat saya jadi senget lah, macam tu? Hahahahaha tahniah, Anda diterima berkerja" Jay membuka spek mata yang dipakai dan menyelak rambutnya kebelakang.

'Bapokk kacak' Hana hanya bermonolog.

Tapi senang betul dia dapat kerja dengan Jay. Kalau dia tahu lah, memang dari awal company ni yang dia serbu. Punyalah payah nak diterima syarikat-syarikat lain walaupun dia sudah bersikap 100% seperti wanita senormalnya.

"Tak sangka awak nak berkerja di sini. Tahniah ya" Jay tidak boleh mengalihkan pandangannya dari Hanna.

"Terima kasih" pipi Hanna merona merah kerana malu dipandang seperti itu.

"Awak boleh masuk kerja hari ni. Awak perlu berkenalan dengan pekerja kat sini dan mungkin kerja setempat dengan mereka sebab bilik P.A masih belum servis" Jay tersenyum seperti bruni dan membuatkan Hanna juga ikut tersenyum.

Sahabatku Sayang || YJWWhere stories live. Discover now