15 : Ward

4 0 0
                                    

"Hanna, kenapa kurus sangat tu?!" jerit Puan Choi yang sedang melihat perubahan yang berlaku pada anak perempuannya itu dari panggilan video.

"Mana ada ma ni. Orang pakai filter lah kasi tutup mak lemak-lemak ni" bohong Hanna.

"Amboi, bukan main bahagia lepas kawin dengan Jungwon" tegur Tuan Choi bertujuan untuk mengusik Hanna.

Hanna hanya memberikan secalit senyuman untuk menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Mana mungkin dia mahu orang tuanya itu risau tentang dirinya sekarang.

"Okay lah kalau macam tu. Kami letak call dulu" hilanglah paparan panggilan video dari ibu bapanya.

Kini wajah yang ditahan sudah menampakkan riak yang sebenar. Perut diusap berkali-kali akibat terlampau sakit. Entah mengapa malam ini lain pula rasa sakitnya.

Sejak dari kelmarin Jungwon kerap keluar pada waktu malam. Hati Hanna sangat resah memikirkan tentang keselamatan suaminya itu.

Entah baik-baik sahaja ataupun sedang ditimpa bahaya. Namun apabila difikirkan kembali, bukankah dia pergi meluangkan masanya dengan kekasih tercinta?

Bukan kah itu satu kebahagian bagi seorang insan bernama Jungwon? Namun mengapakah hati ini masih lagi sakit biarpun dia selalu menginginan kebahagian buat Jungwon?

Jam dilihat-lihat kembali, sudah pukul 12 malam namun batang hidung suaminya masih belum muncul. Mundar-mandir Hanna diruang tamu.

Perutnya sakit dan tangannya menggeletar. Dia tak mahu mengganggu Jungwon dengan membuat panggilan telephone kerana dia pasti Jungwon bakal marah kerana itu.

Lebih dari tiga hari dia tidak senang duduk terutama pada waktu malam. Sehinggakan ke pagi juga dia lupa untuk mengurus makan minum dirinya sendiri.

Untuk minta tolong pada orang lain? Dia hanya anggap perkara ini biasa sehingga barulah dia sedar yang dia sebenarnya memerlukan bantuan sekarang.

Nombor Jungwon didail berkali-kali dengan jari-jemarinya yang menggigil namun tiada yang menjawab panggilan darinya.

"Jungwon please, angkat" Hanna sudah mula tidak bermaya.

"No Hanna, you can do this" dompet di dalam laci dipungut dan dia terus berjalan ke pintu rumah untuk keluar. Tombol pintu digenggam rapat.

Terasa seperti ingin tumbang namun Hanna tetap menggagahkan diri.

"There's no one with you right now Hanna, not even your bestfriend" bibir diketap lemah.

Perlahan-lahan kakinya mengorak langkah ke tepi jalanan mencari kereta ataupun bas awam untuk menumpangkannya namun kenderaan awam mana sahaja yang ada beroperasi selewat jam tersebut?

Nombor Jungwon sekali lagi didail dengan harapan dia mengangkat buat kali ini.

"Ish, kau kenapa kau call ni? Aku busy lah" suara Jungwon di talian membuatkan Hanna sedikit lega.

"Jungwon, tolong aku. Aku-"

"Sorry, aku dengan Euna sekarang. Bye" Jungwon memutuskan talian panggilan tersebut.

"Aku perlukan kau sekarang" Hanna berpaut di tiang lampu jalan kerana harapannya agak merapuh. Hanya tinggal doanya sahaja supaya tuhan menghantarkan pertolongan kerana dia tak kuat menahan lagi sakit yang teramat ini.

-

Jay tergelak-gelak melihat rancangan lawak hambar di dalam saluran tv berbayarnya. Memang tak boleh dinafikan yang selera humor orang kaya memang pelik-pelik.

Sesekali matanya mencuri lihat tetingkap phone mengharapkan notifikasi dari Hanna muncul. Entah mengapa Hanna selalu bermain di dalam fikiran sejak kebelakangan ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sahabatku Sayang || YJWWhere stories live. Discover now