5 : Rancangan

24 2 12
                                    

Penat juga kaki Hanna berjalan ke sana dan kemari semata-mata mencari kelengkapan di hari perkahwinannya nanti. Sudah masuk butik yang ke-10 namun tetap sahaja Jungwon tidak berpuas hati dengan design bajunya.

"Lama-lama tanggal jugak lutut aku ni" gumam Hanna sendiri sebelum dia duduk di bangku berdekatan. Mahu sahaja mengeluh tapi apa sahaja yang dia dapat kalau menyuarakan ketidakpuasan hati?

Jungwon yang sudan jalan laju kehadapan pun berpatah balik dengan muka benggang.

"Kenapa lembap sangat jalan? Ape kau buat duduk kat sini? Aku nak cepat kau faham tak?" Marah Jungwon membuatkan Hanna melemparkan pandangan ke arah lain.

"Kau pekak ke Hanna?" berang Jungwon.

Hanna menggenggam hujung skirtnya untuk menahan emosi yang dirasakan ketika ini. Mengapa banyak benar ujian yang dia hadapi sejak kebelakangan ini?

Berapa lama lagi perlu dia bertahan dan terus makan hati seperti ini?

"Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak bangun, aku dukung kau" ugut Jungwon membuatkan Hanna sedikit terkejut namun dia tidak mungkin mudah termakan tipu daya murahan Jungwon.

"1,2"

"Eleh bukan buat betu-"

"3" Jungwon terus mendukung Hanna yang masih degil itu. Sudah semestinya Hanna terpaling terkejut. Sejak bila Jungwon seorang yang cakap serupa bikin?

"Siapa cakap aku tak pegang kata-kata aku?" Nafas hangat Jungwon melekap di permukaan wajah Hannah menyebabkan jantungnya berkerja dengan lebih keras. Debaran yang dirasa bukan lah biasa.

"Lepas pilih baju, kita blah" ujar Jungwon yang membuatkan Hanna hanya mengganguk tanpa sembarang bantahan.

Hanna yang sudah siap memakai paiakan untuk percubaan itu pun mencuri pandang disebalik tirai.

Terasa bagaikan rama-rama terbang di dalam perutnya apabila melihat Jungwon yang segak mencuba pakaian di situ. Sungguh menampakkan lagi bertapa kacaknya dia.

Hanna kembali menyorok di belakang tirai dan melihat dirinya sendiri di refleksi cermin di hadapannya. Senyuman terukir dihujung bibir tanda senang.

"Cantiknya Cik Yang pakai design ni. Akhirnya ada juga orang yang sesuai dengan dress aesthetic nihh!" ujar Puan Em yang menguruskan pakaian tersebut.

"Mari kita tunjuk pengantin lelaki" Puan Em membuka tirai tersebut dan menampakkan Jungwon yang sedang tersengih dan melekat dengan phone.

Tidak lain tidak bukan melayan kekasih hatinya. Walaupun sakit hati, Hanna tetap memaniskan senyumannya. "Jungwon" panggilnya lembut.

"Lihat lah bakal isteri encik ni. Apa pendapat encik?" tanya Puan Em.

"Ambik jelah mana-mana. Busy ni" Jungwon hanya memandang sekilas dan mengangkat panggilan telefon yang baru sahaja masuk dengan segera. Dia meninggalkan Hanna bersendirian di situ.

Hanna hanya memaksakan senyum kerana diperlakukan seperti itu di hadapan Puan Em. Hujung dress dicengkam untuk memastikan emosinya sentiasa dalam keadaan terkawal walaupun hakikatnya jiwanya hancur yang teramat.

Setelah mencuba pakaian tersebut Hanna terus ke tempat Jungwon sedang bergayut dengan kekasih kesayangannya melalui telefon.

Phone Jungwon pantas dirampas dan dia mengakhiri panggilan suara tersebut. "Kenapa kau biar aku seorang-sorang lama dalam tu?" soal Hanna dengan suara yang bergetar seperti ingin menangis.

"Hannah! Kau memang melampau kan rampas phone aku macam, tu" Jungwon dengan kasar merentap phonenya kembali.

"Jungwon, kau biarkan aku malu sorang-sorang dalam tu? Mana otak kau ha? Kau tak kesian ke kat aku-"

"Kau dengar sini, aku tak nak kawin dengan kau. Kau faham tak?!" Tengking Jungwon sebelum dia sedar air mata sudah mulai mengalir di pipi Hanna.

Hanna berlari jauh dari Jungwon kerana benci kelihatan lemah di hadapan lelakk itu.

"Hanna" nada Jungwon mula bertukar lembut. Dia tahu dia bersalah dan tidak mahu mengeruhkan lagi persahabatan mereka. Dia mengekori Hanna supaya tidak hilang jejak.

"Hanna" Jungwon menarik Hanna ke dalam dakapannya.

"Aku bukan nak marah kau. Aku cuma, tak nak dijodohkan dengan orang yang aku tak cinta" ucap Jungwon dengan penuh rasa sebersalah.

Hanna hanya mengganguk dan menolak Jungwon ke tepi dengan kasar. Buang tabiat apa nak berpeluk dengan orang yang belum lagi jadi suami?

Jungwon mula tersenyum kerana kekasaran Hanna kali ini menampakkan petanda baik. Hanna rakan baiknya terlihat seperti sudah memaafkan.

"Pssstttt..... Ade idea tak? I mean you know right about our wedding?" Jungwon duduk sebelah Hana.

"Ceh dah tengking nak idea orang pulak" Hanna menjeling. Sakit hati Hanna dibuatnya.

"Alaaaa, sorry. Aku emosi masa tu. Kau jangan la ambik hati" Jungwon mengambil kedua belah tangan. Mukanya benar-benar menghadap muka Hana.

"I'm sorry. Aku tak sengaja" Jungwon bersama puppy eyes nya. Hanna menolak Jungwon beberapa inchi kebelakang .

"Ok ok.. Kalau iye pun jangan la dekat sangat" Hana masih mengawal reaksinya. Sangat malu kalau Jungwon tahu jika hatinya kini terasa seperti ingin terbang ke udara.

"Okay okay.. Tak sabar nak dengar plan kau" Jungwon tersenyum kerana keterujaan yang dirasa ketika ini.

"Okay. Kau masukkan je racun ni dalam makanan mak pak kita. Konfem majlis tu tak jadi. Diorang akan sakit perut ulang alik tandas. So macam mana nak teruskan majlis. Betul tak?" Hanna menjelirkan lidahnya sedikit.

Semestinya dia sudah siap membeli racun tersebut tempoh hari kerana sudah penat memerah otak yang sudah kering idea.

"Tapi tak sakit ke?" Jungwon kebimbangan.

"Kalau dah namanya sakit perut kau rasa nikmat ke pulak? Rasa sedap?" Hanna pening kepala dengan soalan yang dituju oleh sang bijaksana seperti Jungwon.

"Ala, tapi kesian la diorang nanti" Jungwon memuncungkan bibirnya.

"Macam ni la. Benda tu tak bawak side effect dalam jangka masa panjang. So rileks. Diorang akan okay lepas sehari suntuk dating dengan tandas" Kata Hanna sambil menyepit muncung bibir Jungwon.

"Wahhh... Kau study course apa?" Jungwon tertanya-tanya.

"Lahh.. Kau tak tau?" Hanna buat muka tak percaya.

"Alaa sorry. Lupa la" Jungwon memang langsung tak ingat.

"Takyah la bagitau. Buat apa nak tau. Tak penting pun" Hanna membetulkan tali kasutnya.

"Pandai dah ikat tali kasut sendiri" Jungwon tersenyum bangga.

"Mestilah. Ni Hanna la. Come on. Ape je yang aku tak boleh buat?" Hanna mendabik dada.

"Elehhhh. Kau ingat tak dulu, Aku la yang duk berulang selalu ajar kau cara ikat tali kasut" Jungwon mengingat kenangan lama bersama Hanna.

Ketika dirinya bersusah payah mengajarkan Hanna cara mengikat tali kasut dengan betul. Sewaktu itu Jungwon adalah orang yang paling pening kepala kerana apa yang diajar langsung Hanna tak faham.

Hanna hanya mampu diam dan tersenyum hambar. Impian dirinya untuk bersama Jungwon mendirikan rumah tangga sudah hampir berjaya tetapi alangkah sedihnya kerana dia sendiri harus menghancurkan detik-detik yang ditunggu-tunggu.

Sahabatku Sayang || YJWWhere stories live. Discover now