7 : Kawan baik

17 2 19
                                    

"Kamu kena buat macam ni, macam ni" sudah panjang lebar pula ceramah Puan Choi tentang cara memikat suami. Hanna hanya tersenyum kaku dan merasakan bahawa pipinya panas akibat menahan malu.

Apa kejadah dia nak buat semua benda tu? Baru nak bayangkan saja dah membuatkan dia rasa nak muntah. Apa lagi kalau dia buat betul-betul? Seram...

"Tapi tak boleh la Ma, Jungwon tu kawan Hanna. Ish" Hanna menggaru kepala tanda binggung.

Puan Choi terbahak kerana jelas kelihatan wajah malu Hanna. Anak perempuan sekasar ini pun tahu malu bila sudah sampai ke bab-bab yang seperti ini.

"Alaaahh, nanti jadi suami kamu juga. Lelaki suka tau kalau kamu yang mula"

"Aahhh! Tak nak"

"Woi, kau ni dah buang tebiat ke jerit masa tido?" Jungwon mencuit bahu Hanna kerana bisingnya satu kereta boleh bergegar.

"Huh? Mana ada. Tadi mimpi kena kejar hantu" Hanna mengalihkan pandangan keluar jendela. Mereka sedang dalam perjalanan ke rumah Jungwon selepas habis sahaja majlis tadi.

Mestilah rumah sendiri. Takkan lah mahu menyempit di rumah mak mertua lagi kalau dah berkahwin.

Setelah selesai segala macam perkara. Jungwon pun membawa Hana balik ke rumah persendiriannya. Rumah yang sederhana tapi kelihatan mewah kerana pemilihan dekorasi yang tepat.

Tiada bait ayat yang terungkap di bibir mereka berdua. Hanya ada bunyi kipas yang memecah kesunyian.

"Kau mandi la dulu. Bilik kita yang belah sana. Kita tidur sebilik. Kalau Mak pak kau ke aku ke yang datang takde la nampak suspicious sangat" Ujar Jungwon sambil menunjukkan di mana arah biliknya.

Hanna mengangguk faham lalu segera mandi. Terasa segar badannya selepas mandi. Hanna duduk diatas katil sementara Jungwon tersengih-sengih melekat dengan phone nya sambil duduk di atas katil.

Hanna menjadi sangat musykil seketika. Ini mesti tidak lain, tidak bukan melayan si cinta matinya dalam phone sampai tak perasan langsung Hanna yang sudah berada di situ.

"Kau buat apa tu?" Hanna memulakan bicara.

"Aku chat dengan Euna" Jungwon hanya mempamerkan senyuman gembiranya.

"Ouhhh, Euna" jujur di hatinya dia menyimpan banyak rasa cemburu terhadap Euna. Apa lebihnya Euna dari dirinya ini? Tak pernahkah Jungwon melihat dia lebih dari hanya sekadar kawan?

"Wehhh" Jungwon menarik tangan Hanna mendekat dengannya. Sementara Hanna merasa degupan jantung yang laju di dadanya.

"Ye?" tergagap-gagap Hanna menjawab.

"Walaupun kita dah kawin. Kita tetap kawan baik tau. Tak lebih dari tu. Aku dah ada awek"

"Sorry. Aku sayangkan Euna" Perkataan Jungwon membuatkan Hanna merasa dirinya seperti tidak dihargai sebagai seorang isteri. Baru sahaja bergelar isteri orang sudah merasa seperti tidak punya suami.

Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Hanna. Hatinya patah seribu apabila mendengar ayat sebegitu keluar dari mulut Jungwon.

"Malam ni kau kasi la aku keluar dengan Euna.. Boleh kan? Kita kan kawan baik" Jungwon tersenyum-senyum membodek Hanna.

Pengantin gila mana yang penat seharian dengan majlis keluar pada waktu malam untuk berjumpa dengan kekasih hatinya yang bukanlah seorang yang digelar isteri.

"Pergi la" kedengaran suara Hanna yang menahan sakit hati.

"Terima kasih.. Bye" Jungwon pun berlalu pergi tanpa memikirkan hati dan perasaannya.

Bertapa Tuhan sahaja tau sakit hati yang ditanggung oleh dirinya ketika ini.

"Harap harap masa kau bawak kereta tu. Kau eksiden. Patah semua tulang. Biar kau berak pun pakai pampers" Kata Hanna dalam keadaan marah. Nasib sahaja Jungwon sudah tiada disitu.

"Eishhh.. Tak baik pulak rasanya doakan yang bukan-bukan. Okay la tukar tukar"

"Harap la dia tercirit time jumpa dengan Euna tu. Biar Euna bau taik dia. Eh, Macam kejam jugak"

"Tapi apa aku kisah? Haa tak jaga hati aku lagi. Kan dah kena doa yang bukan bukan" Kata Hanna didalam keadaan yang marah.

Malam pertama pengantin lain biasanya indah belaka namun lain ceritanya buat Hanna. Tidur pun seorang diri je sebab suami pergi dating dengan awek. Dah ada isteri tapi simpan awek lagi.

-


Jungwon dari jauh sudah ternampak kelibat Euna yang sedang leka bermain dengan phone .

Lalu Jungwon mengambil tempat duduk disebelahnya dan menyelitkan rambut panjang Euna ke telinga sambil tersenyum.

"Ouh, Jungwon... Saya ingat awak tak datang" Euna tersenyum mesra dan dengan segera menutup phone.

"Mestilah datang, you're my princess and I will always make time for you. Remember?" tersipu malu Euna mendengar ayat manis dari Yang Jungwon.

"Ya saya ingat cuma kebelakangan ni awak asyik busy macam tak ada masa untuk saya" Euna sudah mula memonyokkan mukanya.

"Alololo princess mana boleh sedih macam ni. Kan saya cakap saya busy dengan kerja kat pejabat" tipu Jungwon.

Tak sanggup untuk dia berterus terang yang sesungguhnya dia sudah berkahwin dengan orang lain. Lebih-lebih lagi apabila merenung wajah Euna yang dicintai. Dua tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek untuk mereka berdua.

"Euna, i just want you to know that I will always love you" ucap Jungwon dengan sepenuh tulus dan ikhlas. Mata memang tidak akan pernah menipu bahawa dia benar-benar mencintai wanita yang berada di hadapannya ini.

"Dan takkan ada sesiapa yang akan dapat cinta saya yang ada untuk awak"

'Not even her'

Sahabatku Sayang || YJWWhere stories live. Discover now