Malam itu, Taehyun menghabiskan masanya dengan mengemas sedikit bilik mendiang abangnya. Semua buku-buku yang jatuh berselerak itu disusunnya dengan rapi. Cadar katil dan selimut yang berada di atas katil dilipatnya elok-elok. Segala jenis habuk dan kotoran itu dibersihkan sehingga bersih.
Jujur dia cakap, ini merupakan kali pertama dia masuk bilik mendiang Yeosang dengan lama setelah bertahun-tahun dia tidak jenguk walau sekejap. Sungguh keadaan bilik mendiang abangnya ini telah berubah sepenuhnya jika nak dibandingkan dengan dulu.
Suasana dan cat bilik ini kelihatan suram... Sama seperti mendiang Yeosang.
"Taehyun, apa kamu buat tu?"
Taehyun dikejutkan dengan teguran ibunya.
"Erm, tiada apa. Cuma nak tengok bilik Yeosang hyung saja," jawabnya dengan rasa ragu-ragu. Puan Kang mula berasa sedikit curiga dengan kelakuan anaknya itu.
"Sejak bila pula kamu rajin ke bilik Yeosang ni? Dia kan dah mati." Puan Kang berkata dengan selamba membuatkan Taehyun terkedu.
"Kamu pergilah masuk tidur. Jangan lama sangat kat bilik Yeosang ni. Seram sejuk ibu dibuatnya."
Tambahnya lagi sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Taehyun seorang diri.
Taehyun terkedu. Entah mengapa dia berasa sedikit kesal dengan percakapan Puan Kang tadi. Kata-kata ibunya yang agak sedikit kasar itu menyebabkan dia faham mengapa Yeosang sering mengurungkan diri dalam bilik dan jarang keluar ketika berada di rumah.
Matanya beralih melihat laci meja Yeosang. Sewaktu dia mengemas di bahagian laci tadi, Taehyun dapati terdapat banyak peralatan tajam seperti pisau dan gunting yang dia jumpa. Bukan itu sahaja, semua peralatan itu juga mempunyai banyak kesan darah yang tidak dibersihkan sepenuhnya.
Taehyun mengeluh berat. Pasti Yeosang banyak mencederakan diri suatu ketika dahulu sebelum dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidup.
'Kau memang bodoh, Kang Taehyun! Kenapa kau baru rasa nak menyesal bila abang kau dah tiada?'
Ungkapnya dalam hati. Air mata dia juga sudah bertakung tetapi dia cuba sedaya upaya untuk tidak menangis sekarang.
Tiada guna untuk dia menangis kerana semuanya sudah terlambat. Yeosang pun tidak akan kembali. Taehyun menundukkan kepalanya kerana kesal dengan perbuatan dia selama ini.
Tatkala dia cuba untuk menahan diri daripada menangis, Taehyun terdengar pintu bilik Yeosang diketuk berkali-kali dengan kuat sehingga dia terkejut. Lantas dia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang mengetuk tadi.
"Si-siapa tu?"
Sunyi. Namun apa yang membuatkan Taehyun berasa sedikit takut ialah pintu bilik Yeosang dibiarkan terbuka luas sejak tadi. Tidak pernah sekali pun dia mengunci pintu ketika dia memasuki bilik mendiang abangnya itu.
Rasa seram sejuk itu mula menguasai dirinya. Lantas Taehyun keluar dari bilik Yeosang selepas sahaja dia merasakan aura seram itu muncul.
Namun Taehyun langsung tidak sedar bahawa dia kini sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh.
--------
Matahari terbit menyinari pagi di kotaraya Seoul, Taehyun lantas mematikan jam locengnya setelah ia berbunyi berkali-kali dengan begitu bengit.
Sesekali dia menguap kerana sisa rasa mengantuk itu masih berada dalam badannya. Taehyun mengagahkan diri untuk bangun dan kemas katil sebelum dia membersihkan dirinya di bilik air.
Apabila dia berdiri tepat di hadapan cermin, Taehyun terkejut dengan susuk tubuh seseorang yang berlumuran darah muncul sekilas disebelahnya sebelum ia menghilangkan diri.
"Warghh! A-apa tadi tu?" soalnya terkejut. Badannya mula menggigil laju.
Sudahlah semalam dia terdengar bunyi ketukan pintu, kali ini dia ternampak susuk itu pula. Taehyun tertanya apakah yang sedang berlaku sekarang ini?
-------
"Huh? Ternampak susukan orang yang berdarah?"
Tanya Beomgyu inginkan kepastian selepas sahaja dia mendengar cerita yang disampaikan oleh Taehyun sebentar tadi.
"Haah. Aku takut sangat jadi aku terus keluar dari bilik aku," balas Taehyun perlahan.
"Macam-macam betullah kau ni. Hari tu kau mimpi ngeri, lepas tu kau dengar bunyi ketukan pintu dari bilik mendiang abang kau dan sekarang susukan pula." Cemuh Yeonjun. Air kotak yang diminumnya tadi dicampakkan ke sebarang arah.
Tetapi tidak sangka pula bahawa air kotak yang dibaling oleh Yeonjun itu akan terkena pada seseorang tanpa sengaja.
"Ah!" Yonghee terkejut apabila dia terasa kepalanya terkena sesuatu yang dibaling dari jarak jauh. Hal itu membuatkan Yeonjun dan yang lain terkejut.
"Aku minta maaf! Aku tak sangka boleh terkena kat kau," ucap Yeonjun serba salah. Yonghee tersenyum garis sebelum dia mengutip semula air kotak yang dilemparkan oleh Yeonjun tadi.
"Tiada apalah," ucapnya ringkas sebelum dia melangkah pergi. Yeonjun disitu menggarukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.
"Ish! Apalah kau ni, hyung! Lain kali buanglah kat tong sampah!" Yeonjun tersengih apabila dia ditegur oleh Beomgyu.
Taehyun pula sekadar mendiamkan diri saja. Jarang untuk dia bertembung dengan Yonghee di sekolah. Tetapi apa yang Soobin pernah beritahu padanya ialah Yonghee selalu merayau-rayau ketika kelas sedang berjalan.
Baginya mungkin ada sebab mengapa Yonghee begitu. Yonghee merupakan mangsa buli dalam kelas Soobin. Jadi mungkin sebab untuk mengelakkan diri daripada dibuli dalam kelas, dia merayau-rayau di kawasan sekolah.
"Yah, mana Soobin dan Huening Kai?" soal Yeonjun sebaik sahaja mendapati bahawa dua orang rakannya tiada bersama.
"Tak tahulah," jawab mereka berdua serentak.
Tidak lama selepas itu, ramai pelajar berlari menuju ke sesuatu arah secara tiba-tiba membuatkan mereka bertiga berasa pelik.
"Eh? Ke mana mereka semua pergi?" Hairan Beomgyu.
"Yah! Kat sini rupanya korang!"
Mata mereka terus beralih melihat susuk tubuh yang menyapa. Kelihatan Huening Kai sedang berlari mendekati mereka.
"Kau dari mana?" soal Taehyun melihat Huening Kai terngucap-ngucap mencari nafas.
"Tak ada masa untuk aku jawab. Ada sesuatu yang dah berlaku di makmal sains!"
Kata-kata Huening Kai mengejutkan mereka bertiga.
"Kenapa? Apa yang dah berlaku dekat sana?" tanya Yeonjun pula ingin tahu.
"Ada mayat, hyung! Korang kena tengok cepat!" Sekali lagi kata-kata Huening Kai itu mengejutkan mereka. Lebih-lebih lagi Taehyun.
'Ma-mayat?'
YOU ARE READING
[C] Death Book : Nightmare ☾ 강태현 ☽
Fanfiction❝ Disebalik mimpi ngeri tu, terdapat beberapa mesej yang ingin aku sampaikan kat kau... ❞ Kisah sambungan daripada DEATH BOOK ✧*:.。.✎ txt taehyun's horror fanfiction Start : 12 Aug 2022 End : 6 Sept 2022 Cover : Thanks @precioussoobin_for this beaut...