NM 14

70 14 2
                                    

Yeonjun dan Taehyun menuju ke pejabat kerani untuk melihat rekod kematian pelajar. Namun sebelum itu, mereka perlu dapatkan keizinan daripada pihak kerani atau mereka akan dimasukkan dalam rekod disiplin atas cubaan mencuri data pelajar.

"Ya, ada apa yang saya boleh tolong?" soal salah seorang kerani yang bekerja di situ.

"Boleh kami lihat buku rekod kematian pelajar?" tanya Yeonjun tiba-tiba membuatkan kerani itu terkedu sedikit.

"Erm... Boleh saya tahu apa sebab?"

"Saya adik kepada abang yang bunuh diri beberapa bulan lalu. Saya datang ni nak tengok rekod kematian dia sahaja." Taehyun dengan bijaknya menipu kerani tersebut. Biarlah ianya satu penipuan asalkan dia dapat lihat buku rekod itu.

Kerani itu mengangguk faham. Dia menyuruh Taehyun dan Yeonjun duduk di sebuah kerusi yang telah disediakan sementara dia mengambil buku rekod tersebut di rak.

"Ini dia. Tetapi jangan ambil gambar atau memberitahu hal ini kepada orang lain," nasihatnya sebelum menyerahkan buku rekod tersebut kepada Taehyun.

Pantas dia menyemak beberapa helaian buku tersebut untuk mencari individu yang dikehendakinya. Yeonjun yang duduk di sebelah Taehyun itu sekadar melihat sahaja tanpa bercakap.

Taehyun menyelak-nyelak mukasurat sehinggalah dia terjumpa tiga individu itu.

-

Nama penuh : Park Seonghwa

Kelas : 6-5

Tarikh kematian : xx Mei xxxx

Punca kematian : Sakit mental / bunuh diri

-

Nama penuh : Jeong Yunho

Kelas : 5-1

Tarikh kematian : xx April xxxx

Punca kematian : Sakit mental / bunuh diri

-

Nama Penuh : Kang Yeosang

Kelas : 5-3

Tarikh kematian : xx Mac xxxx

Punca kematian : Sakit mental / bunuh diri

-

Taehyun tergamam apabila membaca setiap kematian pelajar tersebut termasuklah mendiang abangnya itu. Semua punca kematian mereka adalah sama.

"Pelik..." Yeonjun tiba-tiba bersuara membuatkan Taehyun tersedar.

"Kenapa hyung?"

"Hyung kenal semua mangsa ni. Bukan semua daripada mereka yang ada sejarah sakit mental atau apa. Semua kematian mereka ni disebabkan buli." Jawab Yeonjun sambil meneliti lagi setiap rekod-rekod itu.

"Maksudnya hyung tahulah tentang latar belakang mereka ni?" teka Taehyun. Yeonjun mengangguk kepala.

"Mendiang Seonghwa tu merupakan senior hyung dulu. Dia dibuli hanya disebabkan berasal dari keluarga penjenayah. Mendiang Yunho pula rakan sebaya hyung. Ya, dia ada sejarah penyakit mental dimana dia mempunyai DID. Oleh disebabkan itu dia jadi mangsa buli dulu. Mendiang Yeosang tu... Aku rasa kau sendiri tahu macam mana dia."

Taehyun terdiam seribu bahasa mendengar penerangan Yeonjun tadi. Entah mengapa semua kata-kata Yeonjun tadi adalah sama seperti yang dia dapat melalui mimpi buruknya itu.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh Soobin? Semua mimpi ini memang ada kaitan dengan sekolah ini!

Tatkala mereka berdua leka melihat semua rekod tersebut, seorang kerani tiba-tiba masuk ke pejabat dengan termegah-megah.

"Teruklah! Ada sesuatu yang telah berlaku!" kata kerani tersebut membuatkan semua orang yang berada di pejabat terkejut.

"Apa yang dah berlaku?"

"Ada budak mati akibat renjatan elektrik!"

Yeonjun dan Taehyun terkejut mendengar berita tersebut.

------------

Jaemin berdiri kaku melihat polis membawa mayat Jeno masuk ke dalam ambulans untuk di hantar ke hospital bagi menjalankan siasatan seterusnya. Dia dan Soobin bersama guru-guru yang terlibat kini disoal siasat atas kemalangan yang telah berlaku terhadap Jeno.

"Saya cuma mengarahkan mereka untuk membuat pembersihan sahaja. Saya tak ada suruh uruskan di bahagian belakang dewan," jawab guru kelas mereka. Sungguh dia langsung tidak menyangka bahawa kemalangan begini akan berlaku.

"Baru hari tu kami datang sini sebab ada kes kemalangan. Di sini pun sama?" ujar salah seorang pegawai polis yang ada di hadapan mereka.

"Kamu semua ni boleh disabitkan kesalahan atas kecuaian ini!" sampuk rakannya yang berada di sebelah.

Soobin dan Jaemin terdiam seribu bahasa. Mereka langsung tidak tahu apa patut yang mereka lakukan sekarang.

Atas disebabkan kemalangan yang berlaku, dewan sekolah mereka akan ditutup oleh pihak sekolah buat seketika bagi memudahkan polis untuk menjalankan siasatan mereka.

----------

"Kenapa sekolah kita ni banyak sangat kes kematian?"

Soal Huening Kai sambil memakan biskut yang dibelinya di kantin tadi. Sekarang adalah waktu rehat bagi mereka dan mereka semua melepak di dataran sekolah seperti biasa.

"Mana Soobin?" tanya Yeonjun yang baru sahaja sedar bahawa Soobin tiada bersama mereka.

"Tak tahulah. Puas aku cari dia dalam kelas tapi batang hidung dia langsung tak nampak," balas Beomgyu.

"Mungkin sebab dia masih terkejut kot dengan kejadian tadi?" teka Taehyun.

Mereka berempat sekadar mengangkat bahu saja. Tiada siapa yang tahu pun di mana keberadaan Soobin. Mungkin dia cuba untuk menenangkan fikiran selepas salah seorang dari kelasnya maut.

Ketika Taehyun sedang leka melihat orang berjalan-jalan di kawasan sekolah, anak matanya mula tertumpu dengan susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya itu.

'Yonghee hyung?'

Namun apa yang mengejutkan Taehyun sekarang ini ialah dia lihat Yonghee berjalan menuju ke sesuatu tempat bersama mendiang abangnya iaitu Yeosang!

Taehyun lantas bangun dan cuba untuk mengekori mereka. Dia berjalan sehinggalah dia perasan bahawa langkah mereka berdua terhenti secara tiba-tiba.

Pantas Taehyun bersembunyi di sebalik koridor itu untuk melihat gerak geri Yonghee dan Yeosang. Dalam minda Taehyun berasa pelik dengan mereka.

Betulkah orang yang bersama dengan Yonghee itu adalah Yeosang?

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now