"Park Seonghwa berasal dari keluarga penjenayah! Jadi tak hairanlah dia selalu dibuli di sekolah!"
"Jeong Yunho tu nampak jer normal tapi sebenarnya tak! Dia tu sewel! Sebab itu dia dibuli!"
"Kang Yeosang memang pelik orangnya! Diam macam patung! Memang patut orang buli dia!"
Semua herdikkan serta sindiran yang diterima oleh mereka cukup memberikan impak yang teruk dalam diri mereka sendiri.
Dendam...
Itulah yang mereka dahagakan sekarang.
-----------
Taehyun tersedar dari pengsannya setelah mendapat mimpi tersebut. Pandangannya samar-samar malah kepalanya berasa pening yang amat.
Dia cuba untuk bangun dari katil. Tetapi seseorang sudah menghalang niatnya itu.
"Kamu janganlah bangun. Rehat saja dulu."
Taehyun seperti mengenali pemilik suara tersebut. Terus dia memandang di sebelahnya.
Kelihatan Yonghee sedang duduk disampingnya dengan mengukirkan senyuman nipis.
"Yonghee hyung?"
"Soobin beritahu hyung yang kamu pengsan masa dia cari kamu tadi. Jadi dia angkat kamu ke sini. Memandangkan sekarang masih ada masa jadi hyung temankan sekejap."
Ujar Yonghee lebar. Taehyun sekadar mengangguk kecil sebelum dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Macam mana kamu boleh pengsan, Taehyun?" soal Yonghee.
"Kepala Tyun kena pukul tadi," balasnya lemah. Namun jawapan Taehyun tadi menaikkan rasa curiga Yonghee.
"Tapi... kepala kamu tak ada kesan luka atau lebam pun. Cikgu cakap kamu pengsan sebab tak makan saja."
Kata-kata Yonghee itu mengejutkan Taehyun. Mustahil! Tadi memang dia rasa kepalanya dipukul oleh seseorang dengan kuat!
Nak cakap dia tak makan pun tidak juga sebab sebelum waktu kejadian tadi dia sempat makan ringan bersama Yeonjun dan Beomgyu.
"Mungkin sebab kamu letih kot," tambah Yonghee cuba untuk menyedapkan sebaik sahaja melihat wajah Taehyun sudah gelabah.
"Mungkin..."
Suasana di antara mereka berdua menjadi senyap sunyi. Masing-masing layan perasaan sendiri.
Taehyun dalam dilema sama ada patutkah dia menceritakan tentang kejadian menakutkan yang berlaku pada dirinya kepada Yonghee atau tidak.
Tetapi Yonghee merupakan jirannya. Tidak salah untuk dia tahu serba sedikit terhadap dirinya bukan.
"Yonghee hyung..." panggil Taehyun perlahan.
"Ya?"
"Tyun sebenarnya takut sangat..."
"Takut apa?" Yonghee hairan. Dia juga perasan riak wajah Taehyun jelas menunjukkan bahawa dia dalam ketakutan.
Tanpa berlengah masa, Taehyun terus menceritakan segala-galanya kepada Yonghee. Dia menceritakan tentang mimpi buruk yang dialaminya, kejadian seram yang berlaku ketika dia berada di bilik Yeosang dan juga kejadian pagi tadi dimana dia dipukul oleh seseorang yang menyebabkan dirinya pengsan.
Yonghee yang mendengar itu sedikit terkejut. Tidak menyangka bahawa begitu teruk juga apa yang dialami oleh Taehyun sekarang.
"Jadi kamu syak yang mendiang abang kamu masih ada?" soalnya inginkan jawapan. Taehyun membalas dengan anggukkan kepala.
Baru sahaja dia mahu berkata lagi, riak wajah Taehyun serta merta menjadi pucat apabila dia ternampak kelibat Yeosang muncul di sebelah Yonghee. Wajahnya yang bengis itu cukup membuatkan dia rasa takut yang amat.
"AAHH!"
Yonghee terkejut apabila Taehyun menjerit secara tiba-tiba dan cuba menutupi dirinya dengan selimut. Pantas dia menangkan Taehyun yang sedang ketakutan itu.
"Taehyun! Kenapa ni? Apa yang kamu nampak?"
Dari jauh Yeosang perhatikan Taehyun yang sedang ketakutan bersama dengan Yonghee yang cuba untuk menenangkan diri adiknya itu. Satu tawa yang kecil keluar dari mulutnya.
"Kau takut ya, Kang Taehyun?"
---------
Di dalam kelas 6-3, Jaemin duduk bersama Jeno dan rakan kelasnya yang lain untuk membincangkan tentang perkara yang berlaku baru sahaja di makmal sains.
"Aku tak faham betullah macam mana benda ni boleh berlaku?" soal Jaemin tidak berpuas hati.
"Mungkin sebab cuai kot. Kau pun tahulah yang Renjun ni selalu main-main bila buat eksperimen," ujar Jeno tenang. Jaemin memandang sahabatnya dengan penuh tajam.
"Main-main kah kalau sampai mati tu hah!" Balas Jaemin geram membuatkan semua orang dalam kelas menjadi takut sedikit dengannya. Pantas Jeno menenangkan amarah rakannya itu.
"Tenanglah! Benda sudah berlaku jadi kita tak boleh nak buat apa."
"Lagipun silap kita juga sebab buat eksperimen tanpa pantauan cikgu."
Soobin tiba-tiba menyampuk perbualan mereka menyebabkan semua orang tertumpu kearahnya. Jaemin yang mendengar itu tersenyum sinis.
"Jadi? Kau nak cakap yang kematian Renjun ni disebabkan oleh kecuaian kita sendirilah?" soalnya. Soobin sekadar mengangkat bahu dengan wajah yang selamba.
"Boleh dikatakan begitu."
Jaemin melepaskan keluhan berat selepas mendengar kata-kata Soobin tadi. Sudahlah hari itu Haechan mati akibat cedera teruk di kepala, kali ini Renjun pula.
"Kejap! Mana Yonghee?" Jeno tiba-tiba bertanya sebaik sahaja dia perasan bahawa hanya Yonghee sahaja yang tiada dalam kelas.
"Kau kenapa nak cari dia pula?" soalan dibalas dengan soalan. Hairan Jaemin dengan kawannya itu.
"Kau tak sedar ke yang hanya Yonghee saja tiada di makmal masa kejadian tadi?"
Jaemin terdiam buat seketika. Lalu dia teringat sesuatu.
"Ya! Dia saja yang tak ada waktu tu! Jadi mestilah dia pembunuhnya!"
Soobin agak terkejut mendengar tuduhan yang tiba-tiba keluar dari mulut Jaemin.
"Yah! Sukahati kau jer kan tuduh orang sebarangan!" marahnya membuatkan semua orang dalam kelas terkejut kecil.
"Yalah! Sebab dia seorang jer yang tak ada masa kita buat eksperimen! Jadi mestilah dia dah rancang untuk bunuh Renjun!" balas Jaemin dengan suara yang lantang.
"Dia tak ada sebab dia sendiri tidak tahu yang kita ke makmal! Tak ada maknanya untuk dia bunuh oranglah!"
"Yang kau pertahankan budak tu sangat dah kenapa? Dia tu kawan kau ke?" Jeno menyampuk pula membuatkan Soobin terkedu.
Mereka bukan kawan. Tetapi Soobin hanya mahu mempertahankan Yonghee daripada terus dipermain oleh Jaemin dan Jeno.
"Aku tak kira sebab ni memang salah budak tu! Aku akan kerjakan dia cukup-cukup!"
Jaemin terus mengajak Jeno keluar dari kelas untuk mencari keberadaan Yonghee. Soobin mula berasa risau akan keselamatan Yonghee itu pantas menelefon dan mesej kepadanya.
Yonghee! Cepat lari!
Jaemin dan Jeno cuba nak cari kau sekarang!
YOU ARE READING
[C] Death Book : Nightmare ☾ 강태현 ☽
Fanfic❝ Disebalik mimpi ngeri tu, terdapat beberapa mesej yang ingin aku sampaikan kat kau... ❞ Kisah sambungan daripada DEATH BOOK ✧*:.。.✎ txt taehyun's horror fanfiction Start : 12 Aug 2022 End : 6 Sept 2022 Cover : Thanks @precioussoobin_for this beaut...