NM 20

77 12 12
                                    

Taehyun berlari menuju ke atas bumbung sekolah untuk berjumpa dengan seseorang. Ya, orang yang dimaksudkan dia ialah Yeosang. Dia yakin semua kemalangan yang berlaku di sekolah ini adalah berpunca dari abangnya sendiri.

Tiba sahaja di bumbung sekolah, Taehyun dapati susuk tubuh Yeosang tidak kelihatan. Nafasnya terngucap-ngucap akibat kelelahan.

'Cis! Sepatutnya aku kena laju lagi!' cebik Taehyun geram. Dia membuat keputusan untuk berpatah balik.

Namun langkahnya tiba-tiba termati setelah seseorang menegurnya dari belakang.

"Bukan kau nak cari aku ke?"

Lantas Taehyun menoleh. Melihat Yeosang tiba-tiba berada di belakangnya sambil berpeluk tubuh. Senyuman sinis juga terukir pada wajahnya.

"Orang akan anggap kau gila kalau kau bercakap dengan aku sekarang," ujar Yeosang dengan intonasi yang sangat tenang. Namun dia ditatap tajam oleh Taehyun.

"Aku tahu semua kematian budak kat sini disebabkan kau, hyung!" tengkingnya. Yeosang di situ tidak memberikan sebarang reaksi.

"Kau boleh tuduh yang hyung buat semua tu. Tapi kau kena tahu yang mangsa kali ini bukan hyung yang bunuh. Ada seseorang yang buat dia macam tu," terang Yeosang membuatkan Taehyun terdiam seribu bahasa.

"Aku sengaja campakkan mayat tu kat depan korang supaya kau cari aku di sini, Tyun."

Tambahnya lagi. Terus senyuman yang terukir pada bibirnya tadi pudar begitu sahaja sebaik melihat riak wajah Taehyun yang masih keliru dengan situasi sekarang.

"Haih, aku ingat adik aku ni boleh tahan bijak. Tak pernah hyung tengok kau keliru macam ni."

"Kau tak faham..." kata-kata Taehyun itu membuatkan Yeosang berasa hairan.

"Sejak kau selalu kacau aku dulu aku tak boleh berfikir dengan normal! Kau ingat senang ke aku nak hadap semua ni seorang diri? Kau tak cukup puas ke lepas apa yang kau dah buat kat aku!"

Teriak Taehyun. Dia tidak kisah sekiranya orang lain mendengar teriakkan dia itu. Biarlah! Yang penting dia dapat luahkan isi hatinya kepada entiti yang tidak berjasad.

Yeosang yang mendengar itu terkebil-kebil mata. Lalu dia menggarukan kepalanya yang tidak terasa gatal.

"Hmm... Hyung bukan nak kacau kau sangat pun."

"Habis tu apa? Nak buat aku gila macam kau juga!"

"Bukan kau sendiri ke nak tahu sebab hyung mati dan tentang Death Book tu?"

Sekali lagi Taehyun terdiam dengan ungkapan kedua Yeosang berikan tadi.

Yeosang tersenyum tawar sebelum dia mendekatkan dirinya dengan Taehyun yang sedang terkaku seperti patung itu.

"Hyung janji lepas kau berjaya musnahkan sumpahan tu, hyung akan ceritakan sepenuhnya kat kau."

Ucapnya sebelum dia berlalu pergi. Namun Taehyun sempat menghalangnya.

"Kau nak ke mana?" soal Taehyun.

"Sesuatu tempat."

Selepas sahaja itu bayangan Yeosang langsung tidak kelihatan lagi.

Taehyun melepaskan keluhan berat. Walaupun dia sudah jumpa siapa pemilik Death Book itu, dia masih buntu untuk mencari jalan hapuskan sumpahan tersebut.

'Macam mana aku nak rampas buku tu dari Yonghee hyung?'

Tatkala dia sedang mencari idea, dia tiba-tiba terdengar namanya dipanggil oleh seseorang secara berkali-kali.

"Taehyun! Kang Taehyun!"

Dia menoleh. Agak terkejut sedikit melihat dua kawan baiknya iaitu Huening Kai dan Yeonjun berada di belakangnya.

"Kenapa?" soalnya ingin tahu. Hairan juga dia lihat kerana wajah Yeonjun dan Huening Kai jelas menunjukkan bahawa mereka risaukan sesuatu.

"Beomgyu pengsan kat dataran masa kau menghilang tadi!" cerita Yeonjun membuatkan Taehyun terperanjat.

"Haah! Aku syak dia mabuk darah teruk sangat! Terus kitorang hantar dia kat bilik sakit!" sampuk Huening Kai pula.

Taehyun yang mula risaukan dengan keadaan kawannya itu terus mengajak mereka berdua untuk lawat Beomgyu bersama.

Dia tertanya mengapa hari ini sungguh memeningkan buatnya?

-----------------

Pisau yang mempunyai kesan darah itu dicucinya dengan cermat agar tidak diketahui oleh sesiapa. Selepas sahaja dapati ia bersih, Yonghee membalut pisau itu dengan kertas dan beg plastik yang gelap.

Hatinya berasa sangat puas selepas dia memberikan hadiah istimewa kepada Jaemin.

Memang padan muka dia!

Ketika dia mahu berjalan menuju ke kelas, dia secara tidak langsung terserempak dengan Soobin yang kebetulan berjalan di koridor yang sama.

"Yonghee! Kau kemana tadi?" tegur Soobin dengan senyuman lebar terhias di bibir.

"Baru lepas ke tandas tadi. Sekarang aku nak ke kel--"

Mata Yonghee tertangkap sesuatu yang dipegang oleh Soobin pada tangan kanannya.

"Itu buku apa?"

Soobin mula gelabah sebaik sahaja disoal begitu.

"Ah, ini buku kawan aku..."

Yonghee pantas menangkap tangan Soobin dengan kasar lalu melihat buku tersebut.

Riak wajahnya terus berubah selepas dapati buku yang dipegang oleh Soobin kini adalah Death Book miliknya sendiri.

"Yah! Kau curi dari aku ke?" tuduh Yonghee melulu. Soobin cuba untuk melepaskan dirinya.

"Bukan! Itu bukan apa yang kau sangkakan!" Soobin cuba untuk menafikan. Tetapi cara itu membuatkan hati Yonghee semakin panas.

Akibat tidak dapat mengawal perasaan sendiri, dia menumbuk Soobin dengan kuat sehingga dia terjatuh tersungkur.

Death Book yang berada di tangannya tadi tiba-tiba terlepas. Yonghee lantas mengambil buku tersebut lalu memandang Soobin dengan pandangan tajam.

"Aku sangkakan kau ni kawan baik aku! Tapi berani kau buat macam ni!" Tengking Yonghee lagi. Dadanya turun naik menahan amarah dalam hati.

"Yonghee! Aku cuma nak tolong kau!"

Tumbukkan kedua hinggap di pipi sebelah kiri Soobin.

"Aku tak perlukan pertolongan dari kau, bodoh! Kau sepatutnya tak perlu layan orang macam aku!"

Selepas ditengking begitu, Yonghee terus melarikan dirinya meninggalkan Soobin dalam keadaan lemah seorang diri.

Soobin menghela nafas perlahan sebelum dia memejamkan matanya tanda kekesalan.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now