Taehyun banyak menghabiskan masanya dengan termenung di dalam bilik. Walaupun perutnya terasa lapar, dia sangat malas untuk turun ke bawah dan makan. Entah mengapa dia seperti tidak mahu melihat wajah dua orang tuanya itu.
Mungkin terasa dengan mereka?
Taehyun tidak rapat dengan ahli keluarganya. Hubungan mereka dalam rumah tidak begitu indah seperti keluarga lain.
Dia melepaskan keluhan kecil. Tiba-tiba dia teringat dengan kata-kata Soobin beberapa jam lalu.
-----------
Beberapa jam lalu...
"Kenapa hyung cakap macam tu?"
Tanya Taehyun keliru. Soobin teragak-agak untuk memberitahu kepadanya.
"Sebab masa hyung dalam kelas tadi, hyung dapat mimpi pelik sebenarnya."
Kata-kata Soobin itu sungguh membuatkan Taehyun teruja untuk tahu.
"Hyung dapat mimpi apa?"
"Hyung mimpi yang Yonghee pegang satu buku usang. Dalam tu juga hyung tengok yang Yonghee sedang menulis nama seseorang. Tapi... ada sesuatu yang menakutkan dalam mimpi hyung tu."
Taehyun menelan air liur payah untuk tahu dengan lebih lanjut.
"Hyung ternampak banyangan abang kau ada di sisi Yonghee..."
Matanya terbuntang luas selepas Soobin menghabiskan ceritanya.
"Hyung dapat tengok Yeosang hyung ke?" soalnya tidak percaya. Soobin mengangguk kepala berkali-kali.
"Ya! Hyung memang nampak dia dengan jelas! Abang kau pakai baju serba hitam sambil tersenyum sinis memandang aku!"
Taehyun terdiam kaku. Dia tidak tahu mengapa sekarang ini banyak perkara pelik berlaku pada mereka berdua.
Tetapi yang anehnya kawan-kawan mereka yang lain seperti Yeonjun, Beomgyu dan Huening Kai tiada pula alami perkara pelik begitu.
"Hyung dapat rasakan apa yang kau mimpi selama ni dan apa yang hyung mimpikan tadi adalah jawapan untuk kau cari kebenaran tentang kematian abang kau tu."
"Sekejap! Macam mana hyung tahu yang aku sekarang ni tengah cuba selidik tentang kematian abang aku?"
Hairan Taehyun. Setahunya tiada siapa pun yang tahu akan rancangan dia untuk mencari jawapan disebalik kematian Yeosang.
Soobin tersenyum nipis. Lalu dia mengusap kepala Taehyun lembut.
"Hyung kan kawan kau. Mestilah hyung tahu apa yang kau alami sekarang ini." Ujarnya. Namun Taehyun lagi berasa ada yang tidak kena.
"Tunggu kejap! Tadi hyung beritahu aku yang dalam mimpi tu hyung tengok Yonghee hyung pegang buku usang kan?"
Soobin mengangguk kecil.
"Lepas tu Yonghee hyung macam ada tulis sesuatu kan?"
Soobin mengangguk buat kali kedua.
"Ya! Buku itu yang aku mahukan sebenarnya!" Katanya kuat membuatkan Soobin sedikit terperanjat.
"Kenapa dengan buku tu?"
"Kalau hyung nak tahu, buku itulah yang telah memerangkapkan roh Yeosang hyung! Aku kena dapatkan buku tu supaya kejadian yang sama tak akan berulang lagi!"
Terang Taehyun. Namun sayangnya Soobin langsung tidak memahami sepatah perkataan.
"Maksud kau? Aku tak faham."
"Hyung sekarang percayakan dengan mimpi yang aku alami ni tak?" soalnya inginkan kepastian.
Soobin dengan ragu-ragu sekadar mengangguk sahaja bagi mengetahui dengan lebih lanjut.
"Dalam mimpi aku tu, aku tengok dua mangsa buli termasuk Yeosang hyung mati akibat gunakan buku tu. Aku percaya buku usang yang Yonghee hyung pegang sekarang ini adalah Death Book! Satu buku yang telah disumpah untuk membunuh sesiapa sahaja dengan menulis nama orang tersebut!"
"Kalau hyung perasan sekarang ni kita sedang mengalami dejavu! Jadi kita kena halang Yonghee hyung daripada guna Death Book tu sebelum perkara yang lebih teruk berlaku kat sekolah kita!"
Jelas Taehyun lebar. Kali ini dia tidak rasa ragu-ragu lagi! Memang benar sekarang ini dia sudah jumpa tuan Death Book yang dicari-carinya itu.
Rupanya buku itu sekarang ada pada Yonghee!
Soobin terdiam seketika sebelum dia mengukirkan senyuman nipis.
"Kalau begitu, mari kita lenyapkan Death Book tu bersama."
Imbas kembali tamat
------------
Pagi esoknya, Yonghee tiba di sekolah awal seperti hari biasa. Namun bezanya hari ini ialah dia tidak diganggu lagi.
Sudah tiga daripada empat pembuli yang berjaya dia lenyapkan. Hari ini dia membawa misi yang sama iaitu menamatkan riwayat Jaemin pula.
Sungguh dia sangat berdendam dengan Jaemin kerana Jaemin sering membulinya. Kali ini giliran dia pula untuk memberikan balasan setimpal atas perbuatan Jaemin itu.
Yonghee masuk ke kelas dengan riak wajah selamba. Sedikit pun dia tidak memandang rakan kelasnya yang lain. Dia hanya buat tidak tahu sahaja.
"Selamat pagi, Yonghee."
Dia disapa mesra oleh Soobin. Yonghee tersenyum kecil.
"Selamat pagi juga, Soobin."
"Kau nampak lebih ceria. Ada apa-apa yang menarik kah?" Soobin cuba untuk berbual dengan Yonghee kerana dia berasa sangat bosan sekarang ini.
"Oh, tak ada yang menarik pun. Cuma aku rasa hari ini hati aku lebih tenang berbanding hari-hari lain," ujar Yonghee polos.
Dia agak senang untuk berbual dengan Soobin kerana hanya dia seorang sahaja yang selalu membantu dirinya ketika dalam kesusahan. Hanya Soobin sahaja yang sangat mengambil berat tentang dirinya.
Soobin turut tersenyum mendengar kata-kata Yonghee itu.
"Nak jalan-jalan kejap tak sementara tunggu waktu kelas bermula?" ajak Soobin. Namun Yonghee menolak dengan lembut.
"Aku nak cari seseorang sebenarnya. Mungkin lain kali aku lepak dengan kau."
"Ah... boleh juga macam tu."
"Jumpa waktu kelas nanti."
Ucapnya lalu meninggalkan Soobin di dalam kelas. Senyuman yang terukir pada bibirnya tadi serta merta pudar setelah matanya melirik ke arah beg sekolah Yonghee.
'Cari seseorang ya?'
Soobin menoleh ke kiri dan ke kanan. Setelah mendapati tiada orang dalam kelasnya, Soobin terus menggeledah beg sekolah Yonghee untuk mencari sesuatu.
Ya, dia mencari Death Book itu.
YOU ARE READING
[C] Death Book : Nightmare ☾ 강태현 ☽
Fanfic❝ Disebalik mimpi ngeri tu, terdapat beberapa mesej yang ingin aku sampaikan kat kau... ❞ Kisah sambungan daripada DEATH BOOK ✧*:.。.✎ txt taehyun's horror fanfiction Start : 12 Aug 2022 End : 6 Sept 2022 Cover : Thanks @precioussoobin_for this beaut...