NM 02

98 13 2
                                    

Taehyun hanya perhatikan satu keluarga yang baru sahaja berpindah itu dari tepi pagar rumahnya. Matanya tertumpu pada anak lelaki mereka yang kelihatan lebih tua daripadanya. Dengan muka yang mempunyai kesan lebam itu membuatkan dia tertanya.

Taehyun lantas mendekati keluarga tersebut lalu menyapa dengan mesra.

"Hai. Baru berpindah ya? Saya jiran awak semua. Nama saya Kang Taehyun," Dia disambut baik oleh keluarga tersebut.

"Ya. Selamat berkenalan. Mana ibu dan ayah kamu?" tanya seorang lelaki yang berusia 40 an itu atau lebih dikenali sebagai Tuan Kim.

"Mereka masih kerja." Jawab Taehyun. Tuan dan Puan Kim mengangguk tanda faham.

"Ini anak kami. Satu-satunya anak kami. Yonghee, sini kejap."

Puan Kim memanggil anaknya yang baru sahaja mahu mengambil barang dari kereta. Yonghee pantas mendekati ibu bapanya itu.

"Ini jiran baru kamu. Berkenalanlah," ujar Puan Kim lembut.

Taehyun menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Yonghee.

"Hai, nama aku Kang Taehyun. 16 tahun," sapa Taehyun mesra pada Yonghee.

"Kim Yonghee. 18 tahun," balas Yonghee lalu berjabat tangan dengan Taehyun.

Dia sedar bahawa Yonghee tidak tersenyum padanya. Agak hairan tetapi setelah dia perasan terdapat kesan luka pada bibir Yonghee barulah dia faham mengapa.

'Mesti susah nak senyum kalau macam tu...' Gumamnya dalam hati.

"Kami nak kemas rumah dulu. Kirim salam kami semua pada ibu bapa kamu tu ya?" kata Tuan Kim.

Taehyun membalas dengan anggukkan. Dia pun kembali ke rumahnya semula setelah berkenalan dengan jiran baru itu. Yonghee hanya memerhatikan Taehyun dari jauh dengan pandangan kosong.

Dia tahu pasti Taehyun hairan mengapa dia tidak membalas senyuman dia itu tadi. Dia tidak dapat senyum kerana bibirnya terasa sakit yang amat. Ibu bapanya juga tidak dapat buat apa-apa.

"Mama harap sekolah baru kamu ni okey," ujar Puan Kim sambil mengusap belakang Yonghee.

Yonghee sekadar angguk sahaja. Tetapi dia dapat rasakan bahawa mungkin nasibnya akan sama sahaja. Tiada perubahan.

-------------

Pada malam itu, hanya Taehyun sahaja yang berada di dalam rumah. Seperti biasa, ibu dan bapanya akan pulang lewat kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Jika dahulu dia dan Yeosang selalu berada di rumah, kali ini tidak. Hanya dia seorang sahaja. Terasa sunyi tetapi dia sudah terbiasa.

Selesai sahaja dia mencuci pinggan mangkuk di dapur tadi, dia berjalan menuju ke biliknya untuk tidur. Langkahnya terhenti apabila dia terpandang pintu bilik Yeosang.

Akibat terlalu bosan, Taehyun bercadang untuk masuk bilik tidur Yeosang. Dulu, Yeosang sering menguncikan pintu biliknya. Memandangkan sekarang Yeosang sudah tiada, Taehyun tergerak hati untuk melihat bilik abangnya.

Taehyun terus memulas tombol pintu untuk buka. Dia terkejut melihat keadan bilik Yeosang sangat bersepah.

Cermin di dalam biliknya retak serta mempunyai kesan darah di situ. Sudah pasti Yeosang banyak kali menumbuk cermin. Katil yang tidak tersusun dengan elok malah buku yang berada di atas meja belajar sudah dikoyakkan itu cukup membuatkan Taehyun terasa seram sejuk.

'Ini bilik ke atau rumah hantu?' rungut Taehyun dalam hati.

Dia keluar dari bilik Yeosang lalu menutup pintu semula. Dia tidak menyangka bahawa begitulah keadaan bilik Yeosang.

'Hyung memang suka menyusahkan orang...' detik Taehyun dalam hati. Dia melepaskan keluhan yang berat.

Jikalau ibu bapanya tahu keadaan bilik Yeosang itu, sudah pasti mereka akan menyuruh Taehyun untuk mengemas bilik abangnya.

Taehyun menggelengkan kepalanya. Dia masuk ke dalam biliknya semula untuk tidur setelah sedar sekarang sudah lewat. Dia tidak mahu tiba di sekolah esok dalam keadaan kelam kabut.

--------------

Waktu rehat adalah waktu yang ditunggu oleh semua para pelajar untuk mengisi perut mereka dengan makanan. Semua pelajar mula berpusu-pusu keluar menuju ke kantin selepas tamat kelas.

Huening Kai dan Beomgyu menunggu Taehyun di luar kelas untuk makan bersama. Setelah selesai mengemas barang, Taehyun datang mendekati mereka berdua.

"Lama ke tunggu?" tanya Taehyun pada kedua kawan baiknya itu.

"Haah. Setahun kitorang tunggu," balas Huening Kai dengan nada mengejek. Taehyun hanya mampu tersenyum.

"Jomlah kita cari Soobin hyung dan Yeonjun hyung."

Ajak Beomgyu. Mereka bertiga membuka langkah untuk menuju ke kelas Soobin terlebih dahulu. Jarak kelas Soobin lebih dekat berbanding jarak kelas Yeonjun yang agak jauh sedikit itu.

"Soobin hyung!" Jerit mereka bertiga serentak setibanya mereka di hadapan kelas Soobin.

Soobin tidak membalas, sebaliknya dia melihat sesuatu dengan fokus bersama rakan kelasnya. Taehyun, Huening Kai dan Beomgyu berasa pelik lalu melihat apa yang dilihat oleh Soobin itu.

Mata Taehyun terbeliak apabila melihat seseorang yang amat dikenalinya itu sedang dibuli oleh rakan kelas sendiri.

'Yonghee hyung?' tanya Taehyun dalam hati.

Soobin yang baru perasan akan kehadiran kawan baiknya itu terus menyapa.

"Oh, korang dah sampai rupanya. Jomlah kita pergi."

Ajak Soobin lalu membawa mereka bertiga keluar dari kelas untuk pergi makan. Mata Taehyun tidak beralih melihat Yonghee yang masih lagi dibuli itu.

Soobin membawa kawan-kawannya ke tempat biasa yang mereka lepak iaitu di tepi tangga. Kelihatan Yeonjun sudah lama menunggu ketibaan mereka semua.

"Lamanya korang," cebik Yeonjun sambil mengunyah makanan.

"Maaflah. Tadi kelas aku kecoh tu yang lambatnya," ucap Soobin lalu duduk di sebelah Yeonjun.

"Siapa tadi tu, hyung?" tanya Huening Kai ingin tahu.

"Yonghee. Dia pelajar baru dalam kelas hyung. Tapi itulah, baru masuk sekolah baru terus jadi mangsa buli."

Ujar Soobin lebar. Taehyun hanya mendiamkan dirinya manakala Yeonjun pula berkerut dahi. Dia tidak tahu siapa yang Soobin maksudkan kerana dia sendiri tiada di situ tadi.

"Kasihannya," ujar Beomgyu perlahan.

"Aku geram. Cikgu kat sini tak kuatkan kes buli ni ke?" soal Soobin sambil melepaskan keluhan yang berat.

"Kau kena faham, budak yang suka membuli tu majoriti penderma terbesar kat sekolah ni. Jadi cikgu pun tak mampu nak buat apa-apa." Jawab Yeonjun walaupun dia tidak tahu pun siapa yang Soobin maksudkan.

Tetapi, memandangkan dia senior di sekolah ini, sudah semestinya Yeonjun tahu sangat bagaimana pelajar dan cikgu di sini. Walaupun dia juga berasa kurang selesa dengan tindakan cikgu yang tidak mampu berbuat apa-apa.

"Tapi, sekolah kita terlalu banyak kes buli. Sampaikan yang mangsa buli tu pun bunuh diri kat sekolah ni," sampuk Huening Kai.

"Kan? Berapa ramai yang dah bunuh diri tu? Termasuklah dengan Yeosang hyung..."

Kata Beomgyu setuju. Tetapi, dia tahu orang luar tidak akan tahu semua itu kerana semua kes yang berlaku di sekolah ini akan ditutup serta merta supaya imej sekolah mereka tidak tercalar. Tetapi, baginya itu hanyalah membuatkan ramai pelajar terasa mahu lari dari sekolah ini.

Taehyun mendiamkan dirinya. Sesekali dia melepaskan keluhan kerana dia juga tidak suka berada di sini. Kes buli ini sudah terbiasa bagi Seoul High School. Sekolah yang kelihatan cemerlang dari luaran tetapi disebaliknya agak mengerikan.

Bukanlah kerana mempunyai hantu, tetapi terkenal dengan kes buli yang teruk. Namun, orang luar langsung tidak mengetahui tentang hal itu. Hanya pelajar dan guru itu sahaja yang tahu.

"Memang malang nasib kau kat sini, Yonghee hyung..." bisik Taehyun.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now