NM 09

71 13 7
                                    

Yonghee membuang air kotak Yeonjun itu ke dalam tong sampah. Kemudian, dia perasan bahawa hampir kesemua pelajar yang berada di dataran tadi berlari menuju ke atas dengan tergesa-gesa.

"Huh? Sekarang masih free time bukan?" soalnya pelik.

"Yah."

Yonghee terkejut apabila dirinya disapa oleh Yeosang yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakang.

"Ah! Kau kenapa suka buat aku terkejut?" soal Yonghee geram dengan nada separuh berbisik. Yeosang tersenyum sinis sebelum dia memberitahu sesuatu.

"Kau pergilah tengok kat atas. Aku dah selesaikan kerja aku tadi."

Yonghee yang mendengar itu tidak memberikan apa-apa reaksi. Melainkan senyuman dia yang sinis itu terukir di bibir.

"Tak mahulah. Aku tak nak dicop sebagai pembunuh," ucapnya bersahaja sebelum dia berlalu pergi.

Yeosang masih tercegat berdiri di situ. Lalu dia ternampak kelibat orang yang sedang berjalan menuju ke tingkat atas dengan penuh tergesa-gesa.

"Cepatlah! Soobin hyung ada di situ!"

"Tak nak aku! Aku takut tengok darah!"

"Kalau macam tu kau tunggu di sini sajalah, hyung!"

Yeosang tersenyum garis ketika dia melihat Taehyun bersama kawan-kawannya berjalan melimpasinya. Lalu pandangan dia beralih melihat Beomgyu yang masih berada di dataran seorang diri.

Satu idea yang nakal tiba-tiba muncul dalam mindanya.

----------

Kawasan pintu di hadapan makmal itu penuh dengan pelajar-pelajar yang berkumpul. Taehyun dan yang lain cuba menyelit untuk melihat kejadian itu dengan lebih jelas.

Apa yang mereka lihat sekarang ialah terdapat susuk tubuh yang ditutupi dengan selimut terbaring kaku dalam makmal sains. Ada juga beberapa pelajar termasuk Soobin berada di situ sedang disoal siasat oleh pihak polis.

"Saya tak tahu! Kami tadi cuma buat eksperimen yang disuruh oleh cikgu saja!"

"Ya! Selepas itu kamu tidak tahu macam mana api tu boleh terkena pada baju Renjun!"

"Dalam makmal kamu ni tiada alat pemadam api atau selimut api kah?" polis itu bertanya pada semua pelajar yang ada dalam makmal.

"Ada tetapi alat pemadam api tu tiba-tiba habis ketika kami mahu gunakan."

"Malah selimut api juga tiada. Yang ada hanyalah sarung dia sahaja."

Selepas mendapat keterangan daripada pelajar, pihak polis segera membawa mayat Renjun ke hospital untuk menjalankan pembedahan siasatan.

Suasana di luar makmal menjadi senyap selepas sahaja guru menasihati mereka untuk beredar. Bilik makmal ini akan ditutup buat seketika untuk memberikan ruang kepada polis menjalankan kes ini.

"Macam mana perkara macam ni boleh berlaku?" tanya Huening Kai kepada Soobin yang baru sahaja keluar dari makmal.

"Aku tak tahu. Dia macam tiba-tiba sangat! Kitorang sendiri tak sangka yang benda ni akan berlaku," ungkap Soobin.

"Sekejap... sekarang free time. Kenapa kelas hyung jalankan eksperimen waktu ni?" tanya Taehyun dengan penuh keraguan.

Belum sempat Soobin mahu membalas, mereka tiba-tiba terdengar jeritan yang kuat ketika menuruni tangga.

"WARGHH! JANGAN GANGGU AKU!"

Itu suara Beomgyu! Pantas mereka berempat berlari mencari Beomgyu di dataran sekolah.

Mereka lihat Beomgyu sedang meracau sambil terjerit-jerit meminta bantuan. Semua pelajar yang kebetulan berada di situ pelik melihat Beomgyu begitu.

"Yah! Kau kenapa ni?" tanya Yeonjun seraya cuba untuk menenangkan kawannya itu.

Beomgyu yang sedar akan kehadiran Yeonjun itu terus memeluknya dengan erat. Badannya sudah menggigil hebat akibat ketakutan. Nafasnya juga terngucap-ngucap.

"Apa yang dah terjadi?" tanya Huening Kai ingin tahu.

"Ada orang cuba nak bunuh aku... Aku takut! Hyung aku takut sangat!" beritahu Beomgyu dengan rasa takut yang amat. Makin erat dia memeluk Yeonjun.

Taehyun dan Soobin tergamam. Bukankah itu bermaksud bahawa...

"Jadi pembunuh tu masih ada di sini?" Yeonjun bertanya sambil menenangkan Beomgyu.

Dia mengangguk berkali-kali. Lalu dia menunjukkan sesuatu arah pada mereka dengan tangan yang bergetar.

"Dia lari kat sana!" kata Beomgyu.

Selepas sahaja mendapat tahu Taehyun terus berlari ke sana membuatkan mereka yang lain terkejut dengan tindakan dia itu.

"Yah! Taehyun kau nak ke mana?"

Hampa kerana Taehyun sudah berlari meninggalkan mereka. Soobin yang berasa tidak sedap hati itu terus mengikut jejak langkah Taehyun dari jauh.

Maka yang tinggal di dataran itu hanyalah Yeonjun, Beomgyu dan Huening Kai.

------------

Taehyun mencari kelibat manusia yang dimaksudkan oleh Beomgyu tadi. Sudah tentu orang itu masih berada di sini kerana kawasan yang sedang dilaluinya ialah bangunan lama sekolah.

'Heh! Siaplah dia kalau aku jumpa pembunuh tu nanti!' gumamnya dalam hati geram. Matanya meliar melihat kawasan di sekeliling.

Suasana di sini agak suram dan sunyi. Sama seperti dia berada di bilik Yeosang semalam.

Taehyun berjalan-jalan sehinggalah dia ternampak sesuatu yang berada di celah-celah koridor. Dia mendekatkan dirinya lalu mencapai sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Huh? Ni bukan ke gambar...?"

Apa yang Taehyun pegang sekarang ialah sekeping gambar yang mempunyai tiga orang pelajar sedang melihat sesuatu arah dengan memegang sebuah buku yang usang.

Namun yang membuatkan Taehyun berasa sedikit terkejut ialah mendiang Yeosang juga turut berada dalam gambar tersebut. Dia sedang memegang buku yang usang bersama dengan alatan tajamnya iaitu pisau.

"Yeo-yeosang hyu--"

Taehyun tiba-tiba rebah di atas lantai selepas kepalanya dipukul kasar oleh seseorang.

Dia cuba untuk melihat orang yang memukul kepalanya tadi. Namun dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana dia berasa kepalanya pening yang amat. Akibat tidak dapat menahan, Taehyun tidak sedarkan diri.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now