ZEAQEEL | 5

40.9K 3.5K 866
                                    

AQEEL berdiri di luar bilik rehat bersama Hafif. Badan disandarkan ke dinding berhadapan dengan pintu sambil merenung lantai. Dia menunggu gadis payungnya sedar.

“Qeel, your girl dah bangun.”

Mendengar ucapan Hafif, kepala Aqeel terangkat melihat Zea yang berdiri di depan pintu itu. Lekas matanya kembali memandang lantai. Dia lega kerana gadis itu baik-baik saja.

“Apa jadi?” soal Zea kebingungan.

“Pasukan perubatan kata awak kurang rehat dan gastrik. Nanti makanlah ni. Jangan selalu biarkan perut kosong.” Aqeel hulurkan plastik hitam yang berisi makanan kepada Zea.

Thanks. You dah makan ke?” Zea tatap wajah Aqeel. Tak sangka orang asing lebih prihatin berbanding keluarganya.

“Belum. Nanti saya makan lepas solat Asar. Awak tak rasa sakit kepala lagi ke?” Aqeel menyoal kembali. Dia risau.

I'm fine, Haji Bakhil.”

“Kalau macam tu, kami pergi dulu,” pamit Aqeel sambil membongkokkan badan tanda hormat.

“Okey.” Anak mata Zea mengiringi pemergian dua jejaka kacak itu. Plastik pemberian Aqeel ditatap. Senyuman tipis terbit di bibir. Baik betul Haji Bakhil ini.

Badan dipusingkan ke belakang tatkala merasakan ada yang memerhati, tetapi tiada sesiapa yang kelihatan. Kedua-dua belah bahu dijongket. Mungkin hanya bayangan Zea.

𝓑𝓪𝔀𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓰𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾

MOTOSIKAL dihentikan di depan rumahnya. Aqeel buka helmet sebelum dia menuju ke tepi kereta Puan Aida. Ibu angkatnya itu keluar dari kereta.

Mommy buat apa dekat sini?” sapa Aqeel hairan.

Mommy nak ajak Qeel keluar makan petang,” mendatar Puan Aida bersuara. Malas nak berbasa-basi.

“Qeel penat, mommy. Tadi Qeel baru lepas habis race.”

“So, do I care? Siapa suruh jadi pelumba motor?” sinis balasan ibu angkatnya itu membuatkan Aqeel terkilan.

Hina sangatkah pekerjaannya ini? Kenapa keluarganya itu tak menyokong dia mengejar impiannya yang satu ini?

“Kita makan dekat rumah Qeel aje. Qeel masakkan untuk mommy, nak tak?” ajak Aqeel dengan nada memujuk.

“Tak. Mommy nak ajak Qeel pergi rumah kawan mommy untuk berkenalan dengan anak dia,” kata Puan Aida selamba.

“Apa ni, mommy? Berkenalan apa pula?”

“Berkenalan dengan bakal isteri Qeel.” Membulat mata Aqeel mendengar ayat itu. Mengejut betul!

“Tak lawaklah, mommy.” Aqeel gelengkan kepala. Zaman sekarang pun masih guna jalur perjodohan keluargakah?

“Siapa kata mommy buat lawak?”

Mommy kata mommy bagi Qeel masa dalam tahun ni, kan? Jadi, kenapa tiba-tiba buat macam ni?” masih lembut Aqeel berbicara walaupun dia agak kecewa.

“Sebab mommy tak percaya Qeel mampu cari calon isteri kalau Qeel busy dengan kerjaya Qeel yang mengarut tu.”

Puan Aida melipat tangan di dada. Dia sengaja gunakan cara ini untuk mendesak Aqeel cepat menikah.

“Qeel dah ada calon isteri sendiri.”

“Tak payah nak tipulah.”

“Qeel serius. Qeel dah jumpa calon menantu yang terbaik untuk mommy.” Pada saat itu Aqeel membuat keputusan paling penting dalam hidupnya. Mungkin ini peluang buatnya.

Bawa Pergi Cintaku [BAKAL TERBIT] Where stories live. Discover now