ZEAQEEL | 2

44.7K 3.5K 1K
                                    

BILIK tidur dituju. Zea duduk di depan meja solek. Bingkai gambarnya bersama Aniq yang tersenyum bahagia ditatap. Dia seakan tidak percaya bahawa hubungan mereka selama 5 tahun berakhir dengan sia-sia apabila lelaki itu kini sudah bergelar adik iparnya.

Sebulan sebelum tarikh pernikahan mereka, ada sesuatu yang mengakibatkan bekas tunangnya itu menikah dengan Lea pula. Sungguh hatinya meronta sakit!

“Aniq, kenapa kau perlu rampas adik aku? Kalau kau nak sangat tinggalkan aku, kenapa adik aku juga yang kau pilih?”

Semua gambar Aniq dikoyakkan. Meski sulit, Zea harus terima kenyataan bahawa lelaki itu bukan miliknya lagi.

“Lea pun sama. Kenapa tunang aku juga yang dia nak? Aku sayangkan dia orang tapi dia orang buat aku macam ni. Teruk sangat ke aku ni?” Pantulan dirinya di cermin ditatap. Zea sangat benci kerana orang lain hanya menilainya berdasarkan penampilannya yang tidak tertutup ini.

Selama ini, Aniq dan Lea saling mencintai di depan mata Zea tanpa dia sedar. Dia diperbodohkan oleh orang tersayang.

5 tahun Zea menanti agar Aniq menghalalkan hubungan mereka, tetapi malah adiknya yang dihalalkan. Cinta Zea habis untuk lelaki itu saja, tetapi cinta Aniq habis untuk Lea. Sungguh pengkhianatan ini menyakitkan.

Benarlah, hubungan yang haram tidak akan diberkati oleh Allah dan akan berakhir sadis. Tiada guna bercinta bertahun-tahun jika hanya menjaga jodoh orang lain.

“Kalau arwah Kai masih ada, mesti dia yang comfort aku tapi sekarang aku tak ada sesiapa lagi.”

Pedih tatkala teringat dia sendirian di dunia ini. Dulu Zea fikir Aniq tak akan meninggalkannya tapi hampa. Kehilangan lelaki yang dicintai membuatkan hatinya hancur separuh mati.

Lelaki yang menjadi penyelamatnya dulu, kini menjadi orang yang memusnahkan impiannya untuk bahagia.

“Aku dah kehilangan lelaki yang aku anggap pengganti ayah dan arwah Kai. Kenapa semua orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku? Aku tak layak bahagia ke?”

Zea hamburkan tawa palsu. Dia perlukan seseorang untuk memujuk hatinya yang lara itu. Namun, sekarang dia tiada sesiapa pun. Gadis itu bahkan tidak mempunyai kawan baik kerana semua kawannya toksik.

“It's okay. I'm a strong girl. Tanpa lelaki pun aku boleh bahagialah.”

𝓑𝓪𝔀𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓰𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾

TELEVISYEN yang terpasang hanya ditatap kosong. Aqeel sibuk memikirkan sesuatu. Jauh dia mengelamun kembali ke masa lalu. Semakin dia cuba lupakan, semakin dia diselubungi rasa bersalah.

“Mana aku nak cari dia?”

Setelah penat memikirkan tentang hal itu, ingatannya melayang ketika dia membuat keputusan untuk menjadi seorang pelumba motor pada 8 tahun yang lepas.

Pipi kanan Aqeel terasa pijar setelah ditampar oleh ayahnya. Orang tua itu sangat bengang kerana Aqeel sanggup menolak tawaran sambung belajar ke luar negara demi mengejar impiannya sebagai seorang pelumba motosikal.

“Daddy tak izinkan Qeel jadi pelumba motor! Bukan ini alasan daddy ambil kamu jadi anak angkat! Daddy nak Qeel banggakan daddy dengan pekerjaan yang bertaraf tinggi!”

Tuan Fahar tatap tajam wajah Aqeel yang menunduk.

“Qeel boleh banggakan daddy bila Qeel dah jadi pelumba motor terkenal nanti,” ucap Aqeel perlahan.

“Bangga? Buat apa bangga dengan kerja macam tu? Kamu yakin kamu takkan mati waktu berlumba nanti? Kalau mati, mana kami nak letak muka!”

Setiap bait ucapan ayahnya itu menusuk ke jiwa. Aqeel tahu pekerjaan itu bahaya tapi itu impiannya dari kecil.

Bawa Pergi Cintaku [BAKAL TERBIT] Where stories live. Discover now