ZEAQEEL | 3

43.1K 3.6K 1.5K
                                    

RIAK wajah tidak berpuas hati Aqeel pamerkan apabila Hafif membawanya ke sebuah kafe. Tadi kawannya itu mengatakan ada kecemasan dan perlukan bantuan segera. Disebabkan itulah Aqeel datang, tetapi rupanya dia ditipu. Kini mereka duduk bersebelahan sementara menanti ketibaan pasangan masing-masing.

“Aku dah cakap aku tak nak, kan. Tak baiklah menipu, dosa tahu tak?” bebel Aqeel sambil gelengkan kepalanya.

“Tenanglah, Qeel. Aku bohong sunat aje pun. Pleaselah kasihan aku seorang diri nanti.” Hafif tayang muka tak bersalah. Dia hanya ingin menjodohkan kawannya itu agar tak kesepian.

“Aku nak pergi dulu.” Aqeel leraikan rangkulan Hafif di lengan kirinya sebelum dia berdiri dari tempat duduknya.

“Encik Hafif?” Suara seorang gadis menyapa gegendang telinga. Bagaikan ada magnet yang menarik, Aqeel menoleh ke sisi dan matanya bertembung dengan anak mata hitam Zea. Jelas terpancar riak terkejut di wajah Aqeel.

Kecantikan Zea mempersona. Gadis itu mempunyai bulu mata natural yang agak lebat, hidung cantik, dagu yang runcing serta senyuman manis yang menghiasi bibir mungilnya.

Aqeel terpegun seketika sebelum dia segera melarikan pandangan ke tempat lain apabila dia tersedar.

‘Astaghfirullah al azim… Aqeel, behave! Tundukkan pandangan!’ Aqeel mengingatkan diri di dalam hati.

Dia kembali duduk akibat gugup. Jantungnya berdebar kerana tak menyangka akan melihat wajah tak asing itu.

“Ya saya. Jemputlah duduk,” balas Hafif sopan.

Zea mengambil tempat duduk di hadapan Aqeel manakala seorang gadis yang datang bersamanya duduk di hadapan Hafif. Hafif mula berbual dengan pasangan janji temunya. Hanya suara mereka berdua yang kedengaran di meja itu.

Menyampah melihat sikap Hafif yang terlampau ramah itu, mata Zea beralih pada lelaki yang sedang duduk menunduk di hadapannya pula. Aura lelaki itu agak lain daripada lelaki yang pernah ditemuinya sebelum ini.

Seorang lelaki kacak yang mempunyai rupa baby face. Anak mata berwarna coklat cair, hidung mancung dan bibir merah nipis. Ditambah pula dengan badannya yang sederhana tegap dan tinggi. Sangat tampan!

“Ehem nama you siapa?”

“Haji Bakhil.”

Mendengar nama itu keluar daripada mulut jejaka comel itu, Zea kemam bibirnya. Dia mula teringat dengan filem karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk Labu dan Labi.

“Oh tapi you tak kedekut macam Haji Bakhil dalam filem Labu dan Labi tu, kan?” soal Zea sengaja ingin berbual.

“Tak,” jawab Aqeel sepatah. Kepalanya masih menunduk. Dia mahu tetap jaga pandangan mata.

‘Haih sombong nampak!’ Hati Zea mengutuk.

“Nama I—” Belum sempat Zea perkenalkan diri, Aqeel berdiri dari tempat duduknya.

“Fif, aku nak pergi dulu,” kata Aqeel kepada Hafif yang masih rancak berbual mesra itu.

“Eh sekejapnya, kau orang belum berkenalan pun.” Hafif agak hairan kerana pasangan kawannya itu cantik.

“Ada urusan. Maaf, cik.” Badan dibongkokkan sedikit tanda hormat kepada Zea sebelum Aqeel pergi menjauh.

Zea bengang apabila ditinggalkan begitu sahaja. Ini kali pertama lelaki tidak tertarik dengannya. Punya cantik dia berdandan hari ini, langsung tak dilayan? Ego Zea tercabar. Dia terus mengejar langkah lelaki itu.

“Bakhil! Bakhil! Tunggulah!” Jeritan Zea itu hanya diabaikan oleh Aqeel kerana bukan namanya yang dipanggil.

Tiba di tempat letak kenderaan, Aqeel naik ke atas motosikalnya. Helmet dipakai. Enjin motosikal dihidupkan.

Bawa Pergi Cintaku [BAKAL TERBIT] Where stories live. Discover now