ZEAQEEL | 7

40.1K 3.5K 1.3K
                                    

SENYUMAN manis dilakarkan tatkala melihat wajah Hafif dan Emir di sebalik pintu rumah. Aqeel terus menjemput mereka masuk.

"Yuhuu! Emir Danish a.k.a ED is here!" Emir berjabat tangan dengan Aqeel. ED ialah nama panggilan sewaktu dia bekerja sebagai pilot, Captain ED.

"Abang pilot kita dah balik," usik Hafif nakal.

"Ya, akulah satu-satunya pilot yang paling setia di abad ini." Emir berkata seraya labuhkan punggung di atas sofa.

"Sampai bila kau ada dekat Malaysia, Mir?" tanya Aqeel.

"Sampai hari Khamis ni aje. Lepas tu, aku flight pergi Itali pula. Letih hm..." Emir urut kepalanya. Mengantuk tapi dia lebih suka berkumpul dengan Aqeel dan Hafif untuk hilangkan stress.

"Tapi seronoklah hampir setiap hari kau boleh terbang dan tengok perempuan cantik," sampuk Hafif cemburu.

"Biasa ajelah. Aku jaga pandangan macam Qeel. Bukan macam kau, semua perempuan kau nak pandang," perli Emir.

"Eh, taklah! Tahun ni, aku dah taubat." Hafif goyangkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan yang membuatkan tawa Aqeel dan Emir terletus. Taubatlah sangat!

"Kau pula Qeel, dah jumpa ke cinta pertama kau dulu?" tanya Emir sekadar ingin tahu.

"Dah. Aku dah lamar dia."

"Apa?" Serentak Hafif dan Emir merenungnya seakan tak percaya lelaki seperti Aqeel akan buka langkah berani.

"Tapi dia reject aku hehe." Aqeel tayangkan jari peace.

Sepi seketika.

"Kenapa diam?" Wajah dua orang kawannya itu ditatap bersilih ganti. Hafif dan Emir cuba untuk tahan tawa mereka.

"Kami tak tahu sama ada patut bersimpati dengan kau atau nak gelakkan kau," kata Emir jujur. Hafif turut mengiyakan.

"Don't worry, aku akan kahwin dengan dia juga. Sebab aku yakin dia jodoh aku. Aku yakin takdir kami berdua. Lagipun aku percaya Allah akan makbulkan doa aku suatu hari nanti."

"Elelee sweet sangat!"

Mendengar usikan kawannya, Aqeel koyak sengih lebar. Dia yakin Zea akan menerimanya juga bila tiba masanya.

"Antara takdir dan doa, mana lebih kuat?" Pertanyaan Aqeel itu membuatkan Emir dan Hafif berfikir sejenak.

"Takdir adalah kehendak Allah sedangkan doa adalah kehendak kita. Kadang Allah mengubah kehendak-Nya hanya kerana ingin mengabulkan kehendak kita. Sebab doa yang kita langitkan juga kuat macam takdir Allah."

Hafif dan Emir angguk tanda setuju.

"Sebab tu jangan pernah berhenti berdoa sebab Allah selalu makbulkan doa hamba-Nya. Jika bukan sekarang, insya-Allah nanti pada waktu yang tepat." Aqeel beri nasihat.

"Baiklah. Lepas ni, aku akan berdoa supaya jumpa jodoh secepatnya," kata Hafif berharap kerana dia tidak berkenan dengan pasangannya sewaktu blind date.

"Aku pula berdoa semoga aku sentiasa selamat sewaktu aku bekerja nanti," kata Emir. Pekerjaan tetap keutamaannya.

"Don't worry, aku sentiasa doakan kebahagiaan dan keselamatan kau orang. Kau orang dah macam adik-beradik aku sendiri." Ucapan Aqeel itu membuatkan Hafif dan Emir terharu. Beruntung mereka ada kawan sebaik Aqeel.

"Tapi Qeel, tadi kau kata dia reject kau. Jadi, macam mana?" tanya Hafif prihatin.

"Aku akan terus cuba ketuk pintu hati dia guna jalur langit. Mungkin sekarang dia tak cintakan aku tapi aku yakin dia akan cintakan aku bila kami nikah atas restu Allah nanti. Aku akan halalkan dia tak kira apa pun jadi. Lagipun aku dah cuba untuk perbaiki diri supaya boleh jadi suami yang baik untuk dia." Aqeel percaya setiap doanya pasti akan sampai pada gadis itu.

Bawa Pergi Cintaku [BAKAL TERBIT] Where stories live. Discover now