Cinta teh ais cicau 3

7 3 0
                                    

Pagi yang indah bersama sinaran matahari menyinari di luar jendela rumah abahku .

Pintu bilikku diketuk kuat .Siapa pula yang kacau-kacau aku pagi-pagi ni .

Baru nak berangan . Nampaknya tak jadi .

"Rinda oi ,kamu lupa ka?.Hari ni kamu kena dengar ceramah kelas memandu."Puan Zanikah masih mengetuk bilik anak daranya .

"Ya Mak .Rinda dah bangun ni ".Macam mana aku boleh lupa hari ni ada ceramah kelas memandu.

"Cepat siap .Nanti Acik Juliana kamu datang ."Selepas mengatakan itu Puan Zanikah berlalu dan meneruskan tugasnya sebagai isteri iaitu memasak .

Di Pusat Memandu Cekal ,aku dan acik Juliana berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut.

Kenapa aku pergi dengan acik Juliana ?.Sebab aku dengan dia dua-dua tak ada lesen memandu .

Mak cik Juliana sebenarnya sudah pernah mengambil kelas untuk lesen memandu tapi dia gagal dalam ujian komputer .Lepastu pula dia mengandung akhirnya kena belajar balik dari awal .Sebab dah dua tahun .

Kami berpakaian mengikut aturan pusat memandu iaitu seluar slack ,kasut wajib bertutup .Jadi tak boleh pakai heels .

Nasib lah aku jenis suka memakai kasut snikers .Jadi memudahkan kerja aku disini .

Di dalam kelas ,aku cuba untuk memahami undang-undang jalan raya yang sedang di terangkan oleh peceramah atau boleh di katakan guru terlatih untuk memberi info tentang undang-undang di jalan raya.

"Sebagai pengguna jalan raya haruslah memastikan kenderaan anda dalam keadaan baik .Faktor penyebab sesuatu kemalangan berlaku adalah disebabkan keadaan kereta tidak baik ,contohnya tayar yang tidak ditukar boleh menjadi haus dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya."Encik Razak menunjukkan ke arah skrin di hadapan.

Mataku sudah mengantuk tapi tetap aku tahan untuk mendengar penerangan Encik Razak atau cikgu .

"Siapa yang tahu tentang CITO ?"Encik Razak menyoal para pelajarnya .

Ada beberapa pelajar yang mengangkat tangan .

"Kamu yang dekat belakang tu boleh cerita tentang CITO "Encik Razak menunjukkan tangannya ke arah seorang lelaki berbangsa cina .

"C adalah cermin ,I adalah isyarat ,T adalah titik buta dan O adalah Olah gerak "ujar pelajar lelaki berbangsa cina itu.

"Terima Encik boleh duduk .Baiklah semua boleh tengok dekat buku pemandu yang anda dapat tentang CITO .Baiklah saya akan terangkan tentang blind spot  atau dalam bahasa Melayu iaitu titik buta .Titik buta adalah sesuatu kawasan tidak dapat dilihat oleh mata ketika memandu .Titik buta ini boleh menyebabkan kemalangan contohnya pemandu lori tidak akan nampak kenderaan yang berada sisinya itu nampaknya titik buta . Jikalau kenderaan itu memotong ia boleh menyebabkan kemalangan berlaku .

Mata aku dah tak tahan ni .Mak ,Rinda mengantuk .Marinda ,kau kena tahan mata .Kelas dah nak habis sekejap lagi nak dekat empat setengah petang.

"Ok semua kamu boleh baca buku memandu .Sabtu ni kamu semua dah boleh menempah tarikh ujian komputer untuk mendapatkan lesen L .Kamu semua boleh bagi tahu kerani dekat kaunter dekat depan kamu nak tarikh apa ?.Terima kasih semua.

Akhirnya habis juga kelas ceramah memandu hari ni
.Aku dan Acik Juliana keluar dari pusat memandu cekal.

Kami berdua menunggu kehadiran Pak cik Sarip iaitu suami kepada Acik Juliana .

AmalinBatrisyia
akaklongss







Cinta Si Teh Ais Cicau (short story)Where stories live. Discover now