Cinta Si Teh Ais Cicau 10

1 0 0
                                    

Tenang wahai jiwaku.Di hadapan kau sekarang bukan cikgu disiplin tetapi Tuan Malik.

"Saya tunggu jiran saya datang ambil saya ."Marinda menjawab dengan sekali nafas .Sesak juga nafas dia bila bercakap dengan Tuan Malik.

Tadipun masa taklimat .Dia betul-betul nampak garang bila bercakap .Makin sesak nafas aku .

"Baguslah kalau macam tu.Risau juga kalau cik Marinda duduk sorang-sorang dekat sini . Walaupun sini ramai tetapi bahaya juga "

"Terima kasih atas keperihatinan ,Tuan Malik.Tuan Malik saya nak ke depan . Jadi saya minta izin untuk undurkan dahulu "

"Baiklah cik Marinda .Ada masa kita jumpa lagi "Tuan Malik melambaikan tangannya kepadaku.

Tuan Malik boleh tukar peranan ke apa ?. Sekejap dia garang.Sekejap dia baik-baik sahaja .

Biarkan sahaja buat apa aku peduli.Dia bukan suami aku .Aku balas jua lambaian itu . Kalau tidak balas orang cop kita sombong pula .

Sampai sahaja di kawasan hadapan institusi pusat memandu.Aku mendapat mesej dari Nadia .

Marinda ,Aku lambat sikit
Tiba-tiba senak perut pula
-Nadia comel

Tak apa Nadia . Asalkan kau datang dengan Mak su .
-Marinda manis

Marinda menutup telefon pintarnya.Entah macam mana dia boleh tergelincir masa nak turun tangga .Sakit punggung aku .

Marinda cuba untuk bangun tetapi kakinya tidak mahu berkerjasama.

Kenapa tiba-tiba jadi seperti ini .

Marinda cuba lagi sekali untuk berdiri tetapi kali ini lain ada orang lain menarik lengan bajunya untuk membantu dia berdiri.

Marinda cuba mengalihkan pandangan ke hadapan memerhatikan ke arah siapa-siapa yang membantunya .

Bila mata bertentang mata . Orang kata boleh jatuh cinta . Tetapi masalah orang itu,Tuan Malik .Apalah nasib aku kerja jumpa Tuan Malik.

"Awak ni macam mana boleh jatuh .Saya baru pesan hati-hati bahaya ada sahaja di mana-mana."nada suara Tuan Malik sedikit tegas.

Alamak dia marah pula.

"Tuan kata hati-hati dengan orang bukan sebab jatuh ".Marinda mula mengingati kata-kata Tuan Malik beberapa minit tadi .Rasa lain yang Tuan Malik katakan sekarang.

"Melawan pula dia ni .Jom saya hantar awak.Balik nanti jangan lupa urut kaki awak .Takut bengkak pula "

Aku pula yang salah .Ini malas bercakap dengan dia.

"Baik Tuan Malik . Saya menurut perintah"Marinda memberi tabik hormat kepada Tuan Malik . Walaupun nak imbangkan badan dia kurang mampu .


Cinta Si Teh Ais Cicau (short story)Where stories live. Discover now