Cinta Si Teh Ais Cicau 13

4 1 0
                                    

Masuk sahaja ke dalam rumah .Puan Zanikah meletakkan anaknya di atas sofa .

Puan Zanikah mengambil telefon pintar.Mencari senarai kenalan.
Mak Su jiran sebelah rumahnya.

"Assalamualaikum mak su .Ni Ika nak minta tolong mak su urut kaki Rinda .Entah macam mana dia boleh terjatuh tangga dekat pusat memandu "Puan Zanikah memandang ke arah anaknya sambil bercakap di telefon.

"Waalaikumussalam Ika .Petang satgi Mak su datang dengan Nadia . Suruh Marinda duduk diam jangan bergerak sangat."

"Ya mak su . Terima kasih ya . Assalamualaikum "Puan Zanikah meletakkan gagahan telefon.

Puan Zanikah memilih sofa berhadapan Marinda lalu dia mendudukinya .

"Siapa pengawai jpj yang hantar Rinda tu . Boyfriend ke ?."soal Puan Zanikah yang ingin tahu siapa gerangan jejaka beruniform itu.

"Tuan Malik,dia antara pengawai ditugaskan untuk penilaian ujian memandu".

"Oh Mak ingat boyfriend kamu .Sebab baik sangat sampai hantar sampai rumah .

"Dia tolong Rinda ja,Mak .Rinda jatuh depan dia ."Jawab Marinda sambil mengurut kakinya.Dia sebenarnya malas ingin bahas tentang Tuan Malik .

"Rinda rehat dulu ye .Mak nak ke dapur.Rinda nak makan apa ?.Mak ada masak ayam masak cili api "

"Bolehlah Mak .Rinda memang dah lapar ni ."

"Sekejap mak pergi dapur ambil nasih untuk Rinda .Rehat tau .Jangan duduk berjalan sangat "

"Ye mak .Rinda mengikut perintah "


Waktu petang,jam dinding menunjukkan jam 5:30 petang.Mak su dan Nadia datang untuk mengurut kaki Marinda.

"Rinda macam mana kamu boleh jatuh ni .Nasib tak teruk"bebel Mak su sambil mengurut kaki Marinda .

"Mana Rinda tahu.Benda nak jadi ".Marinda membalas dengan muka sikit masam .Habislah dia bakal dibebel panjang oleh Mak su.

"Ri ,kau balik dengan siapa tadi.Aku ada nampak kereta proton saga ,hantar kau balik "soal Nadia dengan nada ingin tahu .

"Pegawai JPJ yang nilai aku untuk ujian memandu . Kebetulan lepas habis ujian semua.Masa nak balik aku ada call Mak su. Entah-entah macam aku kaki tersalah arah masa simpan telefon dalam beg . Terjatuh aku.Kebetulan pengawai JPJ itu di situ."Marinda mula membuka cerita.

"Macam tu rupanya.Kau mesti masa nak letak telefon berangan kan "Ucap Nadia sambil ketawa sambil memegang perutnya.

"Mana kau tahu ?Marinda menyoal lembali Nadia .

"Kau dari dulu macam tu . Kalau berangan waktu tengah jalan memang akan jatuh "jawab Nadia sambil ketawa kepada rakannya.





Cinta Si Teh Ais Cicau (short story)Where stories live. Discover now