Cinta Si Teh Ais Cicau -11

4 2 1
                                    

MASUK sahaja di dalam kereta Proton Saga milik Tuan Malik.Marinda hanya melihat ke arah cermin kereta yang berada di sisinya .

Kami berdua hanya berdiam sahaja tiada langsung mengeluarkan kata-kata dari mulut masing-masing.

Sampai sahaja di rumah .Tuan Malik cuba ingin memimpin Marinda tetapi di tolaknya .

"Tuan panggil Mak saya .Tak elok ,Tuan pegang saya .Kita bukan mahram"

"Kenapa awak kata macam tu .Nak saya halalkan awak ke?"Tuan Malik menyoal aku sambil tersenyum.

Tuan Malik dah kenapa .Dia ingat aku nak layan ke ayat-ayat jiwang dia  ?.Lambat lagi .

"Saya cakap perkara yang benar ,Tuan Malik . Tolong Tuan panggil mak saya ketuk je pintu tu "Marinda memberi arahan kepada Tuan Malik .

Harap-harap dia fahami apa yang telah dikatakan oleh Marinda.

Tuan Malik tidak membalas kata-kata Marinda.Dia berlalu pergi ke arah pintu pagar rumah lalu dibuka pergi pintu utama .

"Assalamualaikum"Tuan Malik bersuara sambil mengetuk pintu rumah ibubapa Marinda.

"Waalaikumussalam encik .Ada apa saya boleh bantu ?"hairan Puan  apabila melihat pengawai JPJ datang ke rumah tetapi kenapa macam pernah dia nampak ye ?.

"Puan ni Mak kepada Marinda ke ?

"Ye saya mak dia .Kenapa encik "

"Anak Puan kaki dia terseliuh jatuh tangga .Tapi tak teruk pun .Bengkak sikit je . "

"Ni saya nak minta tolong puan pimpin anak puan .Dia tak bagi saya tolong dia . Lagipun kami bukan mahram jadi tak boleh sentuh-sentuh "

"Baiklah encik "


Cinta Si Teh Ais Cicau (short story)Where stories live. Discover now