Malik mengambil kerusi untuk di duduk bersebelahan Mak cik Hasnah.
"Panjang umur kamu,Malik.Mak Long baru sembang pasal kamu dekat Marinda .Hari ini kerja tak banyak ke?.
"Hari ini tak ada operasi.Kebetulan pula Malik rindu nak makan nasi ayam,mak long buat .Itu yang singgah sini "
"Oh rindu nasi ayam dia rupanya.Ingatkan rindu orang dekat sebelah ni ".Mak cik Hasnah memandang ke arah Marinda sambil tersenyum.
"Mana ada nak rindu si dia .Si dia langsung tak nak pandang kita yang kacak bergaya ni "
Ya Allah . Perasan ye mamat ni .
"Acik Hasnah nak bungkus nasi goreng ayam satu "Suara dari belakang mereka.
"Sekejap ye Amir ".Mak Cik Hasanah yang leka bersembang terus bangun dari kerusi selepas mendengar pesanan dari Amir .Budak kampung sama dengan aku .
"Amir , apa khabar lama dengan cerita ".Saja nak ramah dengan Amir.Sejak peperiksaan SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi.Jarang melihat wajah Amir di padang permainan.
"Sibuk sikit Kak Rinda .SPM nak dekat kena banyak ulangkaji."Jawab Amir.
Amir memandang ke arah sebelah aku .
"Kak Rinda sampai pak cik dekat sebelah tu ?.Boyfriend ke ?"
Soalan Amir ni macam soalan berfikir aras tinggi pula.Boleh pula dia panggil tuan Malik .Tuan Malik jerkang baru tahu .
"Bukan boyfriend akak .Amir pun tahu akak kan single ."Jawab aku selamba.
"Yelah tu . Entah-entah bulan depan jemputan majlis khawin akak "Amir mula ketawakan aku .
Budak si Amir kalau bab nak mengusik aku nombor satu.
"Amir ,nak nasi goreng ayam kamu.Belajar elok-elok kamu tu nak SPM "
"Ye Acik Hasnah .Oklah Acik Hasnah ,kak Rinda .Amir pergi dulu Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam Amir "Jawab Marinda dan Mak cik Hasnah secara serentak.
Aku perasan muka tuan Malik serius je bila aku sembang dengan Amir .Dia cemburu ke ?.Jangan perasan Rinda dia tu kerja elok takkan nak berkenaan dengan pengganggur terhormat macam kau .
YOU ARE READING
Cinta Si Teh Ais Cicau (short story)
Short StorySebuah kisah seorang gadis sangat meminati Air teh ais cicau.Bertemu seorang lelaki yang membuat hidup kucar-kacir . Satu kejadian yang tidak ingin lagi di ingati . " Assalamualaikum cik boleh minta lesen cik "-Pengawai JPJ "Waalaikumussalam ma...