Fahnaz berdiri di tepi cafe, memerhatikan seorang gadis yang sedang bekerja di kaunter.
Adyra senyum kepada semua pelanggan, bercakap dengan lembut supaya dia mendapat bonus daripada boss cafe itu.
Namun hal itu sentiasa membuatkan hati Fahnaz membara marah.
"Look at you, senyum macam kambing pada semua orang. Padahal dah janji cuma nak senyum untuk saya." Fahnaz berpusing untuk beredar dari tempat itu.
Dia akan kembali lagi esok ataupun petang nanti selepas pekerjaannya selesai untuk memerhatikan bekas teman wanitanya.
"Ady, kau nampak tak lelaki tu? Hari-hari dia kat situ tenung kau." Luna berbisik kepada Adyra.
Adyra yang sudah lama menyedari kehadiran Fahnaz yang sememangnya obses dengannya hari-hari di situ.
"Biar je." Balas Adyra tidak mahu mengambil tahu lagi.
Sebenarnya dia juga takut dengan Fahnaz, dia tahu bahawa lelaki itu masih tidak dapat melupakannya walaupun sudah lama berpisah.
Adyra juga tahu Fahnaz memerhatikan dirinya walau dimana jua dia berada.
"Tak bahaya ke? Macam mana kalau dia tiba-tiba culik kau?" Soal Luna bimbang akan keselamatan Adyra.
Sebenarnya tak perlu bimbang pun, Fahnaz tu sebenarnya jaga dia dari jauh sebab tak nak dia ada lelaki lain.
"Tak apa lah. Dia takkan buat macam tu." Dia sayang aku sangat-sangat. Sambung Adyra dalam hati.
Adyra memandang Fahnaz dari ekoran matanya. Mata mereka bertembung, Fahnaz tersenyum gembira sayu lalu beredar dari situ.
Sebelum dia beredar dia sempat mengatakan sesuatu, tapi Adyra tidak sempat membaca mulut Fahnaz.
'apa dia cakap tu?' Adyra terus terfikir akan gerakan bibir Fahnaz yang mengatakan sesuatu tadi.
Petang itu Adyra menutup Cafe itu, bersedia untuk pulang ke rumah.
"Dah nak pulang?" Satu suara yang amat dia kenali menyoalnya, suara itu sentiasa bercakap dengan nada yang sama setiap masa dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah langsung.
Adyra menoleh memandang orang di sebelahnya.
Fahnaz berdiri jauh di sebelahnya dengan senyuman manis di wajahnya. Dengan wajah handsome dia tu siapa saja tak terpikat, tapi hati Adyra sudah beku disebabkan lelaki itu.
"Kau nak apa?" Soal Adyra lalu sambung mengunci pintu cafe itu, dia buat-buat tak hiraukan Fahnaz.
"Kau? Apa ni Adyra? Kau? Kasarnya." Kata Fahnaz dengan nada kecewa, namun dia tetap tersenyum kelat.
Adyra diam tidak membalas apa-apa pun. Dia tidak mahu bergaduh dengan lelaki itu.
"Saya nak awak, Adyra." Kata Fahnaz dengan serius. Kata-kata itu sentiasa membuatkan Adyra berasa jijik.
Adyra berpusing menghadap Fahnaz dengan riak muka tidak kisah.
"Kita berpisah sebab apa Fahnaz?" Soal Adyra dengan nada yang begitu lelah. Sudah penat bekerja seharian kena layan pula si Fahnaz ni.
Raut wajah Fahnaz berubah dingin.
"Salah siapa? Hah? Siapa yang layan semua jantan kat luar ni? Kau kan. Kau yang selalu cakap dengan lelaki." Ujar Fahnaz dengan nada marah. Hal yang dah lepas pun masih nak marah.
Adyra mengeluh kuat.
"Fahnaz! Aku cakap bukan lah!, aku tak curang! At least aku tak masuk hotel dengan betina lain!!" Jerit Adyra di muka Fahnaz. Sudah lama dia mahu menghamburkan semua itu di muka Fahnaz.
Fahnaz terdiam sejenak memikirkan kata-kata Adyra yang menusuk hatinya. Kalau difikirkan betul-betul memang salah dia pun, tapi semua yang berlaku tidak sama seperti yang Adyra sangkakan.
"Tapi Adyra, aku tak buat apa-apa pun dekat dia. I'm so sorry." Kata Fahnaz lalu meraih tangan Adyra, Adyra segera menepis tangan Fahnaz kerana tidak selesa disentuh lelaki itu.
'bukan mahram pun.' Adyra menjeling Fahnaz tajam.
"I'm leaving Malaysia Adyra. Aku akan sambung belajar kat luar negara, will you wait for me?" Soal Fahnaz dengan nada sayu, wajahnya juga begitu gelisah memberi tahu Adyra tentang perkara itu.
"Who care? Aku tak akan tunggu kau pun." Kata Adyra dengan tegas.
Fahnaz senyum nipis kepada Adyra, membuatkan Adyra merasa sedikit kasihan kepadanya.
"I'll be back after 3 or more years. Please wait for me Adyra, aku akan balik dengan kekayaan untuk kau saja. Okey?" Fahnaz berundur selangkah.
"Aku akan kahwin dulu sebelum kau balik." Kata Adyra dengan yakin, siapa cakap dia mahu kahwin dengan Fahnaz?
Fahnaz senyum nipis kepadanya.
"That'll never happen, saya janji akan jelaskan apa yang terjadi malam tu kat hotel tu lepas saya balik nanti." Tambahnya.
Adyra kelu, dia tidak tahu harus menjawab apa lagi selepas melihat Fahnaz berundur selangkah demi selangkah menjauhi dia semasa bercakap.
"I'll make sure that you will be mine!" Jerit Fahnaz dengan penuh keyakinan.
Adyra terus berdiri kaku di situ melihat Fahnaz berlalu pergi meninggalkannya.
'jadi lepas ni dah tak ada gangguan dah. so sad.' getus hati Adyra, dia tetap memandang ke arah hilangnya Fahnaz.
"Sad?! What the heck Adyra? Apa yang sedih nya?" Ujarnya bingung dengan hati sendiri.
Jujurnya dia masih lagi mempunyai perasaan terhadap Fahnaz, dan mereka tidak akan berpisah jika Fahnaz tidak keluar dengan perempuan lain dan bagitahu dia sebab dia buat begitu.
Kini lelaki yang obses padanya akan pergi buat waktu yang lama.
"Aku takkan percaya kau akan kembali, and aku tak akan tunggu kau pun Fahnaz." Ujar Adyra lalu meninggalkan cafe itu dengan fikiran bercelaru.
Dia segera berjalan pergi dari Cafe itu.
Fahnaz masuk ke dalam keretanya, dia mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi seseorang.
"Keep an eyes on her until I came back. Jangan berani datang cakap dengan dia. I'll fucking destroy you, understand?" Katanya dengan ugutan di hujung ayat.
"Understood that." Balas lelaki di sebelah talian.
Fahnaz memutuskan talian, dia memandu keretanya menuju ke lapangan terbang.
'I'll make sure you marry me Adyra.' getus hatinya dengan yakin.
Riak wajahnya berubah serius.
End Prolog
Vote
YOU ARE READING
Fahnaz Miyzad (in Editing)
RandomFahnaz Miyzad Adyra Safiyah __ Sinopsis 3 tahun tidak bertemu , Adyra dan Fahnaz akhirnya bertemu kembali dengan cara yang tidak terduga. Adyra segera berpatah balik berlari daripada seseorang yang sangat dia kenali. "Adyra!" Namanya dipanggil tapi...