Adyra merasa sejuk, dia menarik selimut.
'Danial culik.' fikiran itu terus muncul dalam mindanya, dia terus sedar dan segera duduk.
Melihat bilik yang gelap dan ada seseorang sedang tidur di sebelahnya dia merasa takut, Adyra terus melihat pakaiannya yang sudah berubah.
'Aku kena rogol ke? Ya Allah tolong lah.' Adyra turun dari katil perlahan-lahan, dia pasti dia akan dibenci oleh Fahnaz selepas itu.
"Aku tak nak .. Fahnaz... isk isk .." Adyra mula menangis.
Mendengar suara esakan Adyra itu membuatkan Fahnaz terjaga dia terus bangun juga, dia mencari Adyra yang sudah tiada di sebelahnya.
"Adyra?!" Panggilnya dengan suara yang kuat.
Adyra terus berhenti menangis apabila mendengar suara Fahnaz, dia berdiri lalu melihat Fahnaz yang sedang duduk di katil dengan selimut yang masih menutupi kakinya.
"Fahnaz~" Adyra melompat naik ke atas katil lalu menerpa ke arah Fahnaz , dia memeluk Fahnaz erat.
"Miss me?" Soal Fahnaz dengan nada mengusiknya, dia tidak sangka Adyra akan menangis sebaik saja sedar.
"Saya kena rogol ke? haaaa?" Soal Adyra dengan nada suara yang beralun mengikut tangisannya, patutlah bangun-bangun nangis itu rupanya yang dia fikirkan.
"Oleh siapa?" Soal Fahnaz.
"Danial?" Soal Adyra lagi.
"Nope, awak selamat sayang. Saya ambil awak dari dia masa dia nak culik awak hari tu, and guess what! I'm the one who touch you and not him!" Ujar Fahnaz dengan bangganya.
Adyra terkedu mendengar, orang pengsan pun dia nak sentuh juga.
"Hahhh? dah berapa lama saya tak sedar ni?" Soal Adyra lalu meleraikan pelukannya untuk melihat wajah Fahnaz yang pastinya annoying.
Namun tidak, dia merasa lega dan tenang selepas melihat senyuman manis Fahnaz itu.
"So, semuanya dah selesai sayang. Sekarang awak boleh dah cintakan saya seorang saja tanpa fikir lelaki lain dah." Kata Fahnaz dengan tatapan serius dengan senyuman manis.
Adyra menganggukkan kepalanya lalu bersandar di dada Fahnaz lagi, dia tidak pernah merasa lega begitu selepas melihat muka Fahnaz.
Fahnaz terus menepuk belakang Adyra supaya Adyra bertenang semula, dan tidak lama selepas itu Adyra terlelap semula.
___
Adyra kembali bekerja seperti biasa selepas dua hari tidak datang setelah dia sedar.
"Morning guys." Sapa Adyra dengan ceria sebaik saja masuk ke dalam pejabatnya, semua mata tertumpu padanya.
"Adyra, kau tahu tak apa yang dah jadi dekat Danial?" Soal Amelia dengan nada suara takut.
"Kenapa? dia dah resign ke?" Soal Adyra yang tidak tahu apa-apa, Fahnaz hanya mengatakan bahawa Danial akan berhenti mengganggunya dan tidak memberitahu tentang sebabnya dengan lebih lanjut lagi.
Amelia dan ahli kumpulannya yang lain saling berpandangan dengan pandangan tidak percaya, mereka semua sudah tahu Danial meletakkan dadah ke dalam air minum Adyra dan ditangkap selepas disyaki menjual dan membeli dadah.
"Tak! Danial masuk penjara!" Ujar Amelia dengan suara kuat.
Adyra terkedu, dia langsung tidak tahu tentang hal itu pun.
"Mungkin puan tak tahu sebab dia kan pengsan tu oleh Danial." Kata Rainah mempertahankan Adyra yang mahu dimarahi oleh Amelia yang berteman baik dengan Danial sebelum ini.
"Aku tak tahu pun tentang tu, husband aku tak cerita apa-apa lepas aku sedar dua hari yang lalu." Ujar Adyra lalu menatap Amelia tajam, suka hati dia saja nak jerit depan muka orang.
"Hah!? kau ni nak main-main dengan aku ke? kau tahu kan Danial tu suka kau tapi kau tetap kahwin dengan jantan lain!! aku dah agak dah kau ni memang perempuan yang suka duit saja!!" Hambur Amelia marah, dia yang lebih tinggi daripada Adyra mula menunding jari ke arah Adyra.
"Yes!! Aku memang suka duit pun! Siapa je yang tak suka duit! Aku kerja ni pun sebab aku nak duit bodoh! cakap ikut sedap mulut saja! Ketara betul fikiran kau tu tak de benda lain selain lelaki tu saja!!! Padan dengan muka dia, rimas aku hari-hari nak hadap muka dia yang tak tahu mengalah! aku kahwin dengan laki aku yang sekarang tu pun sebab aku dah lama kenal dengan dia!!!"
Adyra berhenti mengambil nafas, sudah lama dia mahu menjerit-jerit begitu. Tapi selama ini dia tetap sabar untuk bekerja secara profesional, tapi Amelia ni betul-betul cabar dia.
"AKU!! Aku tak minat pun pasal jantan ni! sebab tu aku kahwin pun sebab aku main terima saja pinangan orang! Tak macam kau yang sundal! Apahal nak sokong penyondol gila tu?! Tak de kerja lain ke? Hahhh... kau memang tak de kerja. Aku dah lama perhatikan kau Amelia, buat-buat kerja tapi sebenarnya kau decline semua customer! Fikir boss tak tahu ke?! Siap kau." Tambah Adyra lalu berjalan menuju ke pintu keluar, memang dia akan bubarkan kumpulan dia ni.
Amelia masih terkedu mendengar semua kata-kata Adyra itu.
"Kau tak tahu apa yang Danial tu hadapi sebab kau ..."
"Aku tak kesah!! Danial tu bukan laki aku dan bukan mahram aku! Memang aku tak kan layan lah, ikut sedap mulut kau je nak cakap aku itu ini dengan group lain. Team lead semua group dalam company ni dulunya satu team dengan aku! Lembab punya betina, buat malu saja." Tambah Adyra lagi, kali ini dia terus keluar sebab tidak mahu berlawan mulut lagi.
Adyra terus pergi berjumpa dengan boss company itu.
Tok tok tok!
"Masuk."
Selepas dibenarkan untuk masuk Adyra pun masuk ke dalam.
"Pagi Boss, saya nak hantar ni saja. Saya nak bubarkan kumpulan saya tu, dan saya dah tak nak kerja sini lagi." Kata Adyra kasar lalu meletakkan sampul berisi surat letak jawatan di atas meja Zack.
Zack mengerutkan dahinya, satu-satu pekerja lamanya berhenti.
"Tapi Cik.."
"Puan! Tuan Zack, saya tak kan datang kerja lagi. Tuan approve atau tak saya tetap tak akan kerja kat sini lagi. Terima kasih atas segalanya dan selamat tinggal." Adyra terus keluar dari pejabat Zack, puas hati dia dapat berkata kasar dengan Zack yang sudah lama tidak dia suka.
Zack masih terkedu, dia tidak dapat memproses dengan apa yang baru saja berlaku.
"wow ganas, hahahahaha! I rasa I dah tak de chance kalau dilihat dari nasib Danial." Ujarnya lalu bersandar di kerusinya dengan senyuman pasrah diwajah.
Dia masih tidak percaya macam mana polis boleh begitu bodoh kerana tidak memeriksa bukti Fahnaz juga, mungkin Fahnaz ada cable dalam polis? siapa tahu kan.
Zack menyimpan surat berhenti kerja Adyra bersama-sama dengan surat-surat pekerja lamanya yang lain, mereka ni memang dah berjanji nak berhenti ke? Hilang dah punca duit dia yang sebenar.
Adyra terus naik ke keretanya dan meninggalkan perkarangan syarikat itu , kali ini dia tidak akan mencari masalah lagi dengan Fahnaz.
TBCVOTE
YOU ARE READING
Fahnaz Miyzad (in Editing)
RandomFahnaz Miyzad Adyra Safiyah __ Sinopsis 3 tahun tidak bertemu , Adyra dan Fahnaz akhirnya bertemu kembali dengan cara yang tidak terduga. Adyra segera berpatah balik berlari daripada seseorang yang sangat dia kenali. "Adyra!" Namanya dipanggil tapi...