FM 01☁️

6.9K 223 1
                                    

Adyra berjalan masuk ke dalam Hotel Luna lengkap dengan pakaian kemeja dan skirt labuh serta bawal yang labuh menutup dadanya.

Dia tersenyum kepada semua pekerja di hotel itu, hotel itu sering menjadi pilihan utama dia untuk bertemu dengan kliennya.

Pemilik hotel itu bahkan menggalakkan Adyra menggunakan hotelnya kerana hotel itu semakin mendapat perhatian ramai.

Kini Adyra sudah bekerja dengan Syarikat Wedding Planner yang terkenal. Dan dia mempunyai group sendiri untuk menjalankan pekerjaan.

"Ada klien lagi Cik Adyra?" Soal pekerja di kaunter hotel itu.

Adyra berhenti berjalan, dia memandang gadis-gadis yang sentiasa teruja melihatnya. Bukannya dia teruja sangat pun nak jumpa perempuan-perempuan tu, cuma supaya dia nampak peramah.

"Iya, kali ni mat Salleh! Mungkin korang boleh try saudara-mara dia, sebab diorang nak buat majlis kat hotel ni." Jelas Adyra sambil tersenyum palsu.

"Yeke? Woww!" Ujar mereka sambil ketawa teruja.

Adyra terus berjalan meninggalkan mereka, Malas nak layan lebih-lebih.

Adyra masuk ke dalam dewan hotel itu, dewan yang selalu dia dan pasukannya hias untuk pasangan lain. Bilalah pula majlis dia akan berlangsung?

Dia melihat hiasan yang ahli pasukan telah letakkan.

"Sis, semua dah letak dah. Tinggal pelamin saja lagi, flower dah ada since pengantin nak warna putih dan biru muda kita guna flower lama saja." Kata Daniel salah satu ahli pasukannya.

"Hmmm .. baguslah tu jimat." Balas Adyra sambil menganggukkan kepalanya.

"Lepas tu lelaki tu ada buat permintaan sikit, dia nak gunakan suite hotel ni sebagai bilik malam pertama dia. So dia minta kita hiaskan juga." Kaya Daniel dengan nada kekok.

Adyra menoleh memandang Daniel. Diorang berdua pun masih single mestilah kekok cakap tentang benda tu.

"Ohh .. saya check dulu suite yang available." Kata Adyra lalu segera melarikan diri dari situ.

Daniel menghelakan nafasnya melihat Adyra pergi.

'tak pernah nampak aku ke? Hati tu dia kunci untuk siapa?' getus hati Daniel gelisah.

Selepas bertanyakan kepada gadis-gadis dia kaunter tentang suite yang kosong dia terus menempah suite itu untuk beberapa hari.

Adyra segera naik ke tingkat atas untuk melihat suite hotel itu.

"Penatnya hari-hari macam ni. Tiap bulan ada orang nak kahwin, aku sabotaj saja lah lepas ni. Aku pun nak bahagia juga." Gumamnya lalu keluar dari lif.

Kakinya berjalan menuju ke suite yang dikatakan oleh gadis kaunter tadi. Dia juga sudah mendapatkan kunci untuk suite itu.

Kedengaran beberapa suara sedang bercakap di hadapan.

"HAHAHAHA seriously? Kau tak suruh wedding planner kau hias suite untuk kau?"

"Apa salahnya, diorang pun manusia juga."

Hati Adyra sudah merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi. Dia tetap berjalan, kakinya terhenti apabila matanya menangkap wajah orang yang pernah dia cintai dulu.

Matanya bertembung.

"Adyra!"

Adyra segera berpatah balik berlari daripada seseorang yang sangat dia kenali.

"Adyra!" Namanya dipanggil tapi dia langsung tidak menghiraukan panggilan itu.

Kakinya terus berlari menuju ke lif, butang lif itu ditekan tapi dia perlu menunggu lagi sedangkan Fahnaz sudah dekat dengannya. Dia berlari ke tangga pula.

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now