FM 03⛈️

5.7K 187 1
                                    

Adyra masuk ke dalam masjid diiringi oleh Mamanya dan juga Hana.

"Be good sayang, your mother-in-law dah buat yang terbaik untuk kamu. Jangan malukan keluarga kita." Ujar Puan Amirah sedikit tegas.

"I know mama." Balas Adyra. Matanya masih lagi mencari jejaka yang bakal menjadi Imamnya.

Angin bertiup dari dalam Masjid secara tiba-tiba, matanya terus bertembung dengan mata jejaka yang duduk berhadapan dengan papanya.

Jantungnya berdegup kencang bagaikan mahu melompat keluar dari dadanya.

'Fahnaz? Kenapa dia duduk pakai baju putih macam tu depan papa? Hah? Apa dia buat kat situ?' Adyra terkedu.

"Adyra, jangan termenung lagi. Jom, tak payah tenung bakal suami kamu macam tu, malam nanti dapatlah semuanya." Bisik Puan Amirah nakal.

Adyra tersenyum kelat selepas menghadam apa yang berlaku. Semua ni dah dia rancang, Aku je yang lalai.

Dia terus dibawa duduk jauh di belakang Fahnaz. Dengan memegang kata-kata Mamanya tidak boleh memalukan keluarga dia terus menahan air matanya.

Akad nikah yang dilafazkan sekali lafaz saja berlaku di hadapan matanya dan disaksikan oleh seluruh keluarganya.

'tak boleh nangis Adyra!!' dia menggenggam tangannya erat menahan amarah.

Bodohnya dirinya kerana terus menerima pinangan itu, sepatutnya dia tahu Fahnaz gila itu akan melakukan hal itu.

"Alhamdulillah, marilah kita sama-sama membaca doa." Kata Papa Adyra yang menjadi tok kadi anak gadisnya sendiri.

Mereka menadah tangan membaca doa bersama-sama.

Seterusnya tibalah masanya untuk sesi membatalkan air sembahyang.

Fahnaz duduk di hadapan Adyra dengan senyuman kemenangan. Dia tahu Adyra yang diam saja itu sedang menahan tangisan.

"Salam suami kamu Dyra." Arah Puan Amirah.

Adyra menuruti kata-kata mamanya.

Klik klik klik klik

'smile dyra.' getus hatinya. apabila melihat abangnya yang sedang mengambil gambar mereka. Perlahan Adyra tunduk mencium tangan Fahnaz.

Tak sangka dia akan tunduk mencium tangan Fahnaz.

"I hate you." Bisik Adyra keras. Dia memicit tangan Fahnaz sekuat-kuatnya sehingga urat-urat tangan Fahnaz timbul semua.

"Mmhmm .. You can't hate your heaven, Ady." Balas Fahnaz dengan nada lembut saja, dengan panggilan manja mereka pula.

"Diamlah." Balas Adyra lalu mengangkat kepalanya, dia menatap mata Fahnaz tajam. Matanya mula merah tidak mampu menahan tangisnya lagi.

"Cry honey." Bisik Fahnaz lalu mengucup dahi Adyra.

Air mata Adyra terus berderai selepas merasakan bibir hangat Fahnaz di dahinya.

Cincin nikah dihulurkan, Adyra memaksa dirinya untuk menyarungkan cincin di jari manis Fahnaz. Selepas cincin disarungkan kini Fahnaz pula menyarungkan cincin di jari manis Adyra.

Adyra terus menundukkan kepalanya menatap cincin itu.

"Dyra terharu sangat ke?!"

"Untunglah ada suami!"

Sepupu-sepupu perempuan Adyra mula mengusiknya, mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

"Lepas ni kamu boleh bawa Adyra pulang tukar baju and datang ke Sky Hotel petang ni untuk majlis sanding pula. Don't forget baby." Pesan Puan Sarah Mama kepada Fahnaz.

"I know Mama." Balas Fahnaz dengan nada lembut saja.

Adyra menundukkan kepalanya sepanjang masa. Dia tidak mahu keluarganya melihat wajah kecewanya.

"Kami pulang dulu lah ye, I think Adyra too tired. Makeup dia pun dah rosak sebab nangis." Bisik Fahnaz kepada Papa Adyra.

Papa Adyra, Tuan Suffian menyetujui saja. Dia sudah mula suka dengan menantunya yang kuat bergurau dengannya.

"Boleh boleh! Silakan!" Balasnya dengan teruja.

Fahnaz mengangguk lalu menarik tangan Adyra perlahan.

"Jom." Ajaknya dengan penuh kasih.

Farhan hanya mampu melihat tindakan kejam adiknya hanya untuk mendapatkan gadis kesayangannya saja.

Dia mengeluh perlahan memikirkan nasib Adyra itu. Tapi Fahnaz kalau dah sayang dia akan jaga dengan baik.

"Aku percaya dengan adik." Kata Farina lalu berdiri di sebelah abangnya itu.

Bersama-sama mereka melihat adik bongsu mereka yang akan berusaha memiliki semua yang dia mahukan.



Adyra berjalan mengikut Fahnaz menuju ke tempat letak kereta.

"Kenapa kau buat aku macam ni Fahnaz? Kau dah jatuhkan semua maruah aku." Ujar Adyra lemah saja.

"Why?" Soal Fahnaz keliru, sepatutnya Adyra menjadi wanita yang paling gembira selepas menikah dengannya.

"Aku dah tak suka kau Fahnaz! Kenapa kau terus kejar aku?! Kau nak apa dari aku?!! Aku tak ada apa-apa pun!! Or .. kau cuma nakkan aku sebab kau cuma ingin tahu kan?" Soal Adyra sambil merenung Fahnaz dengan mata berair.

Kata-kata Adyra sungguh menusuk ke dalam hati Fahnaz, tapi dia tidak mungkin meninggikan suaranya terhadap Adyra apalagi memarahi gadis itu.

"No, semua tu tak betul." Balas Fahnaz lalu menarik Adyra ke dalam dakapannya. Sempat lagi buat drama depan masjid.

Adyra tidak menolak dakapan Fahnaz. Dia pun tak tahu kenapa dia tak tolak.

"I'll make sure that you will be mine, itu apa yang saya janji pada awak. Dan saya kotakan janji saya dengan jalan yang betul, saya datang pinang awak dan awak terima saya. Saya tak paksa awak." Kata Fahnaz masih dengan nada lembut.

Adyra kelu, kalau nak difikirkan memang betul apa yang dikatakan oleh Fahnaz itu.

Tersedu-sedan Adyra menangis dalam pelukan Fahnaz.

"Dah jangan nangis nanti pengsan." Pujuk Fahnaz, dia sudah kenal betul dengan Adyra yang begitu lemah disebalik kuat melawan dan keras kepala.

"Aku benci kau." Gumam Adyra, kakinya terasa lemah sekali. Dia terus bersandar kepada Fahnaz.

Fahnaz senyum manis. Mesti dia masih ada kepercayaan terhadap aku sebab tu dia bersandar macam ni.

"Izin dukung ye." Fahnaz terus mencempung Adyra lalu berjalan ke arah Alphard yang Adyra gunakan untuk datang ke situ tadi.

Dia membantu Adyra untuk duduk di dalam kereta itu.

Pemandu kereta itu berubah menjadi lelaki, tadinya Hana sekarang jadi orang lain dah.

Fahnaz mengeluarkan tisu lalu mengelap muka Adyra dengan penuh kelembutan, mengelap air mata Adyra seperti kaca yang akan pecah jika dijentik sedikit.

"Kereta ni kereta kau ke?" Soal Adyra.

Fahnaz menatap anak mata Adyra yang masih keras hati dengannya.

' It's okey Naz, dia akan berubah nanti.' getus hati Fahnaz untuk menyedapkan perasaannya.

"No it's yours, semua barang-barang saya dah jadi milik awak." Balas Fahnaz.

Adyra merasa jijik mendengar kata-kata Fahnaz itu. Siapa nak?

"So, kau akan tandatangan borang cerai kita?" Soal Adyra.

Tangan Fahnaz terhenti dari mengelap air mata Adyra. Darahnya berderau, dia mengetap giginya bersabar.

"No." Balasnya lalu masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah Adyra.

"Balik rumah aku." Arah Fahnaz dengan nada dingin kepada pemandunya.

"Yes sir." Balas encik pemandu lalu segera memandu kereta pergi dari perkarangan masjid itu.





TBC

Vote

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now