Fahnaz terus mencempung Adyra masuk ke dalam rumahnya yang terletak jauh dari masjid itu.
Hampir satu jam juga perjalanan mereka ke rumah itu.
"Aku boleh jalan lah, turunkan aku!" Kata Adyra kasar.
"Yes Princess." Balas Fahnaz lalu menurunkan Adyra ke lantai rumahnya yang agak sejuk.
Fahnaz mengeluarkan selipar rumah dari rak kasut di hadapan sebelah pintu.
"Pakai nanti masuk angin." Arah Fahnaz dengan lembut.
Adyra memakai selipar rumah itu lalu berjalan masuk ke dalam.
Fahnaz mengekori Adyra dari belakang.
"Bilik kita kat atas." Kata Fahnaz sambil berjalan dengan sabar mengikuti isterinya.
"Boleh tak aku tak nak tidur sebilik dengan kau?" Soal Adyra lalu duduk di sofa.
Fahnaz masih tersenyum, hal itu sudah dia jangkakan.
"Nope, dalam rumah ni cuma ada satu bilik tidur. Bilik lain saya dah jadikan library, bilik kerja, gym dan kolam sekali." Balas Fahnaz tenang.
Adyra terkedu, sampai macam tu sekali dia buat.
"Tak pe! Aku tidur kat sofa saja." Balas Adyra lalu berpeluk tubuh dengan muka monyok.
Fahnaz duduk di sebelahnya.
"Tell me apa yang kurang Adyra, I'll fix myself." Ujar Fahnaz.
Adyra termenung selepas mendengar kata-kata Fahnaz. Tak ada apa-apa yang kurang pun daripada Fahnaz, cuma dia yang sudah tawar hati dengannya.
"Try accepting me." Pujuk Fahnaz lalu memegang tangan Adyra.
"Bukannya awak tak pernah cintakan saya sebelum ni, I want all of you. Hanya awak yang saya nak Adyra, tak lebih. Saya nak awak cintakan saya dan saya cintakan awak juga, it won't hurt you." Fahnaz berhenti bercakap, dia berdiri di hadapan Adyra lalu mengangkat dagu Adyra supaya mendongak memandangnya.
"I promise." Sambung Fahnaz lalu melutut di hadapan Adyra.
Adyra menatap mata hazel Fahnaz.
"Saya akan fikirkan tentang tu." Balas Adyra dengan nada perlahan. Walaubagaimanapun Fahnaz sudah sah bergelar suaminya.
___
Majlis sanding mereka pun berlangsung sehingga lewat malam.
"Boleh berdiri lagi tak?" Soal Fahnaz merisaukan Adyra yang berkeras mahu berjalan sendiri menuju ke tempat letak kereta Sky Hotel itu.
"Yes I can." Balasnya walaupun sudah berkaki ayam. Kasut Gucci yang dia pakai tadi sudah hilang entah ke mana.
Fahnaz terus berjalan di belakang Adyra perlahan-lahan melayani keras kepala isterinya.
'haahhhhhh!! Nak mati aku jalan ke sini!! Dahlah duduk pun tak dapat tadi! Kenapa badan aku lemah sangat ni?! Tak nak lah aku kena dukung lagi dengan mamat ni! Jatuh maruah aku.' Adyra mengheret kakinya untuk berjalan.
Dia akhirnya berhenti kerana kakinya sudah terlalu lenguh.
"Dah?" Soal Fahnaz lalu berjalan ke hadapan Adyra.
"Awak saja kan letak kereta jauh-jauh tadi!" Marah Adyra, masih ada tenaga lagi untuk marah.
"Awak nampak kan tadi macam mana sesaknya parking lot ni." Balas Fahnaz tenang.
"Ishh!! Bencilah semua ni!" Jerit Adyra , suaranya bergema kuat.
"Adyra?!" Suara Tuan Suffian kedengaran lantang menjerit namanya.
YOU ARE READING
Fahnaz Miyzad (in Editing)
RandomFahnaz Miyzad Adyra Safiyah __ Sinopsis 3 tahun tidak bertemu , Adyra dan Fahnaz akhirnya bertemu kembali dengan cara yang tidak terduga. Adyra segera berpatah balik berlari daripada seseorang yang sangat dia kenali. "Adyra!" Namanya dipanggil tapi...