Atina masih lagi degil mahu memeluk Fahnaz,
"Cukup!!!"
'Macam mana kalau aku lari saja ke tempat Adyra?? aku dah tak tahan dengan minah sewel ni..'
Kesabaran Fahnaz menipis tangannya naik tinggi untuk menampar Atina.
"let me do it adik."
PAPP!!!
Pipi Atina ditampar keras oleh Farina, mereka semua yang melihat terkedu. Atina berundur selepas ditampar oleh seorang gadis yang memiliki rupa paras hampir sama dengan Fahnaz.
"Kakak?" Fahnaz lega melihat Kakak sulungnya berada di situ.
"Go Naz, kakak tak nak bantu kalau perkara sama terulang lagi." Kata Farina dengan nada serius, dia merupakan hakim yang sudah menutup kes Fahnaz dulu.
Fahnaz berlari ke tempat Adyra.
"Henry ambil kereta aku." Arahnya lalu membaling kunci kepada henry dan terus memeluk Adyra erat, dia menyandarkan dagunya di bahu Adyra.
"Sayang kenapa tak tolong?" Soalnya dengan nada sayu dan lega, Adyra mengusap belakang Fahnaz.
"Awak takut ke? saya cuma nak tahu macam mana awak nak handle masalah awak.. I guess you just ended up killing again right like the Adel girl..." Ujar Adyra dengan nada serius.
mata Fahnaz membulat apabila mendengar itu keluar dari mulut Adyra, dia meleraikan pelukkannya untuk melihat wajah Adyra.
Adyra sedang tersenyum padanya.
"Siapa bagitahu?" Soalnya dengan nada serius.
Keretanya sampai di hadapan mereka, Henry keluar dan memberikan kunci kepada Fahnaz lalu beredar.
"Masuk dalam." Arah Fahnaz dengan nada mendatar , selepas membuka pintu kereta dia terus menarik Adyra untuk masuk ke dalam keretanya.
Adyra tidak bercakap langsung sepanjang perjalanan balik ke rumah mereka.
Fahnaz sengaja memecut melanggar semua had laju, mesti bertimbun saman lepas ni. Adyra cuma menutup matanya dan tidak berkata apa-apa walaupun dia sudah merasa takut dengan kelajuan itu.
Melihat Adyra menutup matanya Fahnaz terus berhenti secara mengejut di sebuah jalan menuju ke rumah mereka yang sunyi.
"Who told you that?" Soal Fahnaz dengan nada gementar.
"Saya dengar pekerja awak cakap tadi." Balas Adyra lalu menoleh memandang Fahnaz, perangai gila dia takkan balik kan? aku sedang korek kubur sendiri ke sekarang ni?
Pak!! Fahnaz menghentak sterengnya, buruk namanya dibuat oleh pekerjanya. Dengan raut muka serius dan dahi yang berkerut seribu dia berfikir cara untuk membuat Adyra tidak membencinya.
"I love you." Fahnaz tiba-tiba saja mengucapkan cintanya.
Kening Adyra berkerut mendengarnya, dia teringat satu idea.
"Jadi? saya perlu balas cinta awak ke kalau awak cintakan saya?" Amek kau ayat kau sendiri tadi.
Fahnaz memandang Adyra tajam bagai nak tembus kepalanya saja .
"Yes! Awak perlu!!" Fahnaz mula kelihatan seperti mahu mengamuk..
'aku ingatkan hubungan kami dah membaik.....' Dia mula menggelabah
"Why?" Soal Adyra sekadar mahu tahu kenapa dia perlu membalas cinta Fahnaz itu.
"Because it's me!!! awak perlu cintakan saya ... awak saja yang saya perlukan please ... don't leave again.." Ujarnya dengan nada yang sangat sayu.
YOU ARE READING
Fahnaz Miyzad (in Editing)
RandomFahnaz Miyzad Adyra Safiyah __ Sinopsis 3 tahun tidak bertemu , Adyra dan Fahnaz akhirnya bertemu kembali dengan cara yang tidak terduga. Adyra segera berpatah balik berlari daripada seseorang yang sangat dia kenali. "Adyra!" Namanya dipanggil tapi...