FM 09⛈️

5.4K 151 2
                                    

Adyra melangkah masuk ke dalam lapangan terbang itu, dia berasa sangat teruja untuk bercuti di luar negara.

Dia berdiri di belakang Fahnaz yang sedang sibuk bercakap di telefon dengan seseorang, yang mungkin pekerjanya. Dah nak honeymoon dengan dia pun masih nak sibuk pasal kerja, tapi tak pe sebab dia yang buat duit.

"Okey, lepas ni jangan call aku. Dalam masa seminggu ni aku akan turn off semua notification telefon, kau yang pegang syarikat, uruskan sampai aku balik." Ujarnya dengan nada tegas, kata-katanya itu sudah pun meruntuhkan tembok hati Adyra.

Tuttttt

Fahnaz memutuskan talian lalu berpusing menghadap Adyra dengan senyuman manis di bibirnya, tak pernah tak senyum kalau pandang Adyra. Kalau senyuman tu hilang nanti macam mana? Lama kelamaan orang akan bosan juga.

Melihat dahi Adyra yang berkerut, Fahnaz segera bertindak.

"Sayang ada lupa apa-apa ke? Perut tak selesa?" Soal Fahnaz dengan raut wajah risau.

Adyra menelan liur, kenapalah dia tidak mahu menerima kembali Fahnaz yang tetap mahu memilikinya.

'Congratulation Fahnaz, you win!' Adyra menarik nafas lalu menghembus kasar.

'Aku ada buat salah lagi ke? I should've done well, mungkin dia tak nak naik flight!' Fahnaz mengeluarkan telefonnya kembali, dia menghubungi Farhan.

Adyra bingung melihat dahi Fahnaz yang berkerut dari tadi lepas tu dia kembali bercakap di telefon pula. Ada masalah ke?????

"Thanks!" Ucapnya dengan raut wajah lega pula.

"Jom sayang!" Ajaknya dengan teruja, dia mencapai tangan Adyra lalu menarik Adyra menuju ke suatu tempat di lapangan terbang antarabangsa itu.

"Nak ke mana Fahnaz?" Soal Adyra keliru sedangkan pintu ke flight mereka di sebelah yang bertentangan dengan arah yang mereka sedang tuju.

Mereka berhenti di hadapan sebuah jet biru hitam yang terletak di hujung lapangan terbang itu, dijaga oleh beberapa orang lelaki bertubuh tegap.

Adyra mula gementar melihat banyak lelaki yang tidak dia kenali, Fahnaz nak jual dia untuk beli tiket flight ke?! Tapi kan dah beli tadi.

"Naz kenapa kita ke sini?" Soal Adyra lalu dia memeluk lengan Fahnaz.

Fahnaz sengih lega melihat Adyra memeluk lengannya dengan muka takut begitu, that's it! Rely on me more!

"Tuan, Tuan kami dah bagitahu tujuan Tuan ke sini. Sila ikut kami, sebentar lagi kami akan siap uruskan semuanya." Kata salah seorang lelaki itu.

Fahnaz menarik Adyra ke belakangnya.

"You are?" Soalnya dengan nada mendatar.

"Maafkan saya, Saya Zackary." Katanya dengan sopan.

Fahnaz mengangguk.

Adyra semakin takut kerana tidak diberitahu apa-apa.

"Fahnaz .. nak ke mana ni? Kita dah nak terlepas flight kan? Kalau Naz busy kita boleh tangguh lagi, boleh kan?" Soal Adyra takut.

Fahnaz tersedar sesuatu, Damn. Aku salah.

"Sorry sayang, I thought sayang tak nak naik flight." Ujar Fahnaz jujur.

Adyra mengerutkan dahinya, susah betul ke nak tanya dulu sebelum nak buat sesuatu. Baru nak sayang dah buat kita marah.

"Sayang tak nak naik jet ni ke?" Soal Fahnaz risau.

"Kita boleh naik flight saja kan, tapi sekarang dah terlepas!" Ujar Adyra geram.

"Saya min ..."

"Dahlah! Saya tak ada mood dah." Adyra melepaskan tangan Fahnaz lalu berjalan menuju keluar dari tempat itu.

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now